Resepi Kuih Kaswi

resepi kuih kaswi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Resepi Pilihan Kami yang seterusnya resepi kuih kaswi , Kuih Kaswi boleh di ketogeri sejenis kuih tradisional ianya tersangat popular di Malaysia . Bagi kami kuih kaswi di panggil/sebut/gelaran kuih orang tua/lama , kenapa di panggil sedemikian ! kerana texture lembut serta senang dikunyah dan rasanya nyaman juga licin bila dikunyah .

Jika di kampung , mungkin di bandar pun kuih kaswi ini diberi makan pada kanak - kanak yang baru belajar hendak mengunyah makanan , dek kerana texture lembut kuih kaswi ini juga jadi tarikan golongan orang - orang lama .

Kuih Kaswi juga sesuai dijadikan makanan petang atau sarapan pagi ianya senang dihidang serta di buat meskipun ia mempunyai kelapa yang mungkin meremehkan bagi sesetengah orang . Apa pun kita ikuti cara - cara penyediaan bersertakan bahan - bahan seperti mana yang tertera di bawah .

Bahan - bahan seperti yang tertera di bawah:
Bahan A .

  • 1 - 1 1/2 cawan gula melaka .
  • 2 - 1/2 cawan gula pasir .
  • 3 - 2 helai daun pandan .
  • 4 - 1 cawan air .

Bahan B .

  • 1 - 1 1/2 cawan tepung gandum .***
  • 2 - 1 cawan tepung ubi .***
  • 3 - 1/2 cawan tepung beras .***
  • 4 - 3 cawan air .
  • 5 - Secubit garam .
  • 6 - 3 sudu besar air kapur .
  • 7 - Kelapa parut dan garam .
  • - Bahan yang bertanda *** hendaklah diayak bersama .

Cara - cara membuat seperti berikut :

  • 1 - Satukan ke semua bahan A ke dalam periuk dan masak hingga gula larut .
  • 2 - Kemudian sejukkan dan tapis , jadikan 2 cawan air gula .
  • 3 - Satukan tepung yang telah diayak bersama *** serta garam kedalam besen , kemudian masukkan 3 cawan air gula .
  • 4 - Kacau rata sampai sebati kemudian masukkan air kapur .
  • 5 - Ratakan sedikit minyak di dalam loyang , tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang tadi .
  • 6 - Panaskan kukusan dan kukus selama 30 minit hingga 45 minit .
  • 7 - Selepas 30 minit atau masak , sedia dihidangkan bersama kelapa parut .

Demikianlah cara - cara membuat serta bahan - bahan untuk resepi kuih tradisional Kuih Kaswi . Kami berharap resepi kuih kaswi ini sesuai dihidangkan untuk apa jua jenis majlis , jualan atau sebagainya . Jika ada sebarang pertanyaan sudilah komen terus di sini atau hubungi kami melalui Contact Me .

0 Comments