Kaedah ikhtiar pulangkan sihir


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Buat rakan - rakan atau sesiapa saja yang pernah teruji atau sedang mengalami gangguan sihir/ilmu hitam samada yang sudah sembuh serta sihir yang berulang -ulang yang ianya tiada kesudahan . 

Bak kata orang lepas sembuh , terkena lagi bertimpa -timpa musibbah datang meskipun ianya ujian dan dugaan dari ALLAH S.W.T kepada hambanya untuk menguji tahap keimanan hambanya . 

Lebih elok jika mengamalkan "Yasin 7 Mubin" ianya dengan niat untuk memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja syrik ini .


Kaedah ikhtiar kembalikan sihir kepada empunya serta pengamal sihir :

  • 1 - Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.
  • 2 - Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  • 3 - Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.
  • 4 - Setelah selesai, baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.
  • 5 - Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.
  • 6 - Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin, setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.
  • 7 - Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
  • 8 - Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.



-  Ayat ke 12 = Mubin Pertama - Maksudnya - "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata."



 - Ayat ke 17 = Mubin Kedua - Maksudnya - “Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.



- Ayat ke 24 = Mubin Ketiga - Maksudnya - “Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata."



 - Ayat ke 47 = Mubin Keempat - Maksudnya - "Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.


- Ayat ke 60 = Mubin Kelima - Maksudnya - “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!"



- Ayat ke 69 = Mubin Keenam - Maksudnya - "(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;"



- Ayat ke 77 = Mubin Ketujuh - Maksudnya - "Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),"

Insya Allah segala amalan jika di amalkan dengan penuh keyakinan , kesabaran serta redha atas ketentuaan ILAHI pasti keberkatan rahmat ALLAH S.W.T bakal menyusul tiba apapun ianya terletak pada iktikad hati masing - masing serta berserahlah kepada ALLAH S.W.T semata - mata tidak pada yang lain .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

1 Response to "Kaedah ikhtiar pulangkan sihir"

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Kelantan.sebelum ini saya ada terambil rokok dan makanan pemberian jiran, selepas itu saya terasa sakit dan banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel