Syirik

 Firman Allah S.W.T yang bermaksud " Bahawasanya , sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain , maka sesungguhnya ALLAH haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka " ( Surah AL - MA'IDAH ayat 72 ) 
 Lagi firman ALLAH S.W.T yang bermaksud " Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepada-NYA dan ALLAH akan mengampunkan kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA iaitu selain dosa syirik . Barang siapa yang mempersekutukan ALLAH maka sesungguh ia telah berbuat dosa yang besar " ( Surah AN - NISA ayat 48 ) 
 Allah S.W.T mengulangi kembali firman-NYA bertapa besarnya dosa syirik melalui firman-Nya yang bermaksud " Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan ALLAH akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah , maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya " ( Surah AN - NISA ayat 116 )
Assalamualaikum dan Salam Mesra | Demikianlah beberapa potongan ayat firman ALLAH S.W.T yang menyatakan bertapa besarnya dosa seseorang yang syirik terhadan-NYA . Syirik adalah perbuatan menyekutukan ALLAH S.W.T dalam apa juga bentuk sama ada ianya perkatan , pegangan , perbuatan dan juga iktiqad yakni dengan menjadikan seseuatu yang lain iaitu makhluk yang bernyawa atau tidak bernyawa sekutu bagi ALLAH S.W.T .

Di dalam surah Luqman , ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud " Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang amat besar " ( Surah Luqman ayat 13 ).Daripada Abu Hurairah , Rasulullah S.A.W telah menasihatkan sahabat dan orang Islam supaya menjauhi tujuh perkara yang membinasakan hidup seseorang iaitu mensyirikkan Allah , melakukan perbuatan sihir , membunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan jalan yang benar , memakan harta anak yatim , memakan riba , lari daripada medan peperangan dan menuduh perempuan mukmin suci melakukan zina .(Hadis riwayat Muslim)

Jenis Syirik .
Syirik Jali ( Terang dan nyata ) .
Syirik jali ialah syirik yang terang , nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur.

Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu :
Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah . Justeru mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik .

Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung , berhala , batu , pokok , matahari , bulan bintang atau objek tertentu .

Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik . Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik . Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim .

Syirik Khafi ( Tersembunyi ) .
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang . Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara . Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud " Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak) , maka hendaklah dia melakukan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya " ( Surah Al-Kahfi, ayat 110 ) .

Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal . Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati - hati dan menjauhi syirik kecil , lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu . Maka Rasulullah menjawab , syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal .

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)

Amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak , Walaupun orang Islam tidak menyembah berhala tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik iaitu Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak , beramal untuk manusia , perasaan dengki, mengharap reda manusia , bermuka-muka , tidak ikhlas menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam.

Kepercayaan kepada tempat keramat , keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun , penggunaan tangkal dan azimat bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik jali yang masih berlelusa di masa kini . Sesungguhnya pengamal/pemakai ilmu hitam , tangkal , sihir , santau serta minyak pengasih adalah syirik berdosa besar.

Dosa dengan ALLAH S.W.T terampun dengan taubat( nasuha ) seikhlas - ikhlasnya atau bertekad dengan sepenuh hati/jiwa dan raga tidak akan mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu tapi dosa sesama manusia yang dizalimi/dikena tidak terampun selagi manusia/insan yang dizalimi mengampuninya .
Sumber - wikipedia.org.

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Syirik"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel