Advertisement

Sihir Ilmu Pengasih

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Seseorang yang sedang di lamun cinta , selalunya mereka buta mata dan hati , kerana difikirannya telah di takluk atau di kuasai seseorang yang dia cinta itu baik lelaki atau pun perempuan jika tidak terlaksana atau ditolaknya cinta tersebut maka dengan segala cara keinginan mahupun usaha ikthiar pujaan hati itu harus menjadi miliknya .

Ianya termasuklah menggunakan ilmu pengasih yang bertujuan untuk mendapatkan pujaan hati tersebut , halal atau haram bukan penghalangnya .

Penggunaan sihir ilmu pengasih melalui pelbagai cara dan kaedah contohnya melalui minyak pemujaan , menggunakan rambut ataupun kuku salah satu dari anggota badan dan boleh juga menggunakan pakaian si mangsa .

Sebenarnya di sebalik sapuan minyak pengasih itu adalah perbuatan jin yang dipuja oleh pemakai yang menyebabkan mangsa teringat kepada si pemakai . Minyak itu adalah sebagai syarat atau medium untuk menandakan itulah mangsa yang dimaksudkan oleh pemakai ilmu pengasih justeru itu jin pengasih akan bertindak seterusnya terhadap mangsa .

Apa jua cara - cara mahupun perantaraan atau kaedah yang diguna pakai oleh si pengamal ilmu sihir pengasih pasti lambat - laun ianya dapat dikesan sama ada melalui zahir atau batin .Berikut kami kongsikan beberapa tanda - tanda terkena sihir ilmu pengasih ianya seperti yang tertera di bawah :

Si mangsa yang terkena ilmu pengasih akan mengalami rasa syok bercinta serta anggau teringat kepada orang yang menyihirnya . Biar pun mangsa belum mengenali orang yang dicintai itu . Mangsa berasa seolah - olah terpukau dan tidak mampu berfikir secara normal atau rasional , ini terjadi kerana penglibatan jin - jin ilmu pengasih yang menguasai daya khayalan yang kuat kepada si mangsa sehinggakan sukar untuk melepaskan diri daripada cengkaman sihir itu .

Si mangsa akan menurut apa saja yang disuruh atau dikehendak oleh penyihir tanpa banyak soal bicara sehingga sanggup mengorbankan maruah harga diri/zina . 

Si mangsa juga tidak mempeduli lagi kepada pendapat ahli - ahli keluarga serta hingga ke tahap sanggup lari dengan pasangan yang menyihirnya itu . Pasangan yang sudah berkahwin pula,mangsa berasa benci kepada pasangannya yang sah tanpa sebab yang munasabah . 

Pada kebiasaanya si mangsa tidak mengingati sepenuhnya perbuatan yang sudah dilakukan semasa bercinta dengan penyihir dan sekiranya dapat mengingatinya semula , mangsa merasa menyesal seperti diperbodohkan . 

Si mangsa juga selalu bermimpi berjumpa dengan penyihirnya dan kadang melakukan persetubuhan dalam mimpi , sehingga tiap - tiap malam mimpi yang berulang - ulang muncul . 

Jika si mangsa berbual atau bersembang sama ada dengan ahli keluarga , sahabat atau juga kawan - kawan pasti nama si penyihir itu akan akan disebut berulang - ulang atau kerap kali dituturkan . 

Sukar Solat /tidak khusyuk . 

Bagi wanita , sering sakit apabila datang bulan/haid , kemaluan seperti diikat atau terasa pergerakan didalam rahim . 

Bagi lelaki , kemaluan menjadi kecil secara tiba-tiba serta terasa ada pergerakan di kepala zakar seperti rasa gegar/getar . 

Sering menghidu bau busuk pada masa atau hari tertentu , contohnya Maghrib / Asar / bau telur hanyir/lumpur/selut /darah/bau badan orang yang biasa kita dekati). 

Berikut beberapa kaedah/cara yang digunakan oleh bomoh/penyihir dalam ikatan jin sihir ilmu pengasih .Secara lazimnya jin pengasih yang digunakan oleh si pemakai untuk memikat wanita atau lelaki dalam merealisasikan niat si pemakainya untuk mendapatkan lelaki atau wanita idamannya seperti yang tertera di bawah .

Penghantaran Jin adalah melalui:

Angin (gambar mangsa). 
Minyak Pengasih (lazimnya terdiri daripada air mandian mayat , minyak bunga tanjung , minyak zaitun /minyak wangi biasa) minyak akan dipuja terlebih dahulu & di masukkan bahan/benda/medium/signal untuk jin bertindak apabila minyak ini telah dicalitkan kepada si mangsa .
Ianya bergantung kepada jangka masa perjanjian yang telah dimeterai , perjanjian biasanya berkekalan sehingga 3-5 tahun . Si pemakai terpaksa melayan kerenah jin pengasih selagimana dia terikat dengan perjanjian tersebut. 

Antara jenis - jenis perjanjiannya adalah merangkumi :

Perjanjian Berdarah (menggunakan medium binatang sebagai korban / Pemujaan). 
Perjanjian Saka (menjadikan badan si pemakai sebagai ganti makan/ penumpang). 
Perjanjian Anak ( Menjadikan anak sebagai ganti upah atau anak didalam perut akan diambil sewaktu mengandung). 
Perjanjian Barangan Mistik ( keris , batu cincin dan sebagainya , si pemakai akan melakukan pemujaan atau proses pengasapan dengan kemian atau rendaman darah binatang). 
Perjanjian Ikatan (jin dikawal dari jarak jauh dengan menggunakan ikatan pada benda atau pokok atau barangan tertentu . Si pemakai mahir menggunakan jin pengasih atau sememangnya seorang tukang sihir). 

Lokasi rumah jin di dalam badan mangsa di:

Kemaluan (lazimnya wanita jika lelaki rasa bergetar/gegar di salur kencing atau kepala zakar ) 
Belakang badan (tulang belakang). 
Pinggang (wanita). 
Bawah ketiak (kerap Lelaki). 
Jantung. 
Bawah dagu . 

Terbatalnya perjanjian sekiranya:

Si Pemakai ATAU yang terkena pakai (mangsa) meninggal dunia . 
Jin Memberontak (Tuannya gagal memenuhi kehendak perjanjian) . 
Muallij (Perawat) Berjaya menghapuskan /bakar /curi /potong perjanjian melalui TEROKA BATIN. 
Jin tua atau lemah setelah "dibelasah" Muaallij . 
Mangsa sedar dengan izin Allah S.W.T , kesedaran ini berlaku di atas Hidayah Allah S.W.T . 
Si mangsa telah melahirkan anak yang pertama atau kedua atau ke tiga , terlucutnya perjanjian yang telah dibuat . 
Si pemakai terlanggar sumpah atau si mangsa termakan sesuatu yang elergic bagi jin pengasih (di atas kehendak Allah) contohnya : rebung /madu. 


Apabila perjanjian ini terbatal atau tawar , si mangsa akan tersedar dari kehidupannya sebelum ini. Dia akan mengingati kembali peristiwa-peristiwa sebelum ini atau menyedari bahawa selama ini dirinya telah disihir .Secara lazimnya si mangsa akan merasa benci , marah , serta dendam apabila rahsia si pemakai terbongkar .

Berikut antara cara - cara atau kaedah pelindungan dari terkena Sihir Ilmu Pengasih bagi lelaki atau wanita .

1 - Sering menutup aurat . 
2 - Elakan disentuh secara sengaja atau tidak oleh lelaki /perempuan( Pengasih Minyak). 
3 - Jangan mendedahkan gambar peribadi anda walaupun hanya gambar muka . 
4 - Elakan melihat mata lelaki /perempuan kerana dari mata turun ke hati . (Melalui angin) 
5 - Jarakan dalam 4-5 kaki dari lelaki/perempuan yang kita berbicara (Angin- tiupan) . 
6 - Elakkan makanan/minum yang di berikan oleh lelaki/perempuan .(Angin) 
7 - Elakkan memberitahu nama ibu . (angin) 
8 - Elakkan menerima hadiah dari seperti minyak wangi, pin tudung, kain sutera . 
9 - Jangan menerima sesuatu benda sekiranya anda mendapati benda itu diselaputi minyak atau terdapat bauan tertentu pada baranagn tersebut. 
10 - Sentiasa dalam wudhuk atau memakai wangian kasturi di nadi atau di belakang telinga. 
11 - Sentiasa menjaga Solat atau amalan sunat yang lain. 
12 - Tidur mengadap kiblat atau sebelum tidur bacalah:

Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 34x
Selawat Tafrijiah
3 Qul
Ayatul Qursi
Yasin: 9 (di tiup di telapak tangan & disapu keseluruh badan)
Semasa hendak tidur berzikirlah sehingga terlena . 

Cara terbaik dalam kehidupan harian waktu berkerja adalah berzikir sepanjang masa , selawat sepanjang hari atau sekiranya berasa sesuatu yang tidak menyenangkan(berat hati) apabila bercakap dengan lelaki /perempuan maka berundurlah dari situ atau bacakan fatihah di dalam hati atau ditiup seperti tiupan di dalam straw ke arah lelaki /perempuan tersebut tanpa disedari lelaki/perempuan tersebut.

Sekiranya dia terbatuk-batuk atau percakapannya tidak tersusun atau tersasul - sasul maka ia adalah salah satu tanda - tanda bahawa insan itu berniat tidak baik kepada kita , maka beredarlah dengan alasan tertentu .

Demikianlah perkongsian artikel tentang sihir ilmu pengasih semoga ia memjadi panduan berguna dalam kehidupan harian kita serta dalam pergaulan sesama insan . Jika terselit kata - kata atau ayat yang kurang tepat atau tersasar fakta atau maksudnya jutaan kemaafan kami pohon .
Artikel Disediakan Oleh : ismakruqyah.blogspot.com .

Post a Comment

0 Comments