Makanan Pilihan Minda Cergas Yang Disyorkan Dalam Islam


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Tidak dapat kita nafikan sememangnya terdapat pelbagai makanan untuk cergaskan minda yang di syorkan dalam Islam ditambahkan lagi dengan kemajuan serta kepesatan ekonomi yang kian pesat menbangun dewasa ini dalam mengusahakan industri makanan HALAL.

Berikutnya antara makanan pilihan yang mencergaskan minda seperti mana yang disyorkan dalam ajaran Agama Islam.

  • 1 - Madu.
  • Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf sebagai ” syifa‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.

  • 2 - Kismis.
  • Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

  • 3 - Susu segar.
  • Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

  • 4 - Buah delima.
  • Untuk penerang hati. Sabda Nabi Muhammad SAW, “Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

  • 5 - Daging burung merpati.
  • Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

Kami mengharapkan coretan makanan pilihan minda cergas yang disyorkan dalam Islam ini menjadi ikutan buat kita semua ,moga - moga apa yang kami kongsi disini bermanfaat buat kita semua .

0 Comments