Tanda - Tanda Terkena Badi Mayat Serta Cara - Cara Mengatasi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Menurut kepercayaan orang Melayu , badi merupakan satu malapetaka dan musibah yang berpunca dari binatang , tumbuhan dan mayat . Mereka mempercayai bahawa sebahagian binatang hutan mempunyai badi , oleh itu berbagai - bagai petua diamalkan terutamanya ketika ingin menjerat pelanduk , ayam hutan , kancil , rusa , kijang , burung wakwak dan lain - lain lagi .

Begitu juga dengan pohon herba ubat - ubatan seperti kacip fatimah , tongkat ali , buluh perindu dan lain - lain lagi . Mereka mempercayai segala benda di dalam hutan itu dijaga oleh jin atau makhluk halus . Sering berlaku keganjilan dan keanehan apabila menghadapi situasi berkenaan .

Dalam kepercayaan sesetengah orang pula , orang yang sakit tidak boleh dilawati oleh orang yang lemah semangat kerana akan terkena bad i. Antara simptom paling ringan apabila terkena badi mayat ialah sakit bahagian belakang badan selepas melawat orang mati .

Menurut kepercayaan orang-orang tua , untuk mengelak terkena badi mayat ialah dengan menukar pakaian terlebih dahulu sebelum balik ke rumah atau sebelum masuk ke dalam rumah . Kalau boleh , terus mandi atau sekurang - kurangnya membasuh muka dan kaki , lebih Islamik lagi ialah berwuduk atau mandi hadas besar sebelum masuk rumah .

Ini kerana dipercayai makhluk halus itu mengekori seseorang selepas menziarahi mayat atau selepas berburu dan selepas mencari herba tumbuhan di hutan . Adalah dipercayai , jika seseorang itu kuat semangat , maka makhluk halus itu akan mengganggu isi rumah orang tersebut .

Memang sukar dipercayai apabila melihat seseorang yang baru balik menjerat burung wakwak tiba - tiba demam panas , terketar-ketar , tidur dalam resah , selalu sedih , merasakan benda aneh dan lain - lain lagi . Begitu juga halnya dengan orang yang baru pulang menziarahi mayat , hilang selera makan , terbayangkan mayat , menyebabkan dirinya meracau sendiri .

Tanda - tanda awal badi.

Mengikut pengalaman Muallij Mustaqim , terdapat petanda awal terkena badi , disusun secara peringkat iaitu tanda - tanda awal badi biasanya :

- Terasa lenguh atau sakit di belakang badan .
- Tidak boleh tidur malam .
- Hilang selera makan .
- Terbayang sesuatu sama ada mayat atau binatang buruan atau pokok herba yang dikumpulkannya itu .
- Tidur ditindih bayang .
- Demam panas .
- Terketar-ketar .

Adakah badi itu khayalan atau nyata ?

Badi itu sebenarnya telah wujud sejak berkurun lamanya malah di dalam zaman Rasulullah sendiri pernah berlaku .

Dalilnya , Imam Muslim meriwayatkan dalam sahih nya dari Abu As-Sa’ib yang pernah menjadi hamba sahaya Hisyam bin Zuhrah , ia berkata ; “ saya pernah masuk menemui Abu Said Al-Khudri lalu aku menemui dia sedang solat. Kemudian aku duduk untuk menantikan hingga ia selesai mengerjakan solat . Tiba-tiba aku mendengar bunyi sesuatu yang bergerak di bawah tempat tidur rumahnya , rupa-rupanya seekor ular , lalu aku berdiri untuk membunuhnya . Akan tetapi Abu Sa’id memberikan isyarat supaya aku tetap saja duduk di tempatku .

Setelah selesai mengerjakan solat ia memberikan isyarat kepadaku tentang sebuah rumah yang berdekatan dengan rumahnya lalu berkata :

“Tahukah kamu tentang rumah itu?” Aku menjawab: “Ya”. Ia berkata lagi: “Rumah itu dahulunya pernah tinggal seorang pemuda yang baru saja menikah,kemudian dia pergi bersama Rasulullah untuk ikut dalam perang Khandaq.

Ketika sedang bersama Rasulullah tiba-tiba pemuda itu meminta izin sambil berkata: “Ya Rasulullah, izinkanlah aku untuk menepati janjiku kepada isteriku”. Rasulullah pun mengizinkannya serta berkata: “Bawalah senjatamu, kerana aku bimbang terjadi serangan dari Bani Quraidah terhadap dirimu”.

Kemudian pemuda itu pun pergi menemui isterinya yang secara kebetulan pada saat itu ia melihat isterinya sedang berdiri di antara 2 pintu (pintu di muka rumah). Lalu pemuda itu dengan segera ingin memanah isterinya kerana rasa cemburu. Akan tetapi isteri pemuda itu berkata: “Janganlah kamu bersikap terburu-buru sehingga terlebih dahulu kamu masuk dan melihat apa yg ada di dalam rumah”. Pemuda itu pun masuk dan melihat ada seekor ular yang sedang berlingkar di atas tempat tidurnya, lalu pemuda itu pun melepaskan anak panahnya kepada ular tersebut.

Kemudian pemuda itu bergembira dan melemparkan ular itu di halaman rumah. Ular itu menggeliat di hujung panah dan ketika itu juga pemuda itu tersungkur lalu mati. Tidak diketahui entah mana yg dulu mati, apakah ular atau pemuda itu. Setelah peristiwa ini disampaikan kpd Rasulullah, maka Rasulullah saw bersabda yg maksudnya:

“Sesungguhnya di Madinah ada jin yang telah masuk Islam, kerana itu jika kamu melihat sesuatu dari mereka maka izinkanlah 3 hari. Jika masih kamu melihatnya setelah itu maka bunuhlah,kerana dia adalah syaitan’ (Hadis Riwayat Muslim)

Tips untuk mengelak dari terkena badi dengan izin Allah s.w.t ,sebelum masuk hutan atau menziarahi mayat atau merawat pesakit badi , baca :

1 - Baca Al - Fatihah .
2 - Ayat Kursi .
3 - Muawwizatain (Surah An-nas dan Al-Falaq) dan Surah Al-Ikhlas .

Baca ayat di atas dalam kedudukan menghadap kiblat sambil memohon perlindungan dari Allah. Jika baru pulang dari hutan atau rumah jenazah, baca ayat berkenaan sebelum masuk rumah. Jika terasa sukar atau tersangkut-sangkut bacaannya ketika sampai di rumah, eloklah rehat di luar dahulu, minum air atau solat sunat di luar rumah.

Baca sekali lagi, jika tiada sangkut-sangkut, maka bolehlah masuk ke dalam rumah dengan membaca doa ini

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلُجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَ بِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَي اللهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

Dan diakhiri dengan salam .

Rawatan asas terkena badi - Lakukan Pada Keluarga Anda Sendiri .

Badi Mayat:
Ambil tanah tempat tanamnya mayat tersebut, letak di tapak tangan dan baca Al-Fatihah serta doa penggerak lalu di sapu ke bahagian muka. Doa penggerak ialah:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.

Dalam masa yang sama ketika sapu itu, dibaca doa penyembuh tanah iaitu:

بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا يَشْفِيْ سَقِيْمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا

Badi Haiwan/Tumbuhan:
Sama seperti di atas bezanya cuma tanah yang diambil itu mestilah tanah jalan masuk ke hutan.

Jika simptom berlarutan hingga tahap meracau, maka tanah tadi di ambil 3 genggam untuk dimandikan. Kaedahnya sama seperti di atas tetapi bezanya tanah tadi dibuat mandi. Mandi selepas waktu maghrib sebanyak 3 maghrib berturut-turut.

Untuk meredakan mereka yang terkena badi dari meracau tidak tentu masa, cuma berselawat sahaja di telinganya. Selawat sama ada selawat thibb, selawat tafrijiah, selawat Ibrahimiah, selawat anwar, selawat fatih dan lain-lain selawat. Kemudian urut perlahan-lahan bahagian kejang seperti mata, telinga, kaki, kepala, leher, badan, belakang badan dan lain-lain lagi.

اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Namun, jika simptom terus berlanjutan, segeralah jumpa perawat Islam yang diyakini dalam merawat masalah tersebut, jangan dibiarkan begitu sahaja tanpa usaha dan ikhtiar ,yakinlah setiap penyakit pasti ada penawarnya .
Artikel Disediakan Oleh :  www.facebook.com/produkmuslimsejati4u | Produk Muslim Sejati.

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

3 Responses to "Tanda - Tanda Terkena Badi Mayat Serta Cara - Cara Mengatasi"

  1. Terima kasih follow blog saya ya. Dah baca infor hal badi dari tuan blog

    BalasPadam
  2. assalamualaikum .. sy dah kena badi ni 23 tahu.. pasal tanah kubur tu betul ke kena ambik tengah malam

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel