Resepi Pulut Pagi


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Apa menu sarapan pagi anda ! mana tempatnya anda menikmati sarapan pagi di rumah , gerai , restoran atau dalam kenderaan ? Mungkin menunya sejenis menu yang berkuah , bersup , gorengan atau sekadar secawan kopi dan roti bakar ! 

Ramai yang menyatakan menyediakan menu sarapan pagi agak menlecehkan kerana terbeban dengan kerja - kerja harian serta kekangan masa di tambah lagi waktu pagi adalah merupakan permulaan hari banyak perkara yang ingin di uruskan .

Apa kata cuba resepi pulut pagi ! sering juga kita di momokkan makan pulut waktu pagi boleh membuatkan mata menggatuk serta badan lesu samada ianya fakta atau auta terpulang pada pemikiran masing - masing .

Untuk memudahkan penyediaan pulut pagi , kami sarankan masak dahulu pulut sebelum ke kamar tidur dan dibiarkan panas dalam rice cooker supaya esok pagi ianya mejimatkan masa serta percepatkan proses penyediaan . Cara - cara serta bahan - bahannya seperti yang tertera di bawah :


Lauk ikam masin sebagai pelengkap resepi pulut pagi . 

Kelapa parut yang sudah digaul dengan sedikit garam dan ketulan nisan kerek atau gula melaka . 


Bahan - bahan untuk memasak :

  • 1 - 600 gram beras pulut.
  • 2 - 1 ketul gula melaka / nisam kerek .
  • 3 - 1 cawan air.
  • 4 - 1 senduk kecil gula.
  • 5 - 1 sudu besar air kapur.
  • 6 - 1 helai daun pandan.
  • 7 - 1/2 biji kelapa parut putih.

Cara - cara penyediaan :

  • 1 - Rendam beras pulut paling kurang 30 minit.Kemudian masukkan 1 sudu air kapur biarkan seketika dan cuci serta toskan .
  • 2 - Sambil tu masak air gula melaka- satukan gula melaka, gula putih, daun pandan dan air masak hingga semuanya larut dan sedikit pekat.
  • 3 - Bila dah larut, tapiskan. Biarkan.
  • 4 - Kukus pulut sehingga naik wap (lebih kurang 15 minit).
  • 5 - Agak dah masak pulut, keluarkan dan gaul dengan air gula tadi.
  • 6 - Gaul hingga semua air gula menyerap pada pulut.
  • 7 - Kukus sekali lagi sehingga naik wap (dalam 10-15 minit).
  • 8 - Keluarkan pulut. Gaul dengan sudip hingga nampak cantik dan sebati. Siap.
  • 9 - Gaulkan kelapa parut dengan garam dan sedikit gula. (Sesetengah orang tak masukkan gula dan hanya letak garam - letak gula jadi lebih sedap dan lebih lemak manis dan masin.

Resepi Pulut Pagi sangat sesuai disediakan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi tetapi boleh juga di nikmati pada waktu biasa ianya terpulang pada kehendak masing - masing . Pulut pagi juga merupakan makanan kegemaran penduduk pantai timur seperti negeri Kelantan .Selamat mencuba.

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Resepi Pulut Pagi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel