Resepi Apam Solo


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Resepi pilihan kami seterusnya Apam Solo ,ia juga dipanggil/disebut Apam Begawan Solo . Kami masih tertanya - tanya ? mana asal - usul ! asal dari negeri mana ! negara mana yang mulanya tercetus ideal resepi ini .

Kuih apam solo sesuai dinikmati tika sarapan pagi atau minum petang bersama seisi keluarga atau apa saja majlis keramaian atau terpulanglah kepada kehendak suasana/selera masing - masing . Kebanyakkan kuih apam solo yang kami rasai/nikmati , adunan resepi apam solo dibahagi kepada dua bahagian adunan dan diletak dengan warna yang berbeza . 

Tetapi bagi kami hanya menggunakan satu adunan asal sahaja , cuma kami tambah/membuat corak bunga atau boleh mengikut kreativiti masing - masing , ianya untuk menaikkan/menambah seri Apam Solo itu .

Bahan - bahan untuk intinya ia boleh di pelbagaikan sebagai contohnya inti kacang merah , kacang hijau , ubi kentang atau mengikut citarasa masing - masing . Cara - cara serta bahan - bahan untuk membuat kuih apam solo yang ianya mengikut olehan/cara kami seperti yang tertera di bawah :


Bahan untuk inti .

1 - 2 cawan kelapa parut putih .
2 - 1/2 ketul gula melaka .
3 - 4 sudu besar gula pasir .
4 - 1 cawan air kelapa . ( Air biasa pin boleh juga )
5 - 2 helai daun pandan , disimpul .

Cara - cara menyediakan inti kuih apam solo .

Masukkan ke semua bahan di atas ke dalam kuali dan masak dengan api perlahan sehingga inti masak dan tidak terlalu kering atau terlalu basah . Kemudian sejukkan dan bolehlah digentel sebesar duit 10 sen .

    Inti Kelapa yang sudah siap di masak . 

    Apam solo yang sudah siap dicorak dan sedia untuk di kukus . 


    Bahan - bahan Apam Solo .

    1 - 300 gram tepung gandum ***
    2 - 1 sudu kecil instant yis ***
    3 - 90 gram gula pasir ***
    4 - 125 ml susu cair ***
    5 - 300 ml air ***
    6 - Secubit garam ***
    7 - Pewarna merah dan hijau untuk hiasan .

    Cara - cara penyediaan seperti yang tertera di bawah :

    1 - Campurkan kesemua bahan yang bertanda *** dalam besen .
    2 - Gaul rata hingga semua bahan sebati , perap adunan selama 40 minit .
    3 - Panaskan air dalam periuk kukusan .Sapukan acuan dengan minyak masak rata - rata .
    4 - Selepas 40 minit ,masukkan 1/2 sudu adunan apam solo ke dalam acuan kemudian masukkan inti kelapa tadi .
    5 - Kemudian tutup dengan 1/2 sudu adunan apam solo lagi .
    6 - Buat sehingga siap kemudian buat corak dengan menggunakan pewarna tadi .
    7 - Kukus apam solo dengan api sederhana selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak .

      Selesai resepi Apam Solo yang ianya mengikut cara kami ,selera dan citarasa kami . Jika ada pelbagai pertanyaan atau soalan sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau boleh komen di halaman ini .Selamat mencuba .

      Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

      PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

      2 Responses to "Resepi Apam Solo"

      1. Apam begawan solo .amboii kemain nama .heheh . Tapi cntik apam ni..siap ada bunga rose lagi

        BalasPadam
        Balasan
        1. Terima Kasih sudi singgah ....Hasil olahan sendiri , puas hati menikmatinya .

          Padam

      Iklan Atas Artikel

      Iklan Tengah Artikel 1

      Iklan Tengah Artikel 2

      Iklan Bawah Artikel