Resepi Laksam Ala Kelantan


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang unik , enak , sedap serta memenuhi citarasa/selera siapa saja . Negeri Kelantan juga adalah pengasas/pengeluar makanan - makanan yang berunsurkan tradisional sebagai contohya kuih tahi itik , kuih akok , kuih sarang tebuan , kuih jala mas , kuih lompat tikam , kuih bunga tanjung , kuih badak berendam , kuih serunai , kuih cek mek molek serta banyak lagi .

Jika sesiapa yang berkunjung ke negeri Kelantan kami pasti peluang untuk memcuba resepi/makanan tidak akan dilepaskan begitu saja .Didalam kepelbagaian makanan/resepi tradisional negeri Kelantan ada satu resepi/makanan yang berasaskan tepung beras ianya adalah laksam Kelantan .

Laksam merupakan sejenis masakan/makanan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah . Kuahnya pula diperbuat daripada isi ikan segar bersama santan kelapa dan bersulam dengan ulam - ulaman yang dihiris - hiris . Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak .

Apabila mengeras , ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan . Semasa dihidang , gulungan laksam yang panjang dipotong - potong agar mudah menyerap kuah laksam serta senang dinikmati .

Untuk memudahkan kita menyediakan/membuat berikut kami kongsikan cara - cara serta bahan - bahan yang ianya mengikut cara kami , cara - cara dan bahan - bahan seperti yang tertera di bawah .

Laksam yang telah siap dikukus serta digulung .

Bahan - bahan untuk membuat Laksam .

  • 1 - 2 cawan tepung beras . 
  • 2 - 1/2 cawan tepung gandum . 
  • 3 - 2 sudu kecil tepung ubi . 
  • 4 - Secubit garam . 
  • 5 - 4 cawan air suam . 

Cara - cara penyediaan Laksam .

  • 1 - Campurkan semua bahan dan gaul sebati . Perap dalam setengah jam . 
  • 2 - Sementara itu , sediakan periuk kukusan atas api . 
  • 3 - Gunakan loyang atau penutup periuk , letak dalam periuk kukusan . 
  • 4 - Tuangkan 2 senduk adunan tadi dan ratakan sampai masak . 
  • 5 - Keluarkan dan tunggu suam baru gulung . Ulang langkah ( 4 ) hingga habis adunan . 

Kuah laksam dari campuran bahan - bawah dibawah .

Bahan - bahan untuk membuat/memasak kuah Laksam .

  • 1 - 1/2 kilo ikan selayang /sardin/kembung .
  • 2 - Sedikit halia .
  • 3 - 5 biji bawang merah .
  • 4 - 2 ulas bawang putih .
  • 5 - Sedikit serbuk lada hitam .
  • 6 - 3 cawan santan .
  • 7 - Sedikit asam keping .
  • 8 - Garam dan gula secukupnya .

Cara - cara membuat/memasak kuah Laksam .

  • 1 - Ikan dicuci bersih dan di rebus bersama air , asam keping dan sedikit garam . Paras air sama banyak dengan paras atas ikan . 
  • 2 - Bila ikan sudah masak , keluarkan ikan . Asingkan isi ikan dengan tulang . Air rebusan ikan jangan di buang . 
  • 3 - Kisarkan isi ikan dengan halia , bawang merah , bawang putih , dan air rebusan ikan tadi . Masukkan ke dalam periuk . 
  • 4 - Tambahkan serbuk lada hitam , garam asam keping dan gula . 
  • 5 - Masukkan santan dan kacau perlahan - lahan agar kuah tidak berketul ketul hingga masak . 

Ulam - ulaman yang telah siap dihiris .

Bahan - bahan untuk ulam .

  • 1 - Kacang panjang .
  • 2 - Kobis .
  • 3 - Daun kesum .
  • 4 - Bunga kantan .
  • 5 - Daum ketumber .
  • 6 - Taugeh .

Cara - cara penyediaan .

  • - Hiriskan kesumua bahan- bahan tadi kecuali taugeh . Taugeh hanya dicelup dengan air panas sekejap sahaja . 


Sambal cili padi .

Bahan - bahan untuk sambal .

  • - 10 hingga 15 biji cili padi .
  • - Garam dan gula secukup rasa .

 Cara - cara membuat sambal .

  • - Tumbukkan ke semua bahan - bahan tadi hingga hancur atau mengikut citarasa masing - masing . 


Demikianlah dari kami resepi Laksam Ala Kelantan yang ianya mengikut citarasa kami cara kami , moga - moga menjadi rujukan kepada sesiapa saja dan jikalau ada sebarang pertanyaan sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau komen terus di halaman ini .Selamat mencuba .

4 Comments

  1. Replies
    1. Sama la kita...dlm proses buat sendiri...sesamabil nak ambil gambar..

      Delete
  2. Sedapnya laksam..balik kg haritu xsempat makan..hehehe.Walaupon org kelate tp xpernah buat sndr laksam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...Allah ....sama negeri kita...ingatkan orang penang.....semua resepi yang kita buat tutorial ...kita cuba dulu sendiri...bila sesuatu resepi yang dicuba menjadi barulah kita buat tutorial...takut nanti bila ada sesape yang yang cuba resepi kita tidak menjadi...

      Delete