Resepi Tapai Pulut Ala Kelantan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Beras pulut bahan utama yang kami gunakan untuk membuat tapai pulut selain ragi . Pulut boleh dimasak/dibuat pulut pagi , pulut panggang , pulut bakar serta pulut semangat .

Pulut pagi sedap dimakan dengan kelapa putih yang diparut bersertakan ikan masin atau mengikut selera masing - masing . 

Manakala pulut semangat pula digunakan ketika majlis khatan Al- Quran , perkahwinan , berkhatan atau merasmikan sesuatu majlis .

Pulut juga boleh dikelaskan makanan yang mempunyai peranan penting dalam masyrakat kita hari ini contohnya melayu , bugis , cina serta pelbagai kaum lagi .

Resepi tapai pulut Ala Kelantan yang kami kongsikan di sini mengikut cara - cara dan citarasa kami , berikut cara - cara serta bahan - bahan seperti yang tertera dibawah .

Pulut yang sudah ditanak dan disejukkan . 

Proses mengaul ragi bersama pulut . 

Tapai pulut yang sudah siap di bungkus dan sedia untuk di peram .


Bahan - bahan .

1 - 1/2 kg beras pulut direndam untuk seketika .
2 - 1 biji ragi dihancurkan .
3 - Daun getah / daun pisang atau ikut citarasa anda .

Cara - cara penyediaan seperti yang tertera di bawah .

1 - Beras pulut di basuh dan di tapis kemudian di kukus hingga masak dan lembut .
2 - Bila pulut masak , angkat dan sejukkan . Pastikan pulut betul betul sejuk .
3 - Kemudian masukkan pulut tadi ke dalam besen dan ayakkan RAGI sama rata serta di gaul biar serata pulut dengan ragi .
4 - Ambil satu sudu pulut tadi , masukkan ke dalam daun getah atau daun pisang kemudian di bungkus dan di cucuk dengan lidi supaya pulut yang di bungkus tadi tidak terbuka kemudian masukkan ke dalam bekas ikut citarasa anda .
5 - Setelah siap di bungkus simpan serta peram pulut tadi di dalam bekas tertutup selama 2 malam.

Sedikit Petua : Pastikan pulut yang telah di simpan / di peram,Jangan di buka penutup atau diusik mungkin dikhuatiri,tapai akan menjadi merah atau mentah .

Selesailah sudah resepi tapai pulut ala Kelantan mengikut citarasa kami anda pula bagaimana ! cara penyediaan tapai pulut tidaklah serumit seperti yang dikhabarkan ,senang jika diolah dengan teratur.

Cara bungkus tapai pula sesuai di bungkus dengan menggunakan daun getah atau daun pisang kerana rasa tapai sedap dan bau haruman daun tersebut .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Resepi Tapai Pulut Ala Kelantan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel