Header Ads

Resepi biskut slice strawberry.

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi biskut pilihan kami yang seterusnya iaitu biskut slice strawberry ,resepi biskut ini menggunakan 4 jenis tepung didalam proses penyediaanya .Tepung - tepung yang digunakan adalah seperti tepung kentang ,tepung susu ,tepung gandum dan tepung jagung .Biasanya biskut ini sinonim dengan nama finger/jejari stwawberry ,tetapi kami olah namanya mengikut citarasa kami .

Biskut slice strawberry yang sudah siap dan sedia untuk dinikmati.

Dari segi bentuknya pula kami lebih gemari bentuk potongan seakan bentuk daun ,ianya kami lakukan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses penyediaan biskut tersebut .Manakala bahan - bahan serta warnanya pula kami kekalkan seperti biasa .Bagaimana pun biskut ini boleh diadun dan diolah mengikut citarasa sendiri ,begitu juga dari segi tampilan warna dan hiasannya .Apa pun cara - cara dan tampilannya ,disini kami kongsikan resepi biskut slice strawberry seperti mana yang tertera dibawah .

Bahan - bahannya seperti berikut .
  • Bahan - bahan A .
  • 250 gm butter .
  • 10 gm shortening .
  • 150 gm gula kastor .
  • 1 sudu besar strawberry emulco .
  • 1/4 sudu besar pewarna pink .
  • 50 gm serbuk badan .
  • Bahan - bahan B .
  • 300 gm tepung gandum .
  • 40 gm tepung kentang .
  • 50 gm tepung susu .
  • 50 gm tepung jagung .
( Kesemua bahan B diayak bersama )

Bahan - bahan untuk hiasan .
  • Coklat masakan putih .( Dicairkan )
  • Pewarna pink .
  • Serbuk roti .
Butter ,lemak sayur ,gula kastor ,strawberry emulco ,pewarna pink dan serbuk badam.

Pukul ke semua bahan A hingga kembang berkrim.

Kemudian masukkan bahan - bahan B.

Doh yang telah siap di uli.

Cara - cara penyediaan seperti yang tertera dibawah .
  1. Pukul bahan A hingga kembang berkrim .
  2. Kemudian masukkan bahan B yang telah diayak bersama dan uli hingga menjadi doh yang lembut .
  3. Ambil doh kemudian canai dan terap dengan acuan yang disukai .Susun kedalam dulang pembakar .
  4. Panaskan oven dan bakar biskut pada suhu 140C selama 30 minit .
  5. Sejukkan biskut .Cairkan coklat putih secara double boiler dan letakkan pewarna putih .
  6. Celupkan biskut ke dalam coklat cair tadi dan golekkan biskut ke dalam serbuk roti .
  7. Biarkan sehingga coklat mengeras dan bolehlah di simpan dalam bekas kedap udara .
Canai dan terap doh mengikut acuan masing - masing.

Susun dan bakar doh yang sudah diterap.

Cairkan coklat putih kemudian letakkan pewarna pink.

Golekkan biskut yang telah di celup dengan coklat ke dalam serbuk roti.

Biskut yang telah siap ,sejukkan sehingga coklat mengeras.

Selesailah sudah resepi biskut slice strawberry yang ianya mengikut cara dan cita rasa kami seisi keluarga ,jika ada apa - apa pertanyaan tentang resepi biskut ini ,sudi - sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau About Me atau juga dikomen terus melalui halaman ini .Selamat mencuba .

1 ulasan:

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.