Resepi Ketupat Sotong Ala Kelantan


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Semua orang tahu ,berbagai jenis , bentuk , rasa makanan boleh di olah dengan menggunakan bahan utama sotong ,ada yang suka dimasak kari ,singgang atau gorengan .Kami pula lebih mengemari ketupat sotong ,salah satu makanan kegemaran orang Kelantan ,mana tidaknya dari kecil hingga dewasa masih menyukai ketupat ini .

Apapun ianya bergantung atas keunikkan seseorang untuk menghasilkan menu makanan yang berasaskan sotong . Selain dimasak , digoreng sotong juga boleh dibuat ketupat sotong dengan menggunakan beras pulut , santan dan nissan kerek/manisan gula melaka . Cara - cara penyediaan sepertimana yang tertera di bawah :

Bahan - bahan seperti di bawah:

1 - 1 kg sotong - Sederhana besar - nak sedap yang bertelur -
2 - 250 gm beras pulut - Di bersih dan di toskan -
3 - 250 gm santan pekat + 1/2 cawan air.
4 - 3 ketul nise kerek - Boleh didapati di Kelantan -
5 - Garam secukup rasa.
6 - 3 - 4 helai daun pandan.

Cara-cara penyediaan seperti berikut:

1 - Sotong dibersihkan , Kepala sotong jangan dibuang .
2 - Isikan beras pulut ke dalam badan sotong , jangan penuh sangat (1/2 penuh aje) .
3 - Selepas itu tutup dengan kepala sotong dan kemaskan dengan lidi .
4 - Pastikan beras pulut tidak terkeluar semasa proses memasak .
5 - Sotong yang telah siap diisi dengan pulut dimasukkan ke dalam periuk yang telah di alas dengan daun pandan .
6 - Kemudian masukkan santan , nise kerek dan garam .
7 - Masak di atas dapur dengan api sederhana .
8 - Sentiasa kacau supaya santan tak berketul .
9 - Masak lebih kurang 20 - 30 minit . Selepas masak sedia untuk dihidangkan .


Pulut diisi ke dalam sotong separuh penuh . 

Satukan kepala sotong dengan menggunkan lidi . 

Sotong yang sudah siap dimasukkan ke dalam periuk kemudian nissan kerek dan santan serta daun pandan .

Siap ! resepi ketupat sotong ala kelantan ,sekali cuba pasti akan terselah keenakkan ketupat sotong dengan haruman bau daun pandan serta di tambah bau nissan kerek .

Perggh ! ! ! meletup ,apa kata hujung minggu atau waktu terluang kami cadangkan anda mencuba resepi ini .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Resepi Ketupat Sotong Ala Kelantan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel