Manfaat Serta Khasiat Bawang Putih

Assalamualaikum dan Salam Mesra |  Siapa yang tidak kenal dengan bawang putih ? Ianya sejenis bahan penambah perisa dalam menu masaka...

manfaat serta khasiat bawang putih.

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Siapa yang tidak kenal dengan bawang putih ? Ianya sejenis bahan penambah perisa dalam menu masakan mahupun minuman tanpanya hilanglah rasa kenikmatan dan keenakkan dalam setiap menu , bak kata orang - orang lama hilang seri . Bawang putih sejenis tanaman herba yang telah diketahui mempunyai banyak khasiat yang menakjubkan dan digunakan sejak zaman dahulu sebagai ubat untuk mencegah atau menyembuhkan berbagai penyakit dan kesihatan tubuh badan .

Bawang putih mempunyai bermacam-macam bahan yang mengandungi sulfur , ia mempunyai aroma bau yang unik serta boleh merimaskan pada seseorang . Allicin , salah satu bahan yang terkandung dalam bawang putih, dikenali sebagai anti bakteria, anti virus, anti kulat, dan antioksidan. Manfaat dari allicin boleh diperolehi jika bawang putih dipotong dengan betul, diperas atau ditumbuk halus dan dibiarkan untuk beberapa waktu.

Bawang putih juga merupakan sumber selenium . Allicin, bersama-sama dengan bahan lain seperti ajoene . Allilin yang dikandung oleh bawang putih juga mempunyai kesan baik bagi peredaran darah, penghadaman, dan sistem kekebalan tubuh dan membantu menurunkan tekanan darah, detoksifikasi, pemulihan .

