Tips Mudah serta Jimat Bajet untuk Menghalau Serangga dan Haiwan Perosak di dalam Rumah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Haiwan atau serangga perosak adalah makhluk perosak yang menjejaskan kepada kehidupan manusia  , iaitu semua organisma yang mempunyai nilai negatif kepada manusia. Dalam erti kata lain, makhluk perosak ialah pesaing bagi manusia keseluruhannya .

Serangga atau haiwan perosak ialah sejenis serangga atau haiwan yang merosakkan benda, menyebarkan penyakit atau menjadi punca untuk penyakit dan mengakibatkan kerugian yang amat besar jika tidak mengambil langkah - langkah pencegahan positif dari awal .

Berikut sepertimana yang tertera di bawah beberapa tips mudah untuk dipratikkan .


1 - Ular .
Sembur apa - apa pewangi atau penyegar udara di tempat ular tersebut berada ,Insya Allah ular itu akan beredar dengan sendiri dari tempat tersebut .

2 - Lipan .
Letak garam halus atau garam kasar pada lipan atau tempat - tempat lembab yang menjadi kesukaan lipan atau juga tempat lipan membiak .Insya Allah lipan tidak akan menghampiri atau tidak akan datang lagi ke tempat tersebut .

3 - Anai -anai .
Semburkan air kapur sirih di tempat atau sarang anai - anai ,sama ada di dinding atau di dalam perabot ,nescaya anai - anai tersebut akan mati akibat kepanasan .

4 - Cicak .
Sapu atau letak tembakau di celah dinding rumah atau tempat laluan cicak atau juga tempat kesukaan cicak .Insya Allah cicak akan lari menjauhi tempat atau rumah tersebut dengan serta - merta apabila terhidu atau tercium bau tembakau tadi .

5 - Tungau atau Kutu .
Letak kulit durian atau bunga pandan di tempat tungau atau kutu hinggap ,berkemungkinan bau dari bahan tersebut akan menyebadkan serangga tersebut akan mati .

6 - Tikus .
Tabur atau letakkan serbuk lada hitam di tempat atau laluan yang biasa kita jumpa dengan haiwan tersebut .Insya Allah , tikus akan menjauhi tempat tersebut .

7 - Semut .
Taburkan serbuk kopi di kawasan yang sering dikunjungi semut , Insya Allah semut akan menjauhi kawasan tersebut .

8 - Nyamuk .
Letak kulit limau pada segenap tempat di mana kita ingin nyamuk tiada ,Insya Allah nyamuk tidak akan mendekati tempat tersebut .

9 - Lipas .
Hiriskan daun SALAM halus - halus dan taburkan di tempat lipas suka berkeliaran .Insya Allah lipas tidak akan kembali di tempat tersebut .

10 - Lalat .
Hiriskan daun pandan halus - halus dan letakkan di mana lalat suka hinggap .Insya Allah ,lalat tidak akan hinggap lagi di tempat tersebut .

Tips mudah serta jimat bajet untuk menghalau serangga dan haiwan perosak di dalam rumah yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan dari pengalaman , ilham dan juga dari mulut ke mulut .

Oleh yang demikian ia hanyalah sekadar satu usaha dan panduan untuk tujuan tertentu disamping melakukan usaha yang sebaiknya ,berkesan atau tidak adalah bergantung atas individu tersebut .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Tips Mudah serta Jimat Bajet untuk Menghalau Serangga dan Haiwan Perosak di dalam Rumah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel