Advertisement

Resepi Lepat Labu


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Tahukah anda ! Labu merupakan tumbuhan herba memanjat dan buahnya berbentuk bulat berwarna jingga/oren . Selain dibuat/masak sayur , bingka labu ada juga ianya dibuat pengat labu atau sebagainya , Labu sangat baik untuk kesihatan ginjal dan mampu mencegah penuaan karana labu mengandungi antioksidan .

Labu juga kaya dengan vitamin A , C , E serta mineral yang berfungsi untuk membantu meningkat kekebalan tubuh dan melawan radikal bebas .Labu juga mempunyai manfaat untuk menjaga pencernaan kerana mengandungi serat yang cukup tinggi . Serat yang cukup menjauhkan kita dari sembelit , buasir , kanser usus dan masalah pencernaan .

Serat juga sangat disyorkan dalam diet sihat , diet untuk mengawal kolesterol , diet penurunan berat badan dan diet untuk diabetes . Resepi labu yang kami kongsikan di sini adalah resepi lepat labu ianya mengikut cara kami cara - cara serta bahan - bahannya seperti yang tertera di bawah .

Lepat labu yang sudah siap di masak dan sedia untuk di makan .

Bahan - bahan seperti berikut .

  • 1 - 1 - 1/2 biji labu kuning sederhana besar - di rebus dan di lenyek -
  • 2 - 1 1/2 cawan tepung gandum. **
  • 3 - 1/2 cawan tepung jagong. **
  • 4 - 1/2 cawan gula pasir - ikut selera anda -
  • 5 - 1/2 cawan santan pekat.
  • 6 - 1/2 sudu kecil garam.
  • 7 - 1/2 biji kelapa parut putih di gaul dengan garam.
  • 8 - Daun pisang secukupnya - dilayur dan dipotong .

Cara - cara membuat seperti di bawah .

  • 1 - Bahan yang bertanda ** diayak dan di gaul dengan gula serta garam , gaul kering dahulu biar sebati .
  • 2 - Kemudian campur labu yang di lenyek tadi ke dalam tepung dan di gaul hingga sebati .
  • 3 - Masukkan santan sikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati .
  • 4 - Ambil 2 sudu besar adunan labu tadi letak di atas daun pisang , ratakan . Kemudian letakkan kelapa putih di tengah .
  • 5 - Bungkus seperti membuat lepat ubi kayu .Kemudian kukus selama 15 hingga 20 minit .
  • 6 - Setelah 20 minit atau masak , sejukkan dan sedia untuk di hidang .

Demikianlah sudah resepi mudah Lepat Labu yang ianya mengikut cara dan citarasa kami moga - moga ianya sesuai dengan citarasa anda semua , pada semua dipersilakan mencuba resepi lepat labu ini .Segala pertanyaan boleh diajukan di halaman Contact Me ,Selamat mencuba .

Post a Comment

0 Comments