Resepi Ikan Kukus Asam Boi


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi pilihan kami yang seterusnya untuk dikongsikan di dalam halaman ini adalah resepi ikan kukus asam boi . Bagi kami resepi ikan kukus asam boi ini salah satu menu ringkas/sihat kerana kami menggunakan bahan - bahan yang segar serta senang diperolehi .

Resepi ikan kukus asam boi sememangnya sesuai dihidangkan kepada seisi keluarga terutamanya kanak - kanak .Resepi ini juga boleh di pelbagaikan jenis - jenis ikan mengikut selera/citarasa masing - masing .

Bahan - bahannya seperti yang tertera diatas .

Bahan - bahan tambahan seperti gambar diatas .

Bahan-bahan seperti di bawah:

  • 1 - 1 ekor ikan - Ikan Siakap,Ikan Talapia atau ikut citarasa anda -
  • 2 - 5 ulas bawang putih di ketuk.***
  • 3 - 1 biji bawang besar di hiris.***
  • 4 - 2 batang serai di hiris.***
  • 5 - 1 inci halia di hiris memanjang.***
  • 6 - 5 biji asam boi.
  • 7 - 2 biji tomato di potong dadu.***
  • 8 - Daun ketumbar di cincang kasar.***
  • 9 - 1 sudu besar sos tiram.
  • 10 - 1 biji limau nipis di ambil jusnya.
  • 11- Cili api ikut citarasa anda.***
  • 12 - Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara memasak seperti berikut:

  • 1 - Rendam asam boi dengan air panas.(Air jangan banyak sangat)
  • 2 - Bersihkan ikan dan cuci.Letak dalam pingan atau loyang untuk dikukus.
  • 3 - Taburkan bahan-bahan yang bertanda ***di atas ikan.
  • 4 - Satukan sos tiram,jus limau,garam dan gula dalam mangkuk kecil,kacau sebati kemudian tuang di atas ikan tadi.
  • 5 - Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi itu tadi.
  • 6 - Kukus selama 15 minit.Rasa masam,masin dan manis.(Ikut citarasa masing-masing)
  • 7 - Selepas 15 minit atau sehingga masak angkat serta bolehlah dihidangkan.

Demikianlah secara ringkas menu sihat resepi Ikan Kukus Asam Boi diharap resepi ini sesuai dengan citarasa kita semua jika ada yang ingin merasa resepi ini ! dipersilakan anda mencuba .Selamat Mencuba .

2 Comments

  1. WOOOOI SEDAP NI .....SEDAP JIMAT BAJET!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanpa Nama.Thank You ...sudi singgah..semua resepi-resepi coretan cerita kami bertemakan jimat bajet tapi sedap.

      Delete