Advertisement

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Resepi sambal yang seterusnya untuk di kongsi hari ini adalah resepi sambal ikan bilis petai , berbicara tentang buah petai ini ianya salah satu ulaman yang cukup-cukup terkenal di seluruh nusatara terutama sekali di Malaysia.


Pelbagai kaum di Malaysia boleh di katakan menyukai buah petai tidak kiralah apa bangsa seperti india,cina,iban,asli apatah lagi melayu , Buah petai sedap di makan begitu sahaja sebagai ulaman atau di buat jeruk , di masak gulai serta pelbagai lagi.

Biasanya buah petai diambil bijinya sahaja untuk di buat bermacam-macam resepi masakan tetapi resepi sambal yang saya kongsikan ini sambal buah petai dengan kulit - kulit , menurut kajian pengamal perubatan khasiat buah petai sebenarnya banyak terkandung di dalam kulit .

Jika kita memakan buah petai dengan kulit kadar bau aroma buah petai berkurangan tidak seperti memakan biji sahaja .Berbalik kepada resepi sambal ikan bilis petai , cara-cara serta bahan - bahan seperti berikut:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi sambal ikan bils petai

Bahan-bahannya seperti buah petai,ikan bilis , bawang besar dan bawang putih.

Bahan - bahan :

  • 1 - Segengam ikan bilis direndam hingga lembut dan di toskan.
  • 2 - Tiga papan buah petai di rendam dan di kikis kulitnya serta di belah dua.
  • 3 - 1 biji bawang besar di hiris kasar.
  • 4 - 1/2 sudu besar pes asam jawa.
  • 5 - 10 - 15 tangkai cili kering di kisar halus.
  • 6 - Garam dan gula secukup rasa.
  • 7 - Minyak masak untuk menggoreng.

Bahan - bahan untuk di kisar halus :

  • 1 - 3 ulas bawang putih.
  • 2 - 2 buku bawang merah.

Cara - cara memasak seperti di bawah:

  • 1 - Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar hingga harum.
  • 2 - Masukkan cili kisar dan tumis dengan api kecil supaya tidak hangit dan betul-betul masak.
  • 3 - Bila sudah terbit minyak dan benar-benar masak , masukkan pes asam jawa dan petai , serta masukkan sedikit air untuk melembutkan kulit buah petai.
  • 4 - Apabila petai lembut sedikit , masukkan ikan bilis dan hirisan bawang besar dan kacau.
  • 5 - Perasakan dengan garam dan gula secukupnya , kacau dan masak hingga pekat.
  • 6 - Rasa masam , manis dan masin jika menepati citarasa matikan api serta bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Selesailah sudah resepi Sambal Ikan Bilis Petai , moga - moga resepi ini sesuai dengan selera kita semua .Kami syorkan sambal ikan bilis petai dihidangkan bersama nasi panas ,ikan singgang ,ulam - ulaman atau mengikut selera masing - masing .Selamat mencuba .

Post a Comment

0 Comments