Advertisement

Langkah Pertama Yang Perlu Kita Ikuti Atau Amalkan Jika terkena Gangguan Jin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Gangguan jin sememangnya boleh berlaku pada bila - bila masa ada ketikanya ia berlaku secara senyap , tanpa kita semua sedari dan mungkin apabila kita menyedarinya di ketika itu berkemungkinan ia sudah pun menjadi gangguan yang parah atau sudah tidak dapat di bendung lagi .

Jika berlakunya gangguan jin pada diri atau keluarga anda , apakah yang patut anda lakukan ! Sebaiknya , anda digalakkan agar selalu berulang - ulang kali memperhatikan apakah adanya tanda-tanda gangguan jin pada diri anda atau keluarga . Kemudian berusahalah untuk memperhatikan dengan lebih teliti dan jujur supaya anda akan nampak dengan semakin jelas , apakah tanda - tanda gangguan jin itu benar-benar berlaku atau tidak .

Setelah memastikan semua gejala - gejala gangguan jin yang terjadi kepada diri atau keluarga anda, langkah seterusnya ialah lakukan perkara - perkara di bawah :

- Berusahalah untuk menjadi setenang mungkin, jangan panik, sabar dan berusahalah untuk bertawakal dan pasrah kepada Allah. Yakinlah di dalam hati bahawa jin itu adalah makhluk Allah yang lemah dan tidak mungkin jin dapat mengalahkan al-Quran. Keyakinan ini perlu ada di dalam diri anda, kerana ianya adalah sebahagian dari iman.

- Dapatkan khidmat nasihat tentang masalah anda di pusat-pusat rawatan Islam yang terdekat, dan jangan pernah terlintas keinginan untuk pergi berjumpa dengan bomoh. Berhati-hatilah ketika anda akan meminta bantuan seseorang kerana sangat susah untuk membezakan antara pengubatan yang betul-betul selaras dengan al-Quran dan juga kaedah bomoh kerana banyak bomoh di zaman sekarang yang memperalatkan agama.

- Lebih baik anda bertawakal kepada Allah dan kembalilah kepada al-Quran, kerana tidak ada jin yang mampu mengalahkan al-Quran.

- Jagalah solat 5 waktu. Bagi lelaki, biasakan diri melakukan solat jemaah di masjid.b) Bacalah surah al-Baqarah setiap hari. Bacalah dari awal hingga akhir surah al-Baqarah dalam satu hari. Amalkan selama seminggu atau lebih.

- Jika anda tidak mahir membaca al-Quran, dengar bacaan al-Quran atau ayat-ayat ruqyah melalui cd atau mp3 ayat-ayat ruqyah, sekurang-kurangnya sejam sehari selama sebulan atau lebih.

Amalkan meminum air ruqyah setiap hari.
- Caranya, ambil segelas air, lalu bacakan ayatul Kursi, surah al-Falaq dan surah an-Nas.
- Baca beberapa kali. Dekatkan bibir anda pada gelas yang berisi air tersebut ketika membaca ayat-ayat di atas.
- Amalkan meminum air ruqyah setiap hari. Sehari tiga kali sekurang-kurangnya.

Bacalah zikir pagi dan petang terutamanya :

- Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 4.

- Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya.

- 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.

- Surah al-Ikhlas.

- Surah al-Falaq.

- Surah an-Nas.

Perkara yang mungkin akan terjadi atau merasai atau juga muncul selama anda mengamalkan kaedah di atas :

- Pening.

- Muntah dan mual.

- Susah atau tidak dapat tidur.

- Gangguan semakin berkurangan dan akan hilang inshaa Allah. Jangan lupa bersyukur kepada Allah dan berdoa agar ianya benar-benar sembuh.

- Gangguan semakin kuat. Jika berlakunya begini, jangan risau. Teruskan terapi yang anda lakukan di atas. Ingatlah bahawa jin akan melakukan pelbagai cara agar anda tidak meneruskan terapi ruqyah di atas.

Jika tidak muncul reaksi apa pun, padahal gejala/tanda gangguan jin masih sangat kuat, maka lakukanlah perkara-perkara di bawah :

- Perbanyakan istighfar dan bertaubat.

- Ulangilah proses terapi mandiri selama beberapa hari. Sebaiknya sehingga hilang gejala gangguan.

Di dalam merawat masalah gangguan jin, samada melakukan terapi sendiri seperti di atas, atau berubat dengan perawat Islam, anda perlu berdisiplin, sabar dan bertawakal. Ingatlah bahawa gangguan jin akan terus berlaku selagi makhluk tersebut belum berputus asa.

Hanya pertolongan dari Allah sahaja yang mampu menyembuhkan gangguan tersebut. Oleh itu, jangan berusaha mencari jalan pintas dengan cara meminta pertolongan bomoh dan dukun. Perbuatan ini mengundang kemurkaan Allah dan menjauhkan anda dari kesembuhan.

Yakinlah pada diri anda sendiri, yakinlah pada pertolongan Allah dan yakinlah pada al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Ini kerana hanya al-Quran dan Hadis Nabi sahajalah sumber rujukan yang paling dipercayai dan benar.
Sumber - Penulis Ustaz Abdullah bin Idris .

Post a Comment

0 Comments