Cara Mudah Semak Nombor Akuan Bank Peniaga Online Penipu


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Fungsi utama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia adalah , menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber dan lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.Ianya untuk menjadi sebuah jabatan penyiasatan yang efisyen, berdaya saing dan proaktif dari aspek membendung penularan semua bentuk jenayah komersil di negara ini.

Justeru itu ,untuk mengelak daripada terkena tipu anda dinasihatkan untuk menggunakan laman sesawang Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia sebagai rujukan sebelum membuat sebarang bentuk pembelian .Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun bank penjual tersebut sahaja dan pasti akan keluar jika penjual itu pernah menipu orang lain dan telah dibuat report polis oleh pembeli yang sudah terkena tipu .

Berikut seperti mana yang tertera di bawah panduan ringkas 3 langkah mudah cara semak nombor akuan bank peniaga penipu secara online melalui pautan PDRM :

- Sila layari laman rasmi  Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - PDRM

Langkah - 1

- Masukkan nombor akuan bank peniaga yang ingin disemak .

Langkah - 2

Masukkan nombor /maklumat captcha

Langkah - 3 - Done

Akhir sekali click Semak Maklumat



Sekiranya nama si penjual online tadi tiada dalam laman sesawang ini tetapi anda masih merasa ragu  - ragu sama ada penjual tersebut betul atau tidak ,kami sarankan anda cuba tips seperti mana berikut:

Sila  lihat atau semak profile facebook sama ada guna gambar betul atau fake akuan.
Sila rujuk testimoni daripada pelanggan – pelanggan yang lain sama ada meyakinkan atau was - was.
Rujuk laman sesawang sama ada lengkap menyakinkan atau tidak.
Cuba buat carian nombor telefon penjual di www.facebook.com.
Cuba buat carian nombor akaun bank penjual di www.google.com.
Cuba cari nombor telefon penjual di www.google.com.
Cuba bandingkan harga barang yang dijual dengan laman facebook atau web lain.
Cuba buat COD bagi barang – barang yang berharga melebihi RM 1000.00.
Tanyalah kawan – kawan yang lain mungkin mereka pernah membeli atau mengetahui berkenaan penjual barangan online tersebut.

    Jika anda masih terkena tipu setelah pelbagai usaha carian tersebut kami sarankan anda buat laporan polis untuk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dalam laman sesawang polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia .Bagi kami mungkin itu perkara biasa kerani penipu online ini pun kadang – kadang bijak juga mungkin mereka menggunakan nombor akaun bank orang lain sebagai contoh akaun bank isteri, adik beradik dan sebagainya atau mungkin itu adalah penjual yang baru nak belajar menipu online.

    Sekiranya anda tidak membuat laporan polis mungkin orang lain akan turut terkena tipu sebaiknya biarlah anda rugi dan asbab anda orang lain terselamat.

    Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

    PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

    2 Responses to "Cara Mudah Semak Nombor Akuan Bank Peniaga Online Penipu"

    1. Nak beli belah secara online pun kena berhati-hati . Tak semestinya semua seller tue jujur . Kadang berlaku jugak penipun

      BalasPadam
      Balasan
      1. Betul tu . . . tidak semua online seller macam tu . . . tetapi pasti ada so sebelum terkena ada baiknya beringat tapi yang pasti kita tidak gemar beli online lebih afdal face 2 face .

        Padam

    Iklan Atas Artikel

    Iklan Tengah Artikel 1

    Iklan Tengah Artikel 2

    Iklan Bawah Artikel