Hilangkan Bau Hanyir Ayam Dan Daging


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Memang tidak dapat dinafikan kebanyakkan penyedia makanan seperti tukang masak atau pengusaha makanan sudah tersedia maklum tentang sesuatu jenis makanan yang hendak disediakan .

Terutama sekali jika makanan yang hendak disediakan itu membabitkan makanan yang berasaskan ayam atau daging . Meskipun nilai sesuatu makanan yang disedia/dimasak itu mahal/murah jika proses dipermulaan terabai atau tidak dijaga kami pasti mutu/kualiti sesuatu makanan itu hilang aroma keenakkannya .

Berbagai cara atau petua yang tersedia maklum tentang menghilangkan bau hanyir ayam dan daging tetapi apa yang kami kongsikan ini adalah cara kami ianya petua yang selalu kami guna pakai semasa memasak makanan yang berasaskan ayam dan daging ,petua - petua seperti yang tertera di bawah :

1 - Perap ayam atau daging dengan asam jawa selama 10 hingga 15 minit . Selepas itu basuhkan ayam atau daging tadi dengan air yang bersih .

2 - Perap ayam atau daging dengan perahan limau nipis , limau kasturi atau lemon dengan sedikit garam . Kemudian cuci ayam atau daging tadi dengan air yang bersih . 

3 - Gaulkan ayam atau daging dengan sedikit tepung gandun . Perapkan seketika , kemudian bersihkan ayam atau daging itu dengan air yang bersih . Lemak serta bau hanyirnya akan keluar setelah ia dibasuh . 

4 - Lumurkan ayam atau daging dengan sedikit cuka masakan dan perap selama 15 minit . Kemudian bilaskan dengan air yang bersih . 

5 - Ambilkan 2 hingga 3 keping asam gelugor rendamkan bersama ayam atau daging tadi , kemudian bilas dengan air yang bersih . 

6 - Hiriskan dua hingga tiga ulas bawang putih , sewaktu menggoreng ayam atau daging masukkan hirisan bawang putih tadi .

Begitulah serba sedikit cara serta petua yang kami amalkan jika mengurus ataupun menyediakan makanan yang berasaskan ayam mahupun daging , moga - moga ianya berguna untuk kita jadikan garis panduan dalam menyediakan makanan tersebut .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Hilangkan Bau Hanyir Ayam Dan Daging"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel