10 Jenis Ciri - Ciri Rumah Yang Disukai Oleh Jin Untuk Dijadikan Tempat Kediaman


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | 'Jin ' ﻦﻲﺟ merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api.Secara logik akal ,jin dapat melihat ' manusia ' tetapi kita tidak dapat melihat jin.Justeru itu kita dapat merasai akan kewujudan atau kehadiran jin melalui deria rasa atau pergerakan sebagai contohnya seperti ada sesuatu atau seakan benda bergerak - gerak atau merayap di bahagian anggota badan yang tertentu ianya boleh diumpamakan seperti hama sama ada di dalam atau di luar anggota badan khususnya di bawah kulit atau di luar.

Jin juga memerlukan makanan sama juga seperti manusia untuk memberi tenaga dan sebagainya ,sesetengah berpendapat ada mengatakan ,makanan jin adalah terdiri sesuatu zat yang diuraikan samada melalui asap pembakaran atau pereputan tulang atau najis atau juga darah. Sebagai contohnya orang ' dukun ,pawang atau tok bomoh atau seangkatan dengannya yang mengkadamkan jin sentiasa menyediakan pembakaran asap pembakaran seperti kemenyan untuk berhubung dengan jin.Walau bagaimanapun tidak dinyatakan di dalam Al-Quran berkaitan makanan jin adalah dari asap atau wangian.

Jin juga sama seperti manusia menyukai tempat - tempat tertentu untuk dihuni atau dijadikan rumah kediaman ,huraian ciri - ciri rumah yang disukai oleh jin untuk dijadikan tempat kediaman seperti mana yang tertera di bawah.

  • 1 - Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin.

  • 2 - Rumah yang didirikan di atas kawasan kubur. Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja ,atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau ada orang mati terbunuh di situ, atau pernah ada mayat dibuang di situ dan sebagainya. Jin suka berkumpul di kawasan perkuburan, atau tempat dimana pernah terdapat orang mati di situ, atau orang mati dibunuh di situ, atau orang mati ditanam di situ, atau mayat orang dibuang di situ atau pernah dibuang cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia di situ. Jika kita mendirikan rumah diatas tapak seperti itu, maka jin-jin akan secara automatik turut mendiami rumah kita.

  • 3 - Rumah yang didirikan di atas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin di situ.Ini termasuk pembuangan oleh bomoh atau pawang ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan upacara seperti contohnya “membuang saka” , “membuang sihir”, “membuang hantu”, “membuang toyol”, “membuang pelesit”, “membuang polong”, “membuang hantu raya” dan sebagainya,atau misalnya sesuatu kawasan itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal jin atau tempat pembuangan jin, kemudian pada satu masa ia dibangunkan pula untuk menjadi kawasan perumahan, maka jin-jin akan turut mendiami mana-mana rumah yang disukainya.

  • 4 - Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya.Semua itu adalah merupakan cabang ilmu sihir yang disebaliknya pasti ada jin-jin sihir yang digunakan untuk melaksanakan tuntutan ilmu sihir tersebut.

  • 5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun temurun ,biasanya disebut “saka” lebih releven jika disebut "jin saka. Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” ,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada keturunan keluarga tuannya yang disukainya.

  • 6 - Rumah yang didalamnya berlaku berbagai fahsya dan mungkar, seperti, syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung idola (pujaan), gambar-gambar idola (pujaan), memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu”, dan lain-lain.

  • 7 - Rumah yang dibina di atas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak dilaksanakan. Ini ialah kerana ramai manusia yang bersahabat dengan jin dan berintraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang”atau “medium” laluan bagi pergerakan aktiviti mereka.

  • 8 - Rumah yang telah disihir, iaitu rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir.

  • 9 - Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”, “ilmu pemanis”, “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin sihir. Biasanya orang yang baru menuntut ilmu sihir, dia akan membawa pulang ke rumahnya seekor atau mungkin banyak jin-jin sihir. Maka menjadilah jin atau jin-jin itu kawan rapatnya semasa jaga dan juga semasa tidur.

  • 10 - Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat, kemudian “jin liar” mengikutnya kemana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutinya pulang dan tinggal bersama-samanya di rumah.

Demikianlah secara amnya 10 jenis ciri - ciri rumah yang disukai oleh jin untuk dijadikan tempat kediaman ,untuk itu berhati - hatilah dalam memilih ciri - ciri rumah.Jangan sampai terkena seperti coretan yang di atas ,mintalah khidmat nasihat orang yang arif mengenainya sebelum mengatur langkah .Akhir kata kami mohon jutaan kemaafan jika apa yang kami kongsikan di sini tersasar maksud atau sebagainya ,kami mohon pembaikan atau juga pembetulan dari semua pembaca.

0 Comments