Khasiat Cuka

Assalamualaikum dan Salam Mesra |  Cuka dalam bahasa arab disebut/panggil Khal ,yang bermaksud sesuatu bahan yang diperbuat daripada bu...

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Cuka dalam bahasa arab disebut/panggil Khal ,yang bermaksud sesuatu bahan yang diperbuat daripada buah - buahan seperti buah anggur , buah tamar , buah epal dan buah tin yang diperap/disimpan mengikut jangka masa yang tertentu , ia bertukar dari jus buahan menjadi alkohol ,seterusnya menjadi yis ,bertukar mejadi asid asetik dan akhir sekali menjadi cuka .

 Asid asetik atau  cuka adalah sebatian kimia asid organik yang dikenali sebagai perasa masam dan aroma masam dalam menu makanan . Masakini terdapat pelbagai jenis cuka berada dipasaran sebagai contohnya cuka tamar , cuka delima , cuka putih , cuka wain putih , cuka nira , cuka wain merah , cuka beras dan sebagainya .

Bagi kami perkara yang menarik tentang cuka adalah ia termasuk makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhamad S.A.W berdasarkan hadith seperti dibawah :
 Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah S.A.W bertanya tentang lauk - pauk kepada keluarganya , Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa - apa kecuali cuka . Lalu Rasulullah SA.W meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan , baginda memakannya seraya berkata : Sebaik - baik lauk adalah CUKA .(Hadis Riwayat Muslim)

Menurut kajian kitab - kitab perubatan Islam juga ada menyatakan cuka telah diamalkan sejak dari zaman nabi - nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad S.A.W lagi . Masyarakat Babylon sekitar tahun 500 masihi juga telah menukar wain kepada cuka dengan menggunakan buah anggur , buah kurma dan buah tin . Cuka juga digunakan oleh pejuang - pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan ketika bertempur dalam peperangan melawan musuh .

Berikut kami kongsikan kebaikan / khasiat cuka kepada kesihatan tubuh badan kita :

- Dapat mencegah berlakunya pembengkakkan kepada badan seperti bisul dan kanser . 
- Membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah dalam badan . 
- Mengatasi proses pencernaan makanan dalam perut . 
- Melancarkan pergerakan usus . 
- Merawat masalah kerongkong , kahak dan batuk yang berpanjangan . 
- Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari . 
- Menurunkan tahap kolesterol 
- Mengimbang tahap asid - alkali dalam badan serta mengeluarkan lebihan garam . 
- Membakar kalori dengan cepat . 
- Membuang toksin dalam badan . 
- Merawat masalah rahim , menguatkan gigi , deria mata dan telinga . 
- Penyerapan kalsium lebih sempurna serta menguatkan tulang . 
- Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dalam perut . 
- Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu) . 
- Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai 
- Melancarkan pengeluaran susu ibu . 
- Melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid) . 
- Memperbaiki fungsi limpa . 
- Menghilangkan masalah dahaga dan mengurangkan panas badan .
 Cara - cara pengambilannya adalah diminum dua kali sehari iaitu selepas sarapan pagi dan malam sebelum tidur dengan sukatan satu sudu besar seeloknya gunakan sudu plastik atau dicampur dalam makanan contohnya acar timun .Boleh juga dicampurkan bersama segelas air , jus kegemaran serta pelbagai jenis minuman atau dicampurkan dengan madu .Mudah - mudahan setiap coretan yang dikongsikan di halaman pengetahuan am Coretan Cerita Kami boleh dijadikan garis panduan/rujukkan kepada siapa saja .

COMMENTS

BLOGGER
Nama

Bicara Islam,43,Doa Harian,8,Info Semasa,8,Lirik Lagu Pilihan,70,Madah Puisi,23,Pengetahuan Am,42,Petua dan Tips,22,Resepi Pilihan,60,Tutorial Blogger,4,
ltr
item
mdruzaidaud: Khasiat Cuka
Khasiat Cuka
https://3.bp.blogspot.com/-IcomrvmrS1g/WvgY12r50gI/AAAAAAAAHmE/aZY7OZNxTOslmo6dRmK4QrhlyoNQdzypACLcBGAs/s200/cuka.png
https://3.bp.blogspot.com/-IcomrvmrS1g/WvgY12r50gI/AAAAAAAAHmE/aZY7OZNxTOslmo6dRmK4QrhlyoNQdzypACLcBGAs/s72-c/cuka.png
mdruzaidaud
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2017/03/khasiat-cuka.html
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2017/03/khasiat-cuka.html
true
8043571688434587218
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL SETERUSNYA Reply Cancel reply Delete Penulis Utama PAGES ALL POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy