Cara Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.W.T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera |  Hukum dan hikmah m emotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunah. Sebagaimana disebutkan da...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Hukum dan hikmah memotong kuku adalah termasuk dalam amalan sunah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah): memotong kumis, memelihara jenggot, bersiwak, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur." (Hadis riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunah bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki.Adapun hikmah daripada memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut bisa menghalangi sampainya air ketika bersuci.

Selain daripada itu, jika kuku itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di dalamnya, nescaya ia bisa berpengaruh pada kesihatan.

Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku.

Sunah memotong kuku dimulai daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.

Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong kuku dimulai jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehingga jari kelingking kemudian tangan kiri dari jari kelingking sehingga ibu jari.

Sementara kuku kaki pula, dimulai kaki kanan dari jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.

Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari seperti yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.

Setelah selesai memotong kuku, segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaruk pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.

Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.

Waktu Memotong Kuku.

Dalam perkara memotong kuku, waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun waktu memotong kuku itu tergantung pada panjang kuku tersebut. Kapanpun diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada memotongnya.

Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
 "Telah ditentukan waktu kepada kami memotong kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam."(Hadis riwayat Muslim)

Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan ulama-ulama asy-Syafi'yah, sunah memotong kuku itu sebelum mengerjakan sembahyang Juma'at, sebagaimana disunahkan mandi, bersiwak, berharuman, berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.

Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu 'anhuma berkata yang maksudnya :
 "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada hari Juma'at, bersiwak, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang sembahyang sunah, dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada Abu Hurairah katanya yang bermaksud :
  "Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku dan mengunting kumis pada hari Juma'at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang."

Hari-Hari Memotong kuku.


(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani) Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah pula, sunah memotong kuku itu pada hari Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari Isnin.

Terdapat dalam sebuah hadith Nabi Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam bermaksud;“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada hari berikut" ::

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

- Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1 - Demikianlah serba sedikit penerangan tentang cara-cara memotong kuku mengikut sunnah Nabi Muhammad S.W.T ,semoga coretan ini bermanfaat buat kita semua .Salam Silaturrahim Buat Semua ,Wassalam .

COMMENTS

BLOGGER
Nama

Bicara Islam,43,Doa Harian,8,Info Semasa,8,Lirik Lagu Pilihan,70,Madah Puisi,23,Pengetahuan Am,42,Petua dan Tips,22,Resepi Pilihan,60,Tutorial Blogger,4,
ltr
item
mdruzaidaud: Cara Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.W.T
Cara Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.W.T
https://2.bp.blogspot.com/--2Y1yCecxLM/WrOqi5ExATI/AAAAAAAAG3U/1J8b-eP3eTwQUi3u79EQxdZ9LSUkZvJZQCLcBGAs/s320/snip_20180322210304.png
https://2.bp.blogspot.com/--2Y1yCecxLM/WrOqi5ExATI/AAAAAAAAG3U/1J8b-eP3eTwQUi3u79EQxdZ9LSUkZvJZQCLcBGAs/s72-c/snip_20180322210304.png
mdruzaidaud
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2014/04/cara-potong-kuku-ikut-sunnah-nabi-s-w-t.html
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2014/04/cara-potong-kuku-ikut-sunnah-nabi-s-w-t.html
true
8043571688434587218
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL SETERUSNYA Reply Cancel reply Delete Penulis Utama PAGES ALL POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy