Ahad, April 23, 2017

Khasiat ayat Al - Kursi .
Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim .
Coretan kami yang terdahulu tentang ayat Al - Kursi adalah Hikmah ayat Al - Kursi menerusi halaman Bicara Islam ,coretan yang seterusnya juga berkisar tentang ayat Al - Kursi .Seperti mana dalam firman ALLAH S.A.W ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karana kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.Berikut kami kongsikan khasiat - khasiat ayat Al - Kursi ianya seperti tertera di bawah menurut alim - ulama yang terdahulu:


  1. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
  2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.
  3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
  5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
  6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
  7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW
  8. Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  9. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.
  10. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
  11. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.
  12. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya seperti tertera di bawah
Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.
Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.
Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.
Demikianlah Bicara Islam yang bertajuk Khasiat Ayat Al - Kursi untuk kami kongsikan kepada semua , justeru itu jutaan kemaafan kami pohon jika ada mana - mana coretan yang tersasar dari maksud asal atau terpesong maknanya.Semua khasiat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, Oleh itu carilah keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya

Khamis, April 20, 2017

Petua dan khasiat dari buah timun.
Assalamualaikum dan Salam Mesra.
Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu.Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.Timun merupakan sejenis pokok memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar. Ia boleh membiak daripada biji benih.
Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%.Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.Timun juga banyak digunakan dalam produk kesihatan kerana khasiatnya , antara petua dan khasiat yang terdapat dalam buah timun adalah seperti yang tertera di bawah .


  • 1. Menghilangkan panas badan dari luar dan dalam.
 Dengan memakan buah timun untuk mengurangkan pedih ulu hati dan juga letakkan timun pada kulit untuk melegakan kesan sinaran matahari/sunburn.
  • 2. Membekalkan mineral.
Kulit timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
  • 3. Membuang toksin dari badan. 
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari tubuh badan kita.Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang.
  • 4. Masalah hidrasi badan. 
Jika terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan kita kerana timun mengandungi 90% air.
  • 5. Menyihatkan kuku dan rambut .
Khasiat silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut.
  • 6. Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda.
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan kita berseri dan memberi tenaga. Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian kita.
  • 7. Memulihkan mata. 
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
  • 8. Melawan kanser.
 Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.
  • 9. Menyembuhkan kencing manis, mengurangkan kolesterol dan mengawal tekanan darah.
 Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
  • 10. Menyegarkan mulut. 
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut  dengan lidah selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
  • 11. Membantu dalam menurunkan berat badan dan penghadaman.
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
  • 12. Untuk Kesihatan Sendi, 
Melegakan Artritis dan Sakit Gout Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
  • 13. Menyembuhkan mabuk. 
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk,boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.
  • 14. Menjaga kesihatan buah pinggang. 
Timun juga merendahkan tahap asid urik di dalam badan kita dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila kita selalu mengambil timun.

Demikianlah serba ringkas petua dan khasiat dari buah timun untuk dikongsikan kepada semua moga - moga ianya bermanafaat buat kita sumua .

Jumaat, April 07, 2017

Resepi siput sedut masak lemak .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
" Cerithidea Obtusa " adalah nama saintifik siput sedut , ia di kategorikan sebagai siput yang boleh di makan terutama sekali penduduk - penduduk Asia Tenggara amnya negara kita Malaysia . Siput sedut hidup di kawasan hutan bakau , alur sungai , sawah padi disekitar Asia Pasifik ianya hidup secara semulajadi . Siput sedut bergantung kepada air pasang surut di antara air tawar dari daratan dan air masin dari laut . Siput sedut mempunyai khasiatnya yang tersendiri sebagai contohnya lendir siput sedut boleh digunakan untuk merawat ulser perut dan juga turut digunakan oleh sesetengah jenama alat solek dalam proses pembuatannya . Untuk itu resepi pilihan coretan cerita kami kali ini akan menggongsikan resepi masak lemak siput sedut yang ianya mengikut citarasa serta cara kami , bahan - bahan serta cara - caranya seperti yang tertera di bawah .

Contoh hidangan resepi masak lemak siput sedut .


Rupa bentuk siput sedut .


Siput sedut dipotong pada bahagian hujung .


Contoh bahan - bahan yang digunakan seperti daun kadok , kunyit bawang besar dan sebagainya .


Siput sedut yang sudah siap di masak .


Bahan - bahannya seperti berikut :
  • 1.1kg siput sedut .
  • 2.10 - 15 biji cili padi .***
  • 3.2 inci kunyit hidup .***
  • 4.4 ulas bawang putih .***
  • 5.2 biji bawang besar .***
  • 6.2 batang serai - diketuk .
  • 7.2 keping asam gelugor .
  • 8.2 cawan santan pekat .
  • 9.Garam dan gula secukup rasa .
  • 10.2 - 3 helai daun kadok/kunyit muda .
( Bahan yang bertanda *** dikisar halus )

Cara - Cara memasaknya seperti yang tertera di bawah :
  • 1.Siput sedut direndam dengan air garam seketika , kemudian cuci bersih siput sedut tadi hingga hilang lumpur dan kerat hujung siput dibahagian hujung siput sedut . ( Rujuk gambar di atas )
  • 2.Masukkan siput sedut yang telah dibersihkan ke dalam periuk bersama serai yang sudah di ketuk/titik , asam gelugor , daun kadok/daun kunyit muda dan bahan kisar halus tadi . Kacau rata/manja dan masak hingga mendidih .
  • 3.Masukkan santan pekat bersama 1 cawan air . Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau sentiasa .
  • 4.Tambah garam dan gula secukup rasa . Masak sekejap lagi dan rasa , jika memenuhi/megikut citarasa bolehlah dimatikan api .
  • 5.Angkat dari dapur dan bolehlah dihidangkan .
Demikianlah cara - cara dan bahan - bahan untuk memasak siput sedut masak lemak yang berpandukan cara kami serta citarasa kami jika anda ingin merasa resepi ini kami mempersilakan  memcubanya .

Rabu, April 05, 2017

Sujud pada - Mu .

Ya Allah...Ya Rahman... Ya Rahim...
Di subuh yang hening kedengaran laungan nama - Mu 
Daku termangu seketika ...
Lantas menyahut seruan - Mu .

Dalam setiap sujud 
Daku berdoa ,
Daku merintih ,
Daku merayu ,
Kau ampunanilah daku 
Semoga Kau rela menerima kembali ,
Daku dalam barisan - Mu .

Ya Allah... Ya TuhanKu ,
Berilah daku ketulusan dan keredhaan - Mu 
Dalam menghadapi seluruh dugaan di dunia - Mu ini .
Bimbinglah daku ke jalan yang lurus
Jalan yang Engkau kehendaki .

Dengan ketulusan seluruh anggota 
Daku bersujud hanya pada - Mu 
Daku pasakkan ketenangan dalam jiwa ini 
Agar tidak ingkar dengan perintah - Mu

Deruan nafasku beriringan turun naiknya
Di antara dzat kekuasaan dan dzat kasih sayang 
Menanti sebuah pertemuan pada KEKASIH yang Maha Agung 
Yang tiada berpenghujungnya 
Selagi nyawa di kandung badan .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dalam daku mengejar keindahan duniawi - Mu
Daku mohon pada - Mu 
Kau tetapkanlah hatiku agar senantiasa sujud pada - Mu .

Amiin .

Selasa, April 04, 2017

Petua serta doa ketika membasuh beras .
Assalamualaikum dan Salam Mesra .
Pelbagai cara , petua serta doa yang di amalkan ketika kita membasuh beras untuk memasak nasi atau sebagainya , apajua amalan/petua/doa yang dipratikkan/diguna pakai tika kita membasuh beras bagi kami ianya terletak pada niat/naiwaitu seseorang . Jika niat yang baik " Insya Allah " akan di berkati ILAHI . Untuk itu kami kongsikan sedikit petua serta doa ketika membasuh beras , ianya seperti yang tertera di bawah :
  • *Supaya nasi menjadi kenyal .
Semasa memasak nasi masukkan sedikit garam dan minyak mask , dengan melakukan begini nasi akan menjadi kenyal.

  • **Rendam beras .
Rendam terlebih dahulu beras yang dimasak bersama air sejuk selama 30 minit hingga 1 jam , tujuannya supaya beras akan menyerap air dan sesudah masak nasi akan kelihatan penuh .

  • ***Cuka masakan .
Masukkan beberapa titis cuka masakan kedalam beras yang hendak dimasak , tujuannya supaya sesudah memasak nasi akan menjadi wangi .

  • ****Paras air dan beras .
Gunakan jari telunjuk kita sebagai ukuran , caranya ukur paras beras sama ukuran dengan paras air . Proses ukur tahap beras dan air ini dilakukan untuk mengelakkan nasi menjadi mentah ,

  • *****Beras lama/usang .
Ulangi kesemua perkara yang tertera seperti diatas dengan dimasukkkan sedikit garam dan dikukus seperti biasa . Insya Allah aroma nasi akan menjadi seperti beras baru serta baunya wangi .

  • ******Nasi semalaman/Lebihan .
Kukuskan nasi seperti biasa kemudian di taburkan sedikit garam , Insya Allah nasi yang dikukus tadi akan terasa seperti nasi yang baru dimasak .

Di bawah ini kami kongsikan Doa - Doa untuk diamalkan ketika kita membasuh beras , antara doanya seperti yang tertera ini .
Untuk basuhan/Cucian yang pertama .
Baca surah Al - Fatihah ( 1x ) .


Untuk basuhan/Cucian yang kedua .
Baca ayat 1 - 5 surah Toha ( 1x ) .


Untuk basuhan/Cucian yang ketiga .
Baca ayat/doa penggerak ( 3x ) .


Untuk basuhan yang keempat .
Baca ayat 87 sutah Al - Anbiya ( 7x ) .


Untuk basuhan yang kelima .
Baca selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W ( 10x ) .


Akhir sekali niatlah didalam hati apa - apa/sesuatu yang baik - baik untuk anak - anak , suami/isteri serta seisi keluarga . Moga - moga beroleh kesejahteraan dalam kehidupan serta senantiasa diberi petunjuk dan hidayah oleh - NYA . 

Isnin, April 03, 2017

Hikmah ayat Al - Kursi .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Hikmah itu ialah sebagaimana yang ditafsirkan iaitu bijaksana atau tindakan yang menarik . Sebab itu Allah S.W.T  memerintahkan kita supaya menyeru kepada jalan - Nya dengan menggunakan hikmah , sebagaimana firman - Nya yang bermaksud : Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik (an-Nahl: 125) .  Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.Mengenai ayat ini , diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW , dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka . Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya .
Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi . Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan/membaca surah Kursi . Fadhilat dan hikmah ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain - lainnya antara hikmah - hikmah seperti yang tertera di bawah :

Hikmah ayat Al-Kursi.

  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
  • Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
  • Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
  • Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
  • Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
  • Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
  • Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
  • “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  • Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
  • Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.
  • Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
  • Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
  • Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan;
  • Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
  • Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
  • Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
  • Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
  • Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.
  • Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
  • Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
  • Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
  • Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  • Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
  • Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
.Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan;
  • Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
  • Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
  • Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Demikianlah serba sedikit hikmah ayat Al - Kursi untuk pedoman kita semua sebagai hamba - Nya , jika ada mana - mana coretan yang kurang tepat atau tersasar dari maksud asalnya jutaan kemaafan kami pohon , moga - moga coretan ini bermanafaat buat kita semua .

Khamis, Mac 30, 2017

Resepi apam solo .
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera .
Resepi pilihan Coretan Cerita Kami yang seterusnya adalah Apam Solo ia juga dipanggil/disebut Apam Begawan Solo . Kami masih tertanya - tanya ? mana asal - usul ! asal dari negeri mana ! negara mana yang mulanya tercetus ideal resepi ini . Kuih apam solo sesuai dinikmati tika sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga atau apa saja majlis keramaian atau terpulanglah kepada kehendak suasana/selera masing - masing . Kebanyakkan kuih apam solo yang kami rasai/nikmati , adunan resepi apam solo dibahagi kepada dua bahagian adunan dan diletak dengan warna yang berbeza . 
Tetapi bagi kami hanya menggunakan satu adunan asal sahaja , cuma kami tambah/membuat corak bunga atau boleh mengikut kretiviti masing - masing , ianya untuk menaikkan/menambah seri Apam Solo itu . Bahan - bahan untuk intinya ia boleh dipelbagaikan sebagai contohnya inti kacang merah , kacang hijau , ubi kentang atau mengikut citarasa masing - masing . Cara - cara serta bahan - bahan untuk membuat kuih apam solo yang ianya mengikut olehan/cara kami seperti yang tertera dibawah :


Apam Solo yang sudah siap dimasak sedia untuk dinikmati .


Inti Kelapa yang sudah siap di masak .
Bahan untuk inti .
  • 2 cawan kelapa parut putih .
  • 1/2 ketul gula melaka .
  • 4 sudu besar gula pasir .
  • 1 cawan air kelapa . ( Air biasa pin boleh juga )
  • 2 helai daun pandan , di simpul .
Cara - cara menyediakan inti kuih apam solo .

Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sehingga inti masak dan tidak terlalu kering atau terlalu basah . Kemudian sejukkan dan bolehlah digentel sebesar duit 10 sen .


Apam Solo yang sudah siap dituang kedalam acuan dan dicorak .

Bahan - bahan Apam Solo .
  • 300 gram tepung gandum ***
  • 1 sudu kecil instant yis ***
  • 90 gram gula pasir ***
  • 125 ml susu cair ***
  • 300 ml air ***
  • Secubit garam ***
  • Pewarna merah dan hijau untuk hiasan .
Cara - cara menyediakannya :
  • 1.Campurkan kesemua bahan yang bertanda *** dalam besen .
  • 2.Gaul rata hingga semua bahan sebati , perap adunan selama 40 minit .
  • 3.Panaskan air dalam periuk kukusan . Sapukan acuan dengan minyak masak rata - rata .
  • 4.Selepas 40 minit , masukkan 1/2 sudu adunan apam solo ke dalam acuan kemudian masukkan inti kelapa tadi .
  • 5.Kemudian tutup dengan 1/2 sudu adunan apam solo lagi .
  • 6.Buat sehingga siap kemudian buat corak dengan menggunakan pewarna tadi .
  • 7.Kukus apam solo dengan api sederhana selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak .
Demikianlah cara - cara serta bahan - bahan untuk resepi Apam Solo yang ianya mengikut cara kami , selera dan citarasa kami . Jika ada pelbagai pertanyaan atau soalan sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau boleh komen di halaman ini .

Selasa, Mac 28, 2017

Resepi laksam ala Kelantan .
Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim .
Negeri Kelantan sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang unik , enak , sedap serta memenuhi citarasa/selera siapa saja . Negeri Kelantan juga adalah pengasas/pengeluar makanan - makanan yang berunsurkan tradisional sebagai contohya kuih tahi itik , kuih akok , kuih  sarang tebuan , kuih jala mas , kuih lompat tikam , kuih bunga tanjung , kuih badak berendam , kuih serunai , kuih cek mek molek serta banyak lagi , jika sesiapa yang berkunjung ke negeri Kelantan kami pasti peluang untuk memcuba resepi/makanan tidak akan dilepaskan begitu saja .
Didalam kepelbagaian makanan/resepi tradisional negeri Kelantan ada satu resepi/makanan yang berasaskan tepung beras ianya adalah laksam Kelantan . Laksam merupakan sejenis masakan/makanan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah . Kuahnya pula diperbuat daripada isi ikan segar bersama santan kelapa dan bersulam dengan ulam - ulaman yang dihiris - hiris . Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak . Apabila mengeras , ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan . Semasa dihidang , gulungan laksam yang panjang dipotong - potong agar mudah menyerap kuah laksam serta senang dinikmati .
Untuk memudahkan kita menyediakan/membuatnya kami kongsikan cara - cara serta bahan - bahan yang ianya mengikut cara kami , cara - cara dan bahan - bahannya seperti yang tertera dibawah .

Contoh hidangan semangkuk Laksam ala Kelantan .

Laksam yang telah siap dikukus serta digulung .

Bahan - bahannya unyuk membuat Laksam .

  • 2 cawan tepung beras .
  • 1/2 cawan tepung gandum .
  • 2 sudu kecil tepung ubi .
  • Secubit garam .
  • 4 cawan air suam .
Cara - cara membuatnya Laksam .
  • 1.Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati . Perap dalam setengah jam .
  • 2.Sementara itu , sediakan periuk kukusan atas api .
  • 3.Gunakan loyang atau penutup periuk , letak dalam periuk kukusan .
  • 4.Tuangkan 2 senduk adunan tadi dan ratakan sampai masak .
  • 5.Keluarkan dan tunggu suam baru gulung . Ulang langkah ( 4 ) hingga habis adunan .

Kuah laksam dari campuran bahan - bawah dibawah .

Bahan - bahan untuk membuat/memasak kuah Laksam .
  • 1/2 kilo ikan selayang /sardin/kembung .
  • Sedikit halia .
  • 5 biji bawang merah .
  • 2 ulas bawang putih .
  • Sedikit serbuk lada hitam .
  • 3 cawan santan .
  • Sedikit asam keping .
  • Garam dan gula secukupnya .
Cara - cara membuat/memasak kuah Laksam .
  • 1. Ikan dicuci bersih dan di rebus bersama air , asam keping dan sedikit garam . Paras air sama banyak dengan paras atas ikan .
  • 2.Bila ikan sudah masak , keluarkan ikan . Asingkan isi ikan dengan tulang . Air rebusan ikan jangan di buang .
  • 3.Kisarkan isi ikan dengan halia , bawang merah , bawang putih , dan air rebusan ikan tadi . Masukkan kedalam periuk .
  • 4.Tambahkan serbuk lada hitam , garam asam keping dan gula .
  • 5.Masukkan santan dan kacau perlahan - lahan agar kuah tidak berketul  ketul hingga masak .

Ulam - ulaman yang telah siap dihiris .

Bahan - bahan untuk ulam .
  • Kacang panjang .
  • Kobis .
  • Daun kesum .
  • Bunga kantan .
  • Daum ketumber .
  • Taugeh .
Cara - cara membuatnya .
Hiriskan kesumua bahan- bahan tadi kecuali taugeh . Taugeh hanya dicelup dengan air panas sekejap sahaja .

Sambal cili padi .

Bahan - bahan untuk sambal .
  •  10 hingga 15 biji cili padi .
  • Garam dan gula secukup rasa .
Cara - cara membuat sambal .
Tumbukkan kesemua bahan - bahan tadi hingga hamcur atau mengikut citarasa masing - masing .

Demikianlah dari kami resepi laksam ala Kelantan yang ianya mengikut citarasa kami cara kami , moga - moga menjadi rujukkan kepada sesiapa saja dan jikalau ada sebarang pertanyaan sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau komen terus dihalaman ini , SELAMAT MEMCUBA .

Isnin, Mac 27, 2017

Buah limau kasturi .

Assalamualaikum dan Salam Mesra .
Nama botani bagi limau kasturi adalah Citrus microcarpa , Limau kasturi sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita . Limau kasturi sesuai ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih lagi sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir . Buah Limau kasturi juga banyak digunakan di dalam masakan disamping itu juga buah limau kasturi sering dijadikan minuman sejuk bersama ais batu , ia dipercayai mampu menyejukkan badan dan menghilangkan dahaga . Dengan menggunakan buah limau kasturi pelbagai petua serta khasiat yang boleh kita amalkan , antara petua serta khasiatnya seperti yang tertera dibawah :
  • Ubat batuk .
Cara - caranya , belah/potong dua buah limau kasturi kemudian perahkan jusnya selepas itu jus limau kasturi tadi dicampurkan dengan sedikit/secubit garam atau beberapa titik kicap kemudian diminum , ianya elok diamalkan pada setiap pagi dan malam .
  • Mengurangkan lelah .
Ambil sesudu madu jika boleh gunakan madu asli , kemudian campurkan dengan lima titik jus limau kasturi tadi , selepas itu bolehlah diminum jus tadi , ianya boleh diminum pada bila - bila masa atau sekadar mengamalkan/diminum seminggu sekali .
  • Melegakan pening kepala .
Cara - caranya , ambil sebiji limau kasturi kemudian dipotong sedikit di bahagian atas , selepas itu picitkan kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar , kemudian halakan picitan cecair limau kasturi tadi ke arah hidung .
  • Mengatasi masalah badan berbau .
Ambil beberapa biji buah limau kasturi atau mengikut kemahuan masing - masing , dibelah/potong dua kemudian digosok dibahagian anggota badan yang tertentu contohnya di celah ketiak atau mengikut kesesuaian masing - masing .
  • Mengurangkan dan menyembuhkan sakit tekak .
Bagi orang dewasa , campurkan sesudu besar jus limau kasturi dengan sedikit lada , kacau campuran tadi hingga sebati dan di minum terus .
Bagi kanak - kanak pula , campurkan lima hingga enam titik jus limau kasturi dengan sesudu madu asli , kemudian kacau sebati dan diminum terus .

Demikianlah serba sedikit petua yang boleh kita amalkan dengan menggunakan buah limau kasturi , mudah - mudahan ianya dapat membantu kita semua dalam selesaikan masalah yang dihadapi selain itu juga ia dapat menjimatkan kos harian kita .

Sabtu, Mac 25, 2017

Penghulu istighfar .
Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim 


Maksudnya : 
Ya Allah , Engkaulah Tuhanku , Tidak ada Tuhan selain Engkau , Engkaulah yang menjadikan aku . Sedang aku adalah hamba - Mu dan aku di dalam genggaman - Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada - Mu sekuat mampuku . 
Aku berlindung kepada - Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan . Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku . Maka ampunilah aku . Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau .

Fadhilat membaca penghulu istighfar :

Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……". Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)
Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah , antara kelebihannya adalah :

  • 1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.
  • 2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
  • 3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
  • 4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)
  • 5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .
  • 6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)
Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan. Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus A.S apabila baginda ditelan oleh ikan Nun . Nabi Yunus A.S dicampakkan oleh Allah Taala ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo' Tuhan). Allah Taala memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus A.S. Nabi Yunus A.S beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah Taala iaitu :

Ertinya: 'Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87)
Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh Allah Taala.

Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari. Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa 'Ada Diri' atau 'Rasa Keakuan'.
Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada Allah Taala yang sangat tinggi nilainya. Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita insyaAllah .