Bagaimana cara semak CTOS - Credit Tips Off Service !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Semakan senarai nama secara Online dan Sms - CTOS - Credit Tip Off Service - merupakan sistem pangkalan data dimana individu tertentu yang tersenarai dalam sistem tersebut akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak bank jika nama individu tersebut di senarai hitam - blacklist oleh pihak CTOS .

Sebelum individu tersebut mendapatkan kelulusan pinjaman dari pihak bank, nama pemohon / peminjam mestilah perlu bersih dari di Black List oleh sistem pangkalan data CTOS . 

CTOS adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 dan ditubuhkan pada tahun 1990 .

CTOS mengeluarkan laporan kredit untuk individu dan syarikat yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan yang lalu untuk  maklumat tindakan undang-undang , pemilikan syarikat dan pengarah dan juga testimoni daripada syarikat - syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka .

Sebelum memohon mana - mana pinjaman ,kita boleh menilai profil kredit melalui CTOS untuk memastikan semua rekod kredit adalah jelas dan bebas daripada sebarang keraguan agar mempunyai peluang terbaik untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak bank dengan kadar segera .

Bagaimana cara semak laporan CTOS ! Apa kata ikuti beberapa panduan ringkas seperti mana yang tertera di bawah tanpa perlu melibatkan pihak ketiga dan semakan ONLINE dan SMS hanya bagi penguna yang berdaftar dengan CTOS sahaja .

1 - Pendaftaran Akaun sila click website CTOS .

Untuk mendapatkan laporan secara online, kita perlu mendaftar sebuah akaun di laman web CTOS dan boleh berbuat demikian dengan menyediakan nombor kad pengenalan (IC No.), alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina).

Langkah - 1


2 - Kemudian, lampirkan imej - depan dan belakang - MyKad anda untuk mengesahkan butiran anda ,dan masukkan nombor telefon bimbit anda.Pastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran.

Langkah - 2 


Langkah Ke - 3 


Langkah - 4


3 - Selepas penghantaran satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk memaklumkan bahawa pendaftaran anda sedang disahkan dan biasanya pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan , dan pendaftaran selesai.

4 - Sebaik sahaja anda menerima kod TAC anda, masukkannya untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Langkah - 5 

5 - Pengaktifan ID - CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran anda dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS anda.

6 - Setelah proses di atas lengkap , anda login akaun email yang di hantar oleh CTOS dan click pautan yang tertera di dalam email tersebut untuk menlengkapkan registration process  , login with your user ID and your password, and  click proceed to accept the terms and conditions.

Langkah - 6


7 - Mengakses Laporan MyCTOS - Sekarang anda akan mempunyai akses penuh untuk melihat laporan CTOS anda. Laporan MyCTOS pertama diemelkan kepada anda secara percuma, tetapi anda juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS .Hanya log masuk ke laman web CTOS menggunakan nama log dan kata laluan anda, dan klik pada Laporan MyCTOS.

Langkah - 7

Langkah - 8 - akhir sekali - Done .


8 - Untuk semakan senarai nama CTOS melalui SMS .
Anda hanya perlu taip SELFCHECK - jarak - Your IC Number - jarak - dan Hantar ke 36396 .

Untuk pengetahuan semua sebaik sahaja akuan CTOS berjaya diterbitkan/create anda akan dimaklumkan apabila CTOS memproses maklumat baru mengenai anda dan juga berhak menentukan sesiapa yang boleh menerima laporan CTOS anda .

Di samping itu juga anda boleh mendapatkan laporan semak diri CTOS anda dengan mudah melalui internet di rumah ,pejabat atau di mana sahaja pada bila - bila masa dan juga yang paling utama mempercepatkan proses urusan dengan pihak ketiga dalam apa jua urusan .

Sebagai peringatan kepada semua jangan sesekali mendedahkan atau pamerkan maklumat peribadi anda di mana - mana laman weblog terutama di dalam ruangan komen kerana tindakan itu kurang bijak dan mungkin ada pihak ketiga manipulasi maklumat peribadi anda ke arah perkara - perkara yang mungkin tidak baik atau sebaliknya .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Bagaimana cara semak CTOS - Credit Tips Off Service !"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel