Selawat Tafrijiyah - Memohon Hajat & Dimurahkan Rezeki

Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarrakatuh

" Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam ".

Selawat Tafrijiyah juga disebut selawat Kamilah atau Nariyah yang membawa erti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Banyak kelebihan jika mengamalkan selawat ini.Antara kebaikan pengamal selawat ini :
  • 1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  • 2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  • 3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  • 4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai.
  • 5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
  • 6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  • 7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  • 8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
  • Baca 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  • Baca 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat. Baca 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  • Baca 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  • Baca 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Apa pun amalan kita, yang paling penting adalah Keyakinan kepada Allah. Adapun selawat ini hanyalah Usaha kita untuk meminta kepada Allah SWT .



DISCLAIMER : Pelbagai bentuk imej ,gambar ,artikel ,video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA /COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber / material tersebut .Sumber Youtube : md ruzai daud .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Selawat Tafrijiyah - Memohon Hajat & Dimurahkan Rezeki "

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel