Cara menyediakan air nabeez serta manfaat untuk kesihatan tubuh kita
Mei 22, 2017
Add Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Buah kurma sememangnya enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan bahan utama dalam proses penyediaan makanan atau minuman .Selain itu juga buah kurma boleh direndam ke dalam air masak/air bersih untuk dijadikan sebagai detox .
Air ini dapat membantu tubuh badan menyingkirkan bahan - bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh .Pada kebiasaanya ramai diantara kita , apabila menjelang bulan puasa mengamalkan air rendaman buah kurma atau buah kismis iaitu disebut air nabeez .
Air nabeez adalah air rendaman buah kurma atau buah kismis yang direndam kedalam air bersih/air masak didalam bekas yang tertutup selama satu malam atau mengikut tempoh tertentu .Bagi kami amalan/permakanan ini tidak semestinya dilakukan pada bulan puasa sahaja ,hari - hari biasa pun memang sesuai diamalkan .Air nabeez ini juga salah satu minuman kegemaran Nabi Muhammad S.A.W .
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini. Salah satunya riwayat dari Imam Muslim, iaitu seperti berikut:Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah.
“Bertanyalah kepada wanita ini !” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya”.
Dari Aisyah dia berkata,“Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya di pagi hari”. (HR Muslim)
Berikut manafaat air nabeez .
1 - Air nabeez ,minuman yang mengandung alkali yang dapat membantu dalam proses pembuangan kelebihan asam dalam perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh . Ianya juga membantu menyingkirkan zat toksin berbahaya dari dalam tubuh.
2 - Air ini membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh .Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar anda tidak mudah lupa.
3 - Pemberi dan pemulih tenaga serta dapat menahan rasa lapar dan dahaga .
4 - Tinggi kandungan fiber yang dapat menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).
5 - Baik untuk ibu mengandung .
6 - Kaya dengan pottassium yang penting dalam menjaga jantung dan menstabilkan tekanan darah dalam badan .
7 - Anti Oksida yang baik untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita .
8 - Tinggi Potassium menjadi electrolyte yang menstabilkan bendalir didalam tubuh kita .
Contoh bilangan ganjil buah kurma 9 biji untuk 500 ml air .
Cara - cara menyediakan air nabeez kurma .
1 - Ambil buah kurma dalam bilangan yang ganjil .
2 - Anggaran air dalam 500 ml ke 1 liter atau 1 jug . Ambil 9 biji buh kurma dan buang bijinya. Carik - carik isi kurma atau mengikut citarasa sendiri .
3 - Rendam isi buah kurma dalam air masak/air bersih , biasanya malam sebelum tidur atau sebelum waktu berbuka puasa .Tutup bekas air itu jangan dibiarkan terbuka .
4 - Waktu bersahur atau waktu berbuka puasa ,air itu boleh di minum atau pada hari - hari biasa .
5 - Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi atau pada hari-hari biasa , walaupun bukan di bulan ramadhan.Seeloknya diamalkan masa perut kosong .
Cara - cara menyediakan air nabeez kismis .
1 - Ambil segenggam buah kismis , kemudian direndam dalam segelas air .
2 - Biarkan semalaman seperti membuat air rendaman kurma.
Tips - Tidak boleh dicampurkan buah kurma dan buah kismis dalam satu bekas ,buatlah secara berasingan air nabeez kurma atau air nabeez buah kismis .Seeloknya dihabiskan pada masa yang sama dan jangan minum air rendaman kurma/kismis yang sudah memasuki lebih daripada 1 hari atau 3 hari kerana dikhuatiri sudah masam.
Kesimpulan ,begitu banyak sekali manfaat dengan mengamalkan air nabeez terhadap tubuh badan kita ,bagi mengekalkan tubuh badan kita cergas bertenaga ketika berpuasa atau hari - hari biasa .Untuk itu kita perlu memastikan pengambilan aiz nabeez di setiap masa dan ketika di dalam kehidupan harian kita .
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
0 Response to "Cara menyediakan air nabeez serta manfaat untuk kesihatan tubuh kita"
Catat Ulasan