Asal - Usul Solat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam, solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu - waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke - 2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Asal - usul solat atau orang yang pertama mengerjakan solat adalah seperti mana yang tertera di bawah .

SOLAT SUBUH :
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun menunaikan solat dua rakaat.

Rakaat pertama .
- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua .
- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

SOLAT ZOHOR :
- Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama .
- Bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua .
- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga .
- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.

Rakaat keempat .
- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

SOLAT ASAR .
- Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu menunaikan solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada kegelapan iaitu:

Rakaat pertama .
- Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua .
- Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga .
- Kelam dengan malam.

Rakaat keempat .
- Kelam dengan perut ikan Nun.

SOLAT MAGHRIB .
- Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama .
- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua .
- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga .
- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

SOLAT ISYAK .
- Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama .
- Dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua .
- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga .
- Dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat .
- Dukacita terhadap anak Firaun.

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.
Sumber - www.darulnuman.com | Penyalur Inspirasi Ummah 

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Asal - Usul Solat"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel