Kelebihan Surah An - Naas Dan Surah Al - Falaq
April 05, 2014
1 Comment
Ia diturunkan setelah Nabi Muhammad SAW selalu berdoa kepada Allah Taala memohon perlindungan dari kejahatan manusia dan syaitan atau jin.
Ringkasan Fadhilat dan Faedahnya seperti di bawah :
1 - Untuk menyembuhkan orang terkena sihir atau yang seumpamanya,bacakan sebanyak 41 kali setiap hari selama tiga,lima atau tujuh hari berturut-turut.Insya-Allah akan sembuh.
2 - Untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari kekejaman orang-orang yang memegang kuasa,orang-orang jahat dan sebagainya,bacalah kedua-dua surah ini sebanyak 100 kali.
3 - Juga bacalah kedua-dua surah ini seberapa banyak apabila kita sesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan,Insya-Allah akan selamat.
4 - Amalkan membaca kedua-dua surah ini sebanyak tiga kali,pada waktu pagi dan petang hari didahului dengan membaca Surah Al-fatihah dan Surah Al-Ikhlas,Insya-Allah segala keperluan hidupnya akan cukup sempurna.
Aisyah menerangkan:Bahwa Rasulullah s.a.w pada setiap malam apabila hendak tidur,beliau membaca Surah Ikhlas,Surah Falaq,Surah An Naas di tiup pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Sayyidina Ali menerangkan: Pernah Rasulullah digigit kala-jengking,kemudian mengambil garam,lalu dibacakan Surah Al-Falaq,Surah An-Naas dan disapukan pada anggota yang digigit kala tadi.
Uqbah bin amir menerangkan:Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah beliau membaca surah Al-Falaq,Surah An-Naas dan aku pun disuruh membacanya.
5 - Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia,hendaklah membaca surah al-Falaq,Surah an-Naas 41 kali.Tiga hari,lima hari atau tujuh hari berturut-turut.
6 - Siapa takut akan godaan syaitan atau manusia ,takut kegelapan malam ,takut kekejaman raja bacalah surah Al-falaq,Surah An Naas sebanyak 100 kali.
Uqbah menerangkan "Rasulullah berkata kepada daku:Maukah kuajar kepadamu 2 buah surah tidak terdapat bandingannya dalam Taurat,Zabur,Injil?"saya menjawab:Baiklah ya Rasulullah" kemudian Rasulullah membaca Surah Al-Falaq & Surah An-Naas.
Coretan untuk pedoman serta rujukan penulis blog ini ,jika ada yang terbaca coretan ini MAAF dipinta jika coretan ini tidak tepat atau sebaliknya .Moga bermanfaat buat semua .Wassalam.
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) :
Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
99
BalasPadam