Panduan Penggunaan Ubatan Dengan Kandungan Tidak HALAL Terhadap Pesakit Muslim


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Islam menggalakkan umatnya berikhtiar dan berusaha untuk mengubati sesuatu penyakit. Walaubagaimanapun, dalam dunia perubatan, terdapat ubat-ubatan moden yang digunakan kini, dibangunkan dari sumber yang tidak halal.

Perkara ini telah menimbulkan keraguan di kalangan pesakit-pesakit Muslim dan perawat sendiri terutamanya berkaitan isu keharusan penggunaannya.

Penggunaan ubat-ubatan merupakan salah satu kaedah perawatan dalam mengurangkan dan/atau memulihkan kesihatan pesakit. Meskipun terdapat ubat-ubatan yang bersumberkan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariat Islam telah digunakan dalam bidang perubatan.

Secara dasarnya, agama Islam melarang penggunaan ubat-ubatan tersebut untuk merawat pesakit Muslim.

Namun begitu, penggunaan ubat tersebut diharuskan ketika keadaan “darurat” bagi tujuan menyelamatkan nyawa pesakit. Keadaan keharusan untuk menggunakan ubat-ubatan dari sumber yang bertentangan dengan syariat Islam itu wujud apabila berlakunya perkara tersebut .

- Tiada ubat-ubatan lain dari sumber halal yang boleh digunakan ke atas pesakit yang bersesuaian dengan keadaan klinikal pesakit pada waktu/tempoh rawatan tersebut.

Sebagai contoh, seorang pesakit jantung yang mengalami kegagalan buah pinggang dan memerlukan rawatan untuk mencairkan darah pesakit.

- Tiada ubatan lain yang selamat digunakan untuk mencairkan darah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang selain ubat A sedangkan ubat A adalah dari sumber yang bertentangan dengan syariat Islam.

    - Ada ubat-ubatan dari sumber halal namun tiada kajian saintifik khusus (evidence based study) yang menunjukkan ianya selamat digunakan dan berkesan ke atas pesakit atau ianya dikhuatiri akan memudaratkan pesakit sekiranya digunakan. Contoh Ubat B adalah halal namun tiada kajian saintifik yang menunjukkan ubat B selamat digunakan untuk ibu mengandung.

      - Keadaan pesakit adalah kritikal dan penggunaan ubat-ubatan tersebut perlu sebagai ikhtiar menyelamatkan pesakit.

      Garis panduan ini adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang digariskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 25 Jun 2009. Kefahaman pesakit tentang perkara ini juga sangat penting bagi mengelakkan sebarang keraguan serta menjamin kepatuhan pesakit dalam meneruskan rawatan.

      Contoh Borang Keizinan Untuk Merawat Menggunakan Ubat/Produk Tidak Halal.


      Tatacara memulakan rawatan dengan penggunaan ubatan dari sumber yang tidak halal atau bertentangan dengan Syariat Islam.

      1 - Perawat adalah seorang yang mempunyai pengetahuan dan maklum tentang keadaan pesakit.
      2 - Rawatan haruslah bersifat kritikal dan diperlukan bagi menyelamatkan pesakit.
      3 - Tiada alternatif lain yang boleh digunakan dan ubat tersebut telah dibuktikan secara klinikal berkesan dan selamat untuk digunakan.
      4 - Penggunaan ubat tersebut hanya untuk jangka masa tertentu yang ditetapkan oleh Pakar/Pegawai Perubatan.
      5 - Penerangan perlu diberikan oleh anggota kesihatan kepada pesakit sebelum ubat digunakan.
      6 - Mendapatkan keizinan pesakit/penjaga terlebih dahulu dengan mengisi borang keizinan pesakit seperti yang dilampirkan.
      7 - Dalam keadaan kecemasan yang boleh mengancam nyawa (dikira “darurat”), penggunaan ubat tersebut dibenarkan tanpa mendapat persetujuan lebih awal oleh pesakit.

        Maklumat yang perlu disampaikan kepada pesakit sebelum memulakan proses rawatan .

        1 - Nama ubat yang akan digunakan.
        2 - Indikasi ubat tersebut.
        3 - Sebab ubat tersebut perlu digunakan berbanding ubat-ubat yang lain.

        Semoga panduan ini dapat memberi info yang berguna kepada kita semua bila berhadapan atau melalui situasi seperti di atas .Panduan ini juga yang diguna pakai oleh perawat kesihatan dalam menyampaikan maklumat kepada pesakit tentang keperluan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi sumber tidak halal atau bertentangan dengan syariat Islam yang manfaatnya melebihi kesan mudarat mengikut keadaan klinikal pesakit.
        Artikel Disediakan Oleh :  www.pharmacy.gov.my | Program Perkhidmatan Farmasi | Kami Sedia Membantu.

        Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

        PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

        0 Response to "Panduan Penggunaan Ubatan Dengan Kandungan Tidak HALAL Terhadap Pesakit Muslim"

        Catat Ulasan

        Iklan Atas Artikel

        Iklan Tengah Artikel 1

        Iklan Tengah Artikel 2

        Iklan Bawah Artikel