Tanda - Tanda Kematian

Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | " Tiap yang hidup pasti akan mati " Ungkapan/ayat ini sering kali kita dengar , mungkin melalui pembacaan majalah - majalah , buku - buku yang bertemakan keagamaan , melalui media cetak/elektronik atau melalui terjemahan kitab Al - Quran . 

Meskipun hari kematian itu rahsia ALLAH S.W.T , samaada kita sedar atau tidak sebelum dijemput ILAHI/meninggal dunia/mati terselit pelbagai tanda agar kita akan terus kuat di dalam pelbagai segi sebagai manusia yang beriman kepada ALLAH S.W.T .

Antara tanda - tanda kematian ini terbahagi kepada beberapa keadaan atau hari , contohnya 100 hari , 40 hari , 7 hari , 3 hari , 1 hari dan hari terakhir/tanda akhir ianya seperti yang tertera dibawah .

- Tanda 100 hari . 
Adalah tanda pertama dari ALLAH S.W.T kepada hambanya , hanya akan disedari oleh hambanya yang dikehendaki-NYA . Bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma kita/mereka sedar atau tidak sedar .

Tanda ini akan berlaku secara lazimnya selepas waktu Asar , seluruh anggota tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami geteran atau seakan - akan mengigil .
  
Tanda ini rasanya lazat bagi mereka yang sedar dan terdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka geteran ini akan berhenti dan hilang setelah kita/mereka sedar akan kehadiran tanda ini . 

Bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa/hari yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan /urusan yang akan dibawa kesana atau sesudah mati . 

Bagi mereka yang tidak diberikan kesedaran , mereka akan hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manafaat.

- Tanda 40 hari . 
Tanda ini juga akan belaku sesudah waktu Asar , Bahagian pusat kita akan berdenyut - denyut . Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang terletaknya di atas ARASH ALLAH .S.W.T .

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita diantaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa , akan terjadi Malaikat Maut akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu .

Jika ini terjadi mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan - akan bingumg seketika . Adapun Malaikat Maut ini wujudnya hanya seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nywa yang akan dicabutnya .

- Tanda 7 hari . 
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan , di mana orang sakit yang tidak minat makan secara tiba - tiba selera untuk makan bertambah - tambah .

- Tanda 3 hari . 
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dn dahi kiri . Jika tanda ini dapat di kesan maka berpuasalah kita selepas itu , supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita kemudian nanti . 

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan - lahan jatuh ini dapat di kesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi . Telinganya juga akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur - ansur masuk kedalam . Telapak kakinya juga akan terlunjur perlahan - lahan jatuh ke depan dan sukar untuk ditegakkan .

- Tanda 1 hari . 
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun - ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar untuk keesokan harinya .

- Tanda akhir kematian/Hari MATI . 
Akan berlaku di mana keadaan kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang seterusnya akan naik ke bahagian halkum . Ketika ini hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH S.W.T. yang telah menghidupkan kita dan mematikan .Wallahualam.

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Tanda - Tanda Kematian"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel