Advertisement

Contoh - contoh Penyakit Rohani Dulu ,Kini dan Mungkin Selamanya


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Rohani berasal dari perkataan ' ROH ' ,iaitu bahagian dalaman manusia yang mempunyai daya berfikir ,berperasaan dan berkeinginan atau juga suatu perkara atau perbuatan atau juga tingkah laku dalaman manusia yang melibatkan emosi ,jiwa dan mental .

Rohani yang suci sangat ditekankan dalam agama kerana perkara - perkara tersebut menjurus ke arah perbuatan ,tingkah laku atau juga fikiran yang positif (baik).Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental atau fizikal yang logik akal dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan selepas itu kebaikan individu itu sendiri .

Rohani (jiwa) yang kacau selalunya dikaitkan dengan emosi negatif dari segi psikologi ,manakala rohani (jiwa) yang sempurna dikaitkan dengan aktiviti beragama yang sempurna individu tersebut .Penyakit rohani merupakan penyakit dalaman manusia atau individu seseorang yakni ia berkaitan dengan kerohanian serta jiwa seseorang yang tidak dapat atau tidak nampak dengan pandangan umum(mata kasar).

Walau bagaimanapun ia mampu dikesan dengan pemerhatian secara mendalam tentang perubahan tingkah laku seseorang(individu) yang mengidap penyakit tersebut ,di antara contoh - contoh penyakit rohani yang perlu kita ambil tahu adalah seperti mana yang tertera di bawah .

  • - Saka
  • - Sihir
  • - Santau
  • - Histeria
  • - Suka mengumpat serta bercakap kotor
  • - Suka berfikiran negatif
  • - Suka melakukan maksiat
  • - Suka marah - marah dan sebagainya
  • - Memiliki sifat sombong ,kedekut dan sebagainya
  • - Sentiasa rasa resah gelisah dan cemas
  • - Mudah sakit hati ,cemburu pada individu lain
  • - Suka bergaduh serta bermusuhan sesama sendiri atau dengan individu yang lain
  • - Tidak suka menunaikan kewajipan atau tanggung jawab pada agama
  • - Melakukan perbuatan yang salah dari segi undang - undang sesebuah negara

Sepertimana contoh - contoh di atas adalah beberapa atau sebahagian penyakit - penyakit rohani yang dihidapi oleh manusia atau individu di masa kini mungkin selamanya jika tidak diatasi atau dibendung dengar segera .Individu yang sihat rohaninya adalah individu yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah S.W.T .

Kesimpulan dari coretan di atas adalah ,rohani bersifat spiritual maka makanannya juga adalah bersifat spiritual .Amalan yang paling baik bagi rohani adalah dengan firman - firman Allah S.W.T yang boleh diguna pakai oleh akal dan tubuh  manusia dengan menunaikan perintah Allah S.W.T dan menjauhi larangan Allah S.W.T .

Post a Comment

0 Comments