Advertisement

Resepi Sambal Budu Goreng


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi Pilihan kami seterusnya kali ini ianya cukup sinonim dengan orang pantai timur terutama sekali negeri Kelate.Siapa yang tidak kenal BUDU!bahan asas dalam memproses budu adalah ikan segar dan ikan bilis yang di peram mengikut tempoh masa yang tertentu.

Budu juga dianggap sebagai sos pembuka selera dalam menu makanan.Boleh dikatakan dalam setiap rumah di kampung-kampung mahupun bandar tetap tersimpan satu botol budu untuk dijadikan sos penambah selera ketika santapan malam atau siang,sudah menjadi menu rutin.

Pelbagai resepi menu makanan boleh dibuat dengan menggunakan bahan utama budu salah satunya resepi sambal budu goreng.Resepi sambal budu goreng ini tidak menggunakan santan tidak seperti budu tumis yang menggunakan santan.Cara-cara membuat dan bahan-bahan seperti berikut:

Bahan utama dalam resepi sambal budu goreng.

Sambal budu goreng yang sudah siap di masak serta sedia untuk di hidangkan.

Bahan - bahan seperti dibawah:

  • 1 - 1/2 botol budu.
  • 2 - 1 batang serai - di ketuk.
  • 3 - 2 ulas bawang merah.***
  • 4 - 2 ulas bawang putih.***
  • 5 - 4 - 5 tangkai cili padi.***
  • 6 - Sedikit minyak untuk memasak.
  • - Bahan yang bertanda *** Dihiris .

Cara - cara memasak seperti berikut:

  • 1 - Panaskan minyak.
  • 2 - Tumis bahan-bahan yang bertanda *** atau bahan-bahan yang di hiris.
  • 3 - Apabila sudah kuning dan naik bau masukkan budu,perlahankan api.
  • 4 - Kemudian kacau budu hingga menjadi kemerah-merahan dan sederhana pekat.(Jangan pekat sangat biar cair sedikit tumisnya)
  • 5 - Apabila sudah masak,tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Demikianlah cara-cara memasak sambal budu goreng dan bahan-bahan penyediaan yang cukup mudah dan senang ,untuk itu pada semua dipersilakan mencuba moga-moga resepi Sambal Budu Goreng ini menjadi menu tambahan selain menu sampingan yang sedia ada .Selamat mencuba .

Post a Comment

0 Comments