Resepi Biskut Kacang Mazola

Header Ads

Resepi Biskut Kacang Mazola


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Biskut kacang mazola diantara jenis - jenis biskut yang perlu ada ketika musim perayaan atau ianya mengikut keperluan masing - masing .Bagi kami apa yang penting dalam membuat biskut ,selain ianya sedap ,enak serta senang dibuat sudah pastilah menjimatkan kos .Jika kita membuat sendiri jumlah biskut yang kita dapat lebih banyak daripada kita membeli di mana - mana tempat ,bazar ,online atau sebagainya .

Biskut ini juga boleh dibuat dalam pelbagai bentuk dan rupa ,ada yang bentuk seperti love ,ukiran daun ,bulat atau mengikut citarasa sendiri .Berdasarkan permehatian kami ,biskut kacang mazola banyak divariasikan dalam bentuk bulat ,mungkin ianya senang dibuat atau sebaliknya .

Untuk biskut kacang mazola kami menggunakan acuan jenis daun ,biarpun sedikit rasa cerewat dan seakan lambat tetapi ia memberi tampilan biskut yang cantik dipandang .Apa jua pendapat tentang resepi biskut ini ,disini kami kongsikan resepi biskut kacang mazola seperti mana yang tertera di bawah .

Doh biskut kacang mazola yang sudah siap diadun .

Bentuk acuan yang kami guna pakai ,ditekap keatas doh .

Bentuk biskut kacang mazola yang kami hasilkan dari acuan diatas .

Proses letakkan kacang dan sapuan kuning telor .

Biskut kacang mazola yang sudah siap dibakar kemudian disejukkan .

Bahan - bahan seperti di bawah :

  • 1 - 4 Cawan tepung gandum.
  • 2 - 1 Cawan tepung jagung.
  • 3 - 1 Cawan gula halus.
  • 4 - 2 Cawan kacang tanah(dipanggang dan di kisar halus).
  • 5 - Minyak mazola secukupnya.

Untuk Hiasan.

  • 1 - Kuning telur (dipukul sedikit).
  • 2 - Kacang tanah (dipanggang).

Cara - cara penyediaan seperti berikut:

  • 1 - Satukan ke semua bahan - bahan di atas kecuali minyak mazola di dalam bekas dan di gaul rata .
  • 2 - Kemudian masukkan minyak mazola sikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut .
  • 3 - Ambil sedikit doh canaikan dan terap dengan acuan kegemaran .
  • 4 - Susun di dalam dulang pembakar kemudian hias dengan kacang dan sapukan kuning telur.
  • 5 - Bakar pada suhu 170'c selama 20 minit .
  • 6 - Setelah masak sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara .

Demikianlah resepi Biskut Kacang Mazola dari kami untuk tontonan semua ,selain menjimatkan kos biskut ini juga rasanya rangup serta mudah cair di dalam mulut .Jika ada yang teringin merasai resepi  biskut ini kami dengan sukacita menjemput anda semua mencuba ,tak cuba mana tahu rasanya !

Catat Ulasan

0 Ulasan