Ayat Pembatal Sihir


Assalamualaikum dan Salam Silaturrahim | Secara umumnya coretan ini ditujukan buat semua , terutamanya bagi mereka - mereka yang sedang menderita sengsara angkara sihir , santau serta yang seangkatan dengannya .Sihir atau santau ini di buat daripada berbagai-bagai jenis  serta bahan - bahannya juga berbeza . 

Namun kesemuanya itu dilakukan oleh manusia yang ada penyakit dalam hati mereka melalui perantaraan makhluk halus atau apa yang disebut dalam al-Quran iaitu jin.

Tujuan sihir itu dilakukan ialah untuk mendatangkan mudharat kepada orang tertentu (target) agar target tadi jatuh sakit, merana, putus tunang, tiada jodoh, bercerai dengan pasangannya, rugi dalam perniagaan, gila, tergila-gila akan seseorang, tidak dapat melafazkan akad nikah, hilang nafsu syahwat (mati pucuk), muntah darah, mati dan sebagainya .

Di zaman  yang serba canggih atau zaman google !!! Kita sering dikhabarkan dengan istilah-istilah seperti buatan orang, santau, tuju, pelalau, busung, pengasih, penunduk, pemisah, penguat, pengunci, pengikat, penyeri muka, pelaris, dan sebagainya , kepada pengamal - pengamal sihir ketahuilah sihir itu HARAM di sisi agama ISLAM .

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:"Jauhilah tujuh perkara besar yang merosak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu: 

  • 1. Menyekutukan Allah (syirik).
  • 2. Sihir.
  • 3. Membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak.
  • 4. Makan harta riba.
  • 5. Makan harta anak yatim.
  • 6. Lari dari peperangan.
  • 7. Menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebahagian ahli fiqih menganggap bahawa sihir itu bererti kufur , atau membawa kepada kufur , justeru itu kepada mereka - mereka yang teruji dengan musibah ini mohon amalkan ayat-ayat berikut untuk membatalkan sihir dan juga sebagai pendinding daripada sihir.

Sila amalkan ayat-ayat seperti yang tertera di bawah :

  • 1 - Surah Yunus ayat 81 - 82.
  • 2 - Surah al-A'raf ayat 118 - 122.
  • 3 - Surah Taha ayat 69.
  • 4 - Surah an-Nisa' ayat 84.
  • 5 - Surah Yusuf ayat 64.

Cara - cara atau kaedah amalan seperti yang tertera di bawah :

  • 1 - Baca ayat-ayat di atas setiap lepas solat subuh dan isya' (diwiridkan 1x setiap ayat).
  • 2 - Untuk mengubat jika terkena sihir/guna-guna/santau/buatan orang dan sebagainya :1 - Fatihah 1x.
  • 3 - Selawat 1x. 3 - Ayat-ayat pembatal sihir 1x.
  • 4 - Doa "Ya Allah, Ku pohon pada Mu agar Engkau batalkan sihir ini dengan kekuatan Mu wahai Tuhan Yang Maha Perkasa."

Demikianlah serba - sedikit huraian ringkas coretan ayat pembatal sihir moga - moga ianya memberi manfat buat kita semua , mohon pada ALLAH S.W.T jangan sesekali kita meminta selain dari-NYA....Wassalam serta selamat amal beramal .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

1 Response to "Ayat Pembatal Sihir"

  1. Assalamualaikum. saya mencari rawatan di sekitar Pasir Mas.sebelum ini ada jiran yang memberikan saya rokok dan makanan,tak lama selepas itu banyak gangguan berlaku dibahagian dada,perut dan muka.
    Ini email saya : tubuhsatu@gmail.com
    Semoga Allah membalas kebaikkan tuan dengan kebaikkan yang banyak.

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel