Cara daftar i - SURI KWSP untuk isi rumah yang berkelayakan
Ogos 21, 2018
Add Comment
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja { KWSP } mengumunkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif i - SURI boleh di buat bermula pada 15 Ogos 2018 . i - SURI dilaksanakan bagi memenuhi janji manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang dinyatakan ketika dahulu . Perkara tersebut merupakan salah satu daripada 10 janji utama yang terkandung dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang ingin direalisasikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran .
Related
Berikut sepertimana yang tertera di bawah cara daftar , syarat kelayakan , semakan eKASIH serta maklumat ringkas program .
Bagi mereka yang layak perlu hadir sendiri di mana - mana 67 cawangan KWSP di seluruh Malaysia untuk membuat pendaftaran i - SURI .
1 - Warganegara Malaysia .
2 - Belum mencapai umur 60 tahun .
3 - Mencarum sekurang - kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun .
4 - Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem eKasih setakat 30 Jun 2018 ,termasuk isteri { isteri kepada ketua isi rumah KIR }KIR wanita { Bercerai ,balu ,bujang} .
Semakan nama yang telah didaftarkan dalam sistem eKasih boleh disemak secara atas talian { online } sepertimana pautan link berikut :
SILA KLIK : Semakan pendaftaran eKASIH .
Bagi maklumat lanjut mengenai eKasih ,orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia { MGCC } di talian 03 - 8000 8000 . Manakala untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP boleh diperoleh daripada Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03 - 8922 6000 atau sila rujuk laman web KWSP melalui pautan di bawah atau mana - mana cawangan KWSP di seluruh negara Malaysia.
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Cara daftar i - SURI KWSP untuk isi rumah yang berkelayakan"
Catat Ulasan