Advertisement

Resepi Biskut Coklat Kembar


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi seterusnya dari kami biskut coklat kembar ,proses penyediaan adunan biskut ini seakan atau mungkin juga sama adunan dengan resepi biskut almond london .Sebiji kacang badam diletakkan dalam biskut almond london manakala pula adunan biskut coklat kembar hanya menggunakan serbuk badam di dalam proses penyediaan adunan doh ,mungkin itulah yang membezakan .

Biskut coklat kembar menggunakan dua lapisan doh yang kemudiannya dicantumkan bersama menjadi dua lapisan dalam satu kemudian dicelup ke dalam coklat masakan yang sudah dicairkan ,mungkin atau juga disebadkan menggunakan dua lapisan doh ianya dikenali dengan nama coklat kembar .

Bagi kami proses penyediaan biskut ini agak rumit tetapi sangat menarik untuk dicuba oleh siapa sahaja ,bagi mereka yang mempunyai anak - anak kami pasti biskut ini menjadi pilihan .Untuk itu kami kongsikan resepi biskut coklat kembar yang ianya mengikut cara dan citarasa kami seperti mana yang tertera dibawah .

Butter dengan gula halus dipukul bersama.

Tepung gandum ,beras ,jagong ,baking powder dan sebuk badan digaul bersama.

Masukkan telor sebiji dan essen vanula.

Kemudian masuk tepung yang telah digaul bersama bahan - bahan lain.

Adunan yang sudah siap dijadikan doh.

Doh dipotong atau dibuat empatsegi .

Doh yang sudah siap dibentuk empatsegi dan sedia untuk dibakar.

Proses celup biskut kedalam coklat .

Lapisan pertama biskut dimasukkan ,kemudian diikuti lapisan yang kedua.

Akhir sekali proses letakkan manik - manik berwarni.
Bahan A .

  • 1 - 250 g mentega (1/2).
  • 2 - 180 g gula kastor.
  • 3 - Garam.

Bahan B .

  • - 1 biji telur.

Bahan C .

  • 1 - 180 g tepung gandum.
  • 2 - 90 g badam kisar.
  • - Di gaul rata / sebati .

Bahan - bahan untuk hiasan .

  • 1 - Manik gula.
  • 2 - Mangkuk kertas.

Cara - cara penyediaan seperti di bawah.

  • 1 - Pukul bahan A sehingga lemhut . Masukkan bahan B , gaul sehingga rata supaya tidak berbintil - bintil . Masukkan bahan C , uli hingga sebati .
  • 2 - Masukan doh ke dalam peti sejuk , biarkan selama 10 minit .
  • 3 - Canaikan doh sehingga ketebalan 3 mm .
  • 4 - Potong sebesar 4cm x 2.5cm dan susun di atas dulang pembakar . Bakar pada suhu 175c selama 15-25 minit atau sehingga kuning keemasan .Biarkan ia sejuk .
  • 5 - Salutkan dengan coklat cair dan letakkan di dalam mangkuk kertas .
  • 6 - Akhir sekali taburkan gula manik di atasnya ikut suka hati nak tabur corak macam mana !!

Demikianlah resepi Biskut Coklat Kembar untuk tontonan semua dan sesuai dicuba rasa oleh siapa sahaja ,jika anda mempunyai apa - apa pertanyaan tentang resepi ini atau resepi yang sebelumnya kami mohon sudilah diajukan kepada kami melalui halaman About Me atau Contact Me ,Selamat mencuba .

Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik resepi ni .bahan-bahan dan cara penyediaan xda rumit sangat

    ReplyDelete