Advertisement

Petua mengeraskan dan menguatkan zakar


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Petua - petua ini sesuai untuk kaum adam (suami) yang mempunyai zakar iaitu secara relatif zakar lembik apabila tegang , hingga menimbulkan masalah apabila berjima dan tidak memuaskan pasangan ( isteri ).

Walau bagaimana pun , ia tidak perlu jika ketegangan zakar adalah normal .Berikut kami kongsikan petua yang elok diamalkan untuk mereka yang mempunyai masalah tersebut .

1 - Telan segenggam nasi kepal sebesar ibu jari kelingking tanpa mengunyahnya sebelum makan nasi.
 
2 - Amalkan memakan sesudu kecil jintan manis dan sesudu kecil jintan putih selama 21 pagi.

3 - Selalu minum air suam dan amalkan mengunyah 40 kali kunyah barulah di telan makanan itu terutamanya nasi.

4 - Ambil madu secawan dan minyak lenga ( bijan ) secawan ,campurkan dan minum sedikit - sedikit di setiap hari pada waktu pagi.

5 - Ambil kuning telor ayam hitam , air madu , minyak sapi , air nasi , jintan hitam dan halba campurkan kesemua bahan itu ( di bancuh ) .Minum selama 3 atau 7 atau 9 hari.

6 - Ambilkan bawang merah dan bawang putih sama banyak ,tumbuk dan perah airnya ,campurkan air madu sama banyak .Masak di atas api hingga hilang air bawang .Minum selama 7 hari sedikit demi sedikit.

7 - Ambil dan bakar abu tanduk rusa , campur dengan air madu dan di minum.

8 - Ambil bawang merah , tumbuk dan ambil airnya , campurkan dengan madu dan minum .Amalkan di setiap waktu pagi.

9 - Ambil minyak sapi , air madu dan bawang merah yang telah di giling serta telor ayam hitam, semuanya sama banyak,campurkan dan minum 3 pagi sebulan sekali.

10 - Ambil hempedu kambing jantan , masak dengan air madu , setelah mendidih , sejukkan dan sapukan pada zakar.

11 - Ambil minyak bijan ( lenga ) dan biji lobak yang di tumbuk halus , masak hingga mesra biji lobak itu menjadi minyak .Sarungkan zakar dengan kain , tapakan selama 3 hari serta gosokkan minyak itu pada zakar dan pangkal zakar.

12 - Ambil 10 biji telor ayam , bagi setiap sebiji telor , ambil seberat duit 10 sen biji tamar , tumbuk halus . Minum telor ayam yang di campur biji tamar selama 10 hari atau lebih.

13 - Ambil biji sawi dan daunnya , tumbuk hingga halus kemudian sapu pada zakar.

Artikel ini berdasarkan pengalaman serta amalan seharian dan juga melalui pembacaan buku - buku , majalah dan rujukan dari sumber yang boleh dipercayai serta nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman di dalam hal - hal tersebut .Moga info ini bermanfaat buat kita semua . Selamat Amal Beramal .

Post a Comment

0 Comments