Berikutnya 15 khasiat bawang putih yang mengagumkan untuk kesihatan:
  • 1. Antibakteria dan Antivirus .
  • Bawang putih sangat dikenali dengan kandungan antibakteria dan antivirus  Bawang putih membantu mengawal virus, kulat, yis dan jangkitan cacing. Bawang putih segar dianggap dapat mencegah keracunan makanan dengan membunuh bakteria seperti E. coli, Salmonella enteritidis .
  • 2. Menyembuhkan Jangkitan Kulit .
  • Bahan kimia ajoene yang ditemui pada bawang putih dapat membantu menyembuhkan jangkitan kulit akibat kulat seperti kurap dan cendawan.
  • 3. Mengentalkan Darah .
  • Fungsi anti-pembekuan darah yang dimiliki oleh ajoene membantu mencegah pembentukan darah beku pada tubuh. Pembekuan darah boleh meningkatkan risiko pendarahan selepas pembedahan.
  • 4. Mengurangkan Tekanan Darah .
  • Salah satu khasiat bawang putih yang cukup penting adalah membantu menurunkan tekanan darah. Angiotensin II adalah protein yang membantu saluran darah mengecut sehingga meningkatkan tekanan darah. Allicin yang terkandung dalam bawang putih menghalang aktiviti angiotensin II dan membantu mengurangkan tekanan darah. Kandungan polisulfida pada bawang putih diubah menjadi gas yang disebut hydrogen sulfide oleh sel darah merah. Hydrogen sulfide membesarkan pembuluh darah dan membantu mengawal tekanan darah.
  • 5. Melindungi Jantung .
  • Bawang putih melindungi jantung kita dari penyakit seperti serangan jantung dan aterosklerosis. Khasiat perlindungan jantung ini dapat memberikan sumbangan pada banyak hal. Seiring dengan pertambahan usia, pembuluh arteri cenderung kehilangan kemampuan untuk meregang. Bawang putih membantu mencegah hal ini dan juga melindungi jantung daripada kesan merosakkan radikal bebas. Kandungan sulfur bawang putih juga mencegah penyumbatan pembuluh darah dan melambatkan atherosclerosis (mengerasnya pembuluh arteri). Khasiat anti pembekuan darah yang dimiliki oleh ajoene membantu mencegah terbentuknya darah beku dalam saluran darah.
  • 6. Mengurangkan Kolesterol .
  • Khasiat bawang putih yang lain adalah mengurangkan kadar trigliserida dan kolesterol serta mengurangkan pembentukan plak pada arteri.
  • 7. Melawan Alergi .
  • Bawang putih dikenali mempunyai khasiat anti-radang yang membantu tubuh melawan alahan. Kandungan anti-arthritic bawang putih berasal dari diallylsulphide dan thiacremonone. Bawang putih terbukti mengurangkan alergi. Jus bawang putih mentah boleh digunakan untuk menyembuhkan gatal-gatal dengan cepat akibat ruam dan gigitan serangga.
  • 8. Merawat Masalah Pernafasan .
  • Mengambil bawang putih setiap hari dapat mengurangkan kekerapan dan jumlah demam. Kandungan antibakteria bawang putih membantu merawat radang tekak. Bawang putih juga membantu jangkitan saluran pernafasan. Khasiat yang diberikan bawang putih dalam menyembuhkan masalah paru-paru seperti asma, masalah pernafasan, dll, menjadikan bawang putih sebagai ubat yang sangat berharga. Khasiat bawang putih dalam ekspektorasi menjadikannya sebagai unsur yang tak tergantikan dalam rawatan bronkitis kronik.
  • 9. Diabetes .
  • Bawang putih juga mempunyai khasiat meningkatkan pelepasan insulin dan mengawal tahap gula darah pada diabetes.
  • 10. Berkesan Dalam Mengatasi Ketuat dan Bisul .
  • Menyapu ekstrak bawang putih pada bisul dan ketuat pada kaki atau tangan boleh membantu merawat.
  • 11. Pencegahan Kanser .
  • Khasiat bawang putih lain yang tak kalah pentingnya adalah membantu mencegah kanser. Mengambil bawang putih setiap hari terbukti dapat mengurangkan risiko kanser jenis apapun. Kandungan anti-kanser bawang putih berasal dari allylsulphides yang terdapat pada bawang putih. PhIP, salah satu amino heterocyclic (HCA), disebut-sebut sebagai salah satu punca meningkatnya kanser payudara pada wanita. Menurut kajian, diallylsulphide yang ditemui pada bawang putih menghalang perubahan PhIP menjadi carcinogens.
  • 12. Meningkatkan Metabolisme Zat Besi .
  • Ferroportin merupakan protein yang membantu penyerapan dan pelepasan zat besi. Diallylsulphides yang terkandung dalam bawang putih meningkatkan pengeluaran ferroportin dan membantu meningkatkan metabolism zat besi.
  • 13. Meningkatkan nafsu syahwat .
  • Kandungan aphrodisiac bawang putih mempunyai khasiat untuk meningkatkan peredaran darah .
  • 14. Sakit Gigi .
  • Hanya dengan mengaplikasikan bawang putih yang ditumbuk pada gigi yang sakit dapat membantu mengurangkan rasa sakit kerana kandungan antibakteria dan analgesic dari bawang putih. Namun ingatlah bahawa bawang putih boleh merosakkan gusi.
  • 15. Mengurangkan Berat Badan .
  • Banyak saintis yang percaya bahawa obesiti merupakan keadaan keradangan tahap rendah jangka panjang yang berlaku. Berdasarkan kajian terkini, bawang putih dapat membantu mengawal susunan sel lemak pada tubuh. Pra-adipocytes ditukar menjadi sel lemak (adipocytes) melalui aktiviti sistem keradangan. Kandungan anti-inflammatori 1, 2-DT (1, 2-vinyldithiin) yang ditemui pada bawang putih membantu mencegah penukaran ini terjadi. Hal inilah yang membantu mencegah bertambahnya berat badan .
Demikianlah beberapa - berapa coretan manfaat serta khasiat bawang putih untuk kesihatan tubuh badan kita jika diamal secara berterusan In Shaa Allah ianya akan menampakan hasil , semoga coretan ini bermanfaat buat kita semua .Sumber :www.akuinginsukses.com

COMMENTS

BLOGGER
Nama

Bicara Islam,43,Doa Harian,8,Info Semasa,8,Lirik Lagu Pilihan,70,Madah Puisi,23,Pengetahuan Am,42,Petua dan Tips,22,Resepi Pilihan,60,Tutorial Blogger,4,
ltr
item
mdruzaidaud: Manfaat Serta Khasiat Bawang Putih
Manfaat Serta Khasiat Bawang Putih
https://3.bp.blogspot.com/-r0m38hrMKtA/WLlXWT5HTjI/AAAAAAAADoQ/G641W2EuxdweXMqavjVNLpLlxnieJHaGwCLcB/s320/AAEAAQAAAAAAAAeyAAAAJDAxNDU5NWUyLWEwNjAtNGEzMi1hNTJjLTg2YTE0OThjNGFmMQ__1488541491_175.138.177.90.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-r0m38hrMKtA/WLlXWT5HTjI/AAAAAAAADoQ/G641W2EuxdweXMqavjVNLpLlxnieJHaGwCLcB/s72-c/AAEAAQAAAAAAAAeyAAAAJDAxNDU5NWUyLWEwNjAtNGEzMi1hNTJjLTg2YTE0OThjNGFmMQ__1488541491_175.138.177.90.jpg
mdruzaidaud
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2017/03/manfaat-serta-khasiat-bawang-putih.html
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2017/03/manfaat-serta-khasiat-bawang-putih.html
true
8043571688434587218
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL SETERUSNYA Reply Cancel reply Delete Penulis Utama PAGES ALL POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy