Advertisement

Resepi Biji Nangka Rebus


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Perkongsian untuk kali ini adalah resepi yang begitu ringkas ,mudah serta jimat bajet iaitu resepi biji nangka rebus .Bak kata orang ' kacang je resepi ni '. Ketika musim buah - buahan banyak kita lihat biji nangka dibuang bijinya begitu sahaja tanpa di manfaat dengan sebaiknya .Padahal ianya mempunyai khasiat - khasiat yang begitu baik untuk kesihatan tubuh badan kita serta banyak manfaat untuk diamalkan .

Di sini saya nyatakan serba sedikit tentang biji nangka ianya mempunyai kandungan serat,karbohidrat ,protein,vitamin A,B dan C serta mempunyai kalsium yang tinggi.Antara khasiat yang terdapat dalam biji nangka untuk kesihatan tubuh adalah seperti berikut:

1 - Mencegah anemia. 
2 - Kesihatan rambut. 
3 - Mencegah konstipasi. 
4 - Mengatasi penyakit kulit dan stres. 
5 - Melawan penuaan. 

Demikianlah serba sedikit khasiat - khasiat yang terdapat dalam biji nangka.Semoga ianya bermanfaat buat kita semua,berikutnya kami kongsikan cara-cara memasak seperti mana yang tertera di bawah .


Biji nangka yang sudah di cuci bersih . 

Bahan-bahan seperti berikut: 

1 - Biji nangka. 
2 - Air untuk merebus. 
3 - 1/2 sudu garam(Ikut selera). 

Cara-cara memasak adalah seperti di bawah:

1 - Basuh biji nangka hingga bersih. 
2 - Rebus air hingga mendidih. 
3 - Masukkan biji nangka serta 1/2 sudu garam atau ikut selera. 
4 - Rebus biji nangka hingga empuk(anggaran masa selama 1 jam) 
5 - Bila sudah masak atau empuk bolehlah dihidang terus. 

Biarpun resepi biji nangka rebus satu resepi yang mudah namun ianya mempunyai khasiat serta manfaat jika dinikmati selalu , moga - moga resepi biji nangka rebus sesuai untuk dicuba .Selamat mencuba .

Post a Comment

0 Comments