Sihir Kunci Nafsu Serta Tanda - Tanda Dan Kaedah Rawatan Yang Berlandaskan Hukum Syarak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Sihir kunci nafsu atau sihir pengikat nafsu atau juga dikenali sebagai sihir jerutan iaitu sihir yang...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Sihir kunci nafsu atau sihir pengikat nafsu atau juga dikenali sebagai sihir jerutan iaitu sihir yang ditujukan kepada pasangan suami isteri supaya tidak dapat melakukan persetubuhan / berjimak .Sihir ini akan melemahkan atau hilang ketegangan normal pada alat kelamin suami ( zakar ) dan apabila hendak melakukan persetubuhan / berjimak atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri .

Jin ,iblis atau syaitan yang diguna pakai untuk melakukan sihir apabila mereka berjaya memasuki tubuh pesakit ,akan bertindak dengan menuju ke pusat rangsangan utama iaitu otak .Dari situ makhluk tersebut bertindak mengacau bahagian utama yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai pusat ransangan seks kerana dari bahagian pusat itulah semua isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin lelaki .

Keadaan alat kelamin ( suami ) yang menegang mampu bertindak balas secara lazimnya ,namun sebaik - baik sahaja suami hendak menyetubuhi isteri , jin atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu ransangan seks dengan serta merta . Apabila ia berlaku , segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan terganggu ataupun terputus hubungannya dengan alat kelamin lelaki yang boleh menyebabkannya ia mengecut dan menjadi lemah .

Tanda - tanda mereka yang mengalami sihir kunci nafsu ini mungkin akan mengalami perkara - perkara seperti yang tertera di bawah :

1 - Terasa seperti ada sesuatu yang bergerak - gerak di bahagian kepala zakar ,terutamanya saluran kencing .
2 - Gatal - gatal di bahagian kemaluan ,terutama bawah buah zakar serta membawa ke dubur .
3 - Rasa seakan - akan ada pergerakan di kedua - dua bahagian peha ,terutama sekali peha sebelah kiri ,bawah lapisan kulit peha .
4 - Suami tidak berupaya bersetubuh dengan isteri biarpun pada mulanya mempunyai ketegangan alat kelamin normal .
5 - Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik sahaja hendak bersetubuh / berjimak .
6 - Kedua - dua belah peha isteri terkapit erat bukan atas kehendaknya menyebabkan suami gagal bersetubuh .
7 - Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan ,tidak merasa apa - apa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan .
8 - Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya .
9 - Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami ,biar pun dengan sentuhan yang sedikit apatah lagi ketika bersetubuh / berjimak .Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan .
10 - Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj yang menyebabkan gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa .
Kaedah - kaedah atau cara rawatan yang berlandaskan hukum syarak .

1 - Jin - jin atau sihir - sihir di dalam tubuh badan hendaklah dikeluarkan dengan izin Allah S.W.T .
2 - Membaca ayat - ayat Al - Quran khusus untuk gangguan sihir ini serta mohon doa kepada Allah S.W.T untuk sembuh dari penyakit ini .
3 - Minum air mineral yang di tawar dan berdoa kepada Allah S.W.T untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.
Berikut huraian ringkas bacaan ayat - ayat penawar untuk penyakit gangguan jin dan sihir :
Amalan minggu pertama dan kedua :

1 - Amalkan Surah Asy - Asy - Syu'araa' ayat 95 hingga 118 .
- Baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah S.W.T .
Terjemahan surah tersebut :
Termasuk juga bala tentera iblis semuanya. (95) Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam Neraka: (96) Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, (97) Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam (98) Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. (99) Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan, (100) Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. (101) Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. (102) Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. (103) Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani. (104) (Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.) (105) Ketika saudara mereka Nabi Nuh, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. (106) Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. (107) Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. (108) Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. (109) Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. (110) Mereka menjawab: Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)? (111) Nabi Nuh berkata: Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka? (112) Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian). (113) Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku). (114) Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua iaitu tidak kira hina mulia). (115) Mereka (mengugut dengan) berkata: Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam! (116) Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku. (117) Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku (118)

2 - Amalkan Surah Fussilat ayat 25 hingga 38 .
- Baca 3 kali selepas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah S.W.T .
Terjemahan surah di atas :
Dan Kami adakan untuk mereka teman-teman rapat (dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka, serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). (25) Dan orang-orang yang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar Al-Quran ini dan tentanglah ia (dengan nyanyian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)! (26) Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. (27) Demikianlah keadaannya balasan musuh-musuh Allah iaitu Neraka; disediakan untuk mereka tempat tinggal yang kekal di dalamnya, sebagai balasan bagi perbuatan mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Kami. (28) Dan orang-orang yang kafir berkata: Wahai Tuhan kami! Perlihatkanlah kepada kami dua golongan yang telah menyesatkan kami dari jin dan manusia, untuk kami meletakkan mereka di bawah tapak kaki kami, supaya mereka menjadi golongan yang terkebawah dalam kehinaan. (29) Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (30) Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (31) (Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! (32) Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (33) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (34) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (35) Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (36) Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah. (37) Oleh itu, kalau mereka tetap ingkar dengan angkuhnya (daripada mematuhi perintah Allah dan mengesakanNya, maka tidaklah menjejaskan kebesaran Tuhan), kerana malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tetap bertasbih kepadaNya pada waktu malam dan siang, dengan tidak mereka merasa jemu. (38) 

Amalan Minggu Ketiga dan Keempat :
1 - Amalkan Surah Az-Zukhruf ayat 35 hingga 46 .
- Baca 3 kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah S.W.T .
Terjemahan surah di atas :
Serta berbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa. (35) Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. (36) Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (37) Sehingga apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah dia (kepada Syaitannya): Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman. (38) (Lalu dikatakan kepada mereka): Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab. (39) Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata? (40) Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka. (41) Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka. (42) Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. (43) Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan). (44) Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah. (45) Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Musa dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami, kepada Firaun dan kaumnya, lalu dia berkata: Sesungguhnya aku ini ialah Rasul dari Tuhan sekalian alam. (46) 

2 - Amalkan Surah Ar-ra'd ayat 30 hingga 34 .
- Baca 3 kali selepas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah S.W.T .
Terjemahan surah di atas :
Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman. Katakanlah: Dialah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya). (30) Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman) dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (31) Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad), lalu aku biarkan orang-orang yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab; maka tidaklah terperi seksanya azabKu itu. (32) Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. (33) Mereka beroleh azab dalam kehidupan dunia dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi dan tiadalah bagi mereka, sesiapapun yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu. (34) 

Jika terdapat tanda - tanda seperti di atas segeralah berjumpa pengamal - pengamal perubatan islam yang diyakini akan kemahiran dalam merawati masalah tersebut atau segeralah berjumpa dengan pengamal - perubatan moden terlebih dahulu .Bertindaklah segera sebelum masalah tersebut menjadi parah kerana nafkah batin suami terhadap isteri merupakan salah satu kunci utama kebahagiaan rumahtangga . 

COMMENTS

BLOGGER

$hide=home

Nama

Bicara Islam,43,Doa Harian,8,Info Semasa,8,Lirik Lagu Pilihan,70,Madah Puisi,23,Pengetahuan Am,42,Petua dan Tips,22,Resepi Pilihan,60,Tutorial Blogger,4,
ltr
item
mdruzaidaud: Sihir Kunci Nafsu Serta Tanda - Tanda Dan Kaedah Rawatan Yang Berlandaskan Hukum Syarak
Sihir Kunci Nafsu Serta Tanda - Tanda Dan Kaedah Rawatan Yang Berlandaskan Hukum Syarak
https://1.bp.blogspot.com/-V5uYwaB_LBA/Wm239ZhGKjI/AAAAAAAAGoQ/pAFkctbk8rwg1L2FtX8aXOmHBNMkbg_MgCLcBGAs/s200/rsz_snip_20180125190433.png
https://1.bp.blogspot.com/-V5uYwaB_LBA/Wm239ZhGKjI/AAAAAAAAGoQ/pAFkctbk8rwg1L2FtX8aXOmHBNMkbg_MgCLcBGAs/s72-c/rsz_snip_20180125190433.png
mdruzaidaud
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2018/01/sihir-kunci-nafsu-serta-tanda-tanda-dan.html
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2018/01/sihir-kunci-nafsu-serta-tanda-tanda-dan.html
true
8043571688434587218
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL SETERUSNYA Reply Cancel reply Delete Penulis Utama PAGES ALL POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy