Advertisement

Resepi Lepat Ubi Kayu


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa , seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua . Ubi kayu boleh digoreng , direbus , dibakar ianya dimakan bersama kelapa parut muda , ikan masin atau nisan kerek . 


Di samping itu juga ubi kayu boleh dimasak lemak kuning yang di campur bersama pucuk ubi kayu , masak tempoyak ada juga dibuat kerepek ubi , bingka atau dibuat tapai .Ubi kayu juga ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi , tepung ubi kayu digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) .

Resepi ubi kayu yang kami kongsikan disini adalah resepi lepat ubi kayu ianya mengikut cara kami . Bahan - bahan serta cara - cara membuatnya seperti yang tertera di bawah :

Stock ubi kayu .

Bahan - bahan seperti di bawah .

  • 1 - 1 kg ubi kayu - Paruh ubi dan perah airnya -
  • 2 - 1/2 biji kelapa putih.
  • 3 - 200 gram gula melaka atau gula perang .**
  • 4 - 100 gram gula pasir. **
  • 5 - 120 ml air. **
  • 6 - Daun pisang secukupnya.
  • - Bahan yang bertanda ** di masak hingga larut jadikan air gula melaka / perang .

Cara - cara membuat seperti berikut .

  • 1 - Panaskan air kukusan .
  • 2 - Satukan parutan ubi kayu bersama dengan kelapa putih dan di gaul rata .
  • 3 - Masukkan air gula sikit demi sedikit dan di gaul hingga rata .Pastikan adunan tidak terlalu cair - jangan di habiskan air gula melaka/perang - Jika adunan adunan kurang manis boleh tambah sedikit gula pasir .
  • 4 - Ambil sehelai daun pisang yang telah siap dilayur dan dipotong , letak 1 1/2 sudu besar adunan di tengah daun pisang dan dibungkus seperti bungkus nasi lemak atau ikut selera anda .
  • 5 - Kukus selama 20 minit atau sehingga masak .
  • 6 - Setelah masak sejukkan dan sedia untuk dihidangkan .

Selesailah sudah cara - cara membuat resepi Lepat Ubi Kayu ,cara - cara dan bahan - bahannya mengikut cara kami , segala pertanyaan dan soalan boleh diajukan di halaman Contact Me atau terus komen di sini .Selamat Mencuba .

Post a Comment

0 Comments