Kaedah Dan Petua Hilangkan Bau Mulut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera |  Bau mulut boleh menyebadkan dan menimbulkan rasa tidak selesa ketika kita berhadapan dengan seseor...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Bau mulut boleh menyebadkan dan menimbulkan rasa tidak selesa ketika kita berhadapan dengan seseorang atau berkomunikasi di khalayak umum .Seharusnya masalah ini mesti segera di atasi agar tidak menbuatkan kita rasa rendah diri ketika bergaul dengan orang ramai serta menambahkan keyakinan terhadap diri sendiri .

Jika masalah ini tidak diatasi dengan segera ianya akan mewujudkan pandangan negatif umum/orangramai terhadap kita.Secara amnya penyebad bau mulut ini berpunca dari bakteria yang terdapat dalam mulut dan bertindak keatas lebihan sisa - sisa makanan yang tertinggal dalam mulut .

Bau mulut tidak hanya disebabkan oleh masalah kesihatan gigi, gusi dan makanan yang berbau menyengat. Faktor keadaan kesihatan lain juga boleh menjadi penyebab bau mulut di antaranya adalah seperti yang tertera di bawah .

- Xerostomia (mulut kering kerana gangguan pengeluaran air liur akibat bakteria terkumpul di rongga mulut). 
- Gangguan saluran pencernaan seperti jangkitan oleh bakteria Hpylori dan penyakit refluk gastro-esofageal. 
- Sinusitis yang menghasilkan post nasal drip (aliran cecair kental dari rongga hidung ke tekak). 
Kencing manis. 
- Gangguan hati. 
- Jangkitan saluran pernafasan.

Berikut beberapa petua dan kaedah hilangkan bau mulut: 
Gosok Gigi 
- Gosok gigi adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau mulut secara semulajadi. Orang yang menderita bau mulut biasanya disebabkan oleh jarangnya menggosok gigi. Menggosok gigi yang tepat, betul dan bersih boleh menghilangkan dan menghindarkan diri anda daripada bau mulut.

Menjaga Kebersihan Gigi Dan Mulut 
- Cara menjaga kesihatan gigi dan mulut bukan hanya dilakukan dengan menggosok gigi. Namun menjaga kebersihan gigi dan mulut adalah dengan mengelakkan terselitnya serat atau makanan di celah-celah gigi. Terselitnya serat makanan dan daging boleh membuat penampilan gigi kelihatan tidak menarik dan menjijikkan pada pandangan umum.

Benang Gigi 
- Salah satu hal cara menghilangkan bau mulut yang biasa dilakukan adalah dengan menggunakan benang gigi. Benang gigi ini boleh membantu anda dalam membersihkan celah-celah gigi dari sisa makanan dan serat makanan. Benang gigi juga boleh membuat anda terhindar dari sakit gigi.

Ubat Anti Bakteria 
- Salah satu hal yang boleh membuat terjadinya bau mulut adalah adanya bakteria di dalam mulut. Akibatnya bakteria itu boleh menjangkiti mulut, gigi dan gusi. Kesannya, jangkitan tersebut boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada bau mulut. Untuk menghilangkan jangkitan tersebut adalah dengan mengambil ubat anti bakteria. Ubat anti bakteria boleh membuat bakteria penyebab jangkitan mati dan bau mulut pun akan hilang.

Ubat Kumur 
- Jika anda tidak mahu mengambil ubat, anda boleh menggunakan ubat kumur. Pada masa ini ada ubat kumur bermanfaat untuk menghilangkan bakteria penyebab bau mulut. Sebaiknya anda berhati-hati dalam memilih ubat kumur. Pilihlah ubat kumur tanpa kesan sampingan.

Alat Pembersih Lidah 
- Lidah adalah tempat yang disukai oleh kuman dan bakteria. Tidak hanya di gigi dan gusi saja, lidah juga tempat pembiakan kuman dan bakteria. Orang yang rajin gosok gigi, bukan bererti orang itu rajin membersihkan bahagian lidahnya. Selama ini lidah luput dari perhatian orang. akibatnya lidah akan jadi tempat pembiakan kuman dan bakteria penyebab bau mulut. Banyak kuman dan bakteria yang boleh membentuk lapisan di lidah. Lapisan tersebut boleh menyebabkan terjadinya atau timbulnya bau busuk. Bau mulut pun boleh terjadi akibat lapisan lidah tersebut. 
- Untuk membersihkan kuman dan bakteria di atas lidah, anda boleh menggunakan alat pembersihan ludah atau anda boleh juga menggunakan berus gigi dan gosok seluruh permukaan lidah secara perlahan. Kelebihan anda menggunakan alat pembersih lidah berbanding dengan berus gigi adalah alat pembersihan lidah akan dibuat menyesuaikan dengan tekanan yang boleh diterima lidah.

Rokok 
- Salah satu cara menghilangkan bau mulut adalah berhenti merokok.Bahaya merokok boleh menjadi penyebab bau mulut yang paling sering dialami oleh ramai orang. Tidak hairan jika perokok akan mempunyai nafas yang berbau. Rokok tidak hanya membuat bau mulut saja, namun merokok juga boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada bau badan.

Gula-gula Getah 
- Cara mengatasi bau mulut yang boleh terus dilakukan dengan mengunyah gula-gula getah bebas gula. Gula-gula getah bebas gula boleh membuat gigi anda terlindung dari tumbuhnya plak dan karang gigi. Plak dan karang gigi tersebut merupakan penyebab timbulnya bau mulut.

Elakkan Gula Manis 
- Kandungan gula yang ada di dalam gula-gula boleh mencetuskan timbulnya kuman dan bakteria di dalam mulut. Akibatnya adalah orang yang gemar memakan gula-gula manis akan mudah terdedah kepada berbagai macam penyakit gigi. Penyebab sakit gigi yang menyerang di dalam mulut ini, boleh menyebabkan terjadinya bau mulut.Oleh sebab itulah hindarilah mengambil gula-gula manis terlalu banyak. Setelah mengambil gula-gula sebaiknya anda terus berkumur atau melakukan berus gigi.

Elakkan Dehidrasi 
- Mengelakkan dehidrasi adalah salah satu cara menghilangkan bau mulut yang berpanjangan. Orang yang dehidrasi akan mempunyai bau mulut yang sangat menyengat kesan kekurangan air putih . Ait putih boleh mencegah dehidrasi kerana boleh mengekalkan cecair di dalam badan menjadi stabil.

Merawat Penyakit Gusi 
- Penyakit gusi adalah salah satu penyebab bau mulut yang harus dijauhi. Masalahnya, bau mulut pada pesakit penyakit gusi boleh menyebabkan bau mulut yang berpanjangan dan dalam tempoh masa yang lama. Gusi adalah tempat pembiakan kuman dan bakteria selain gigi dan lidah. Anda boleh membuat pemeriksaan kesihatan gusi kepada doktor khusus yang menanggangi pelbagai macam gangguan dan penyakit gusi.

Jumpa doctor gigi 
- Anda boleh berunding dengan doktor pakar gigi. Doktor akan memberikan penyelesaian cara menghilangkan bau mulut yang tepat. Namun jika tidak berjaya pemeriksaan fizikal akan dilakukan terutama di bahagian gigi. Jika didapati kelainan dan penyakit pada diri anda, doktor baru boleh memberikan penyelesaian berdasarkan penyebabnya.Seharusnya jumpalah doktor gigi selama enam bulan sekali.

Gula-gula Mint 
- Mengambil gula-gula pudina adalah salah satu cara yang boleh diakui untuk menghilangkan bau mulut sementara. Apabila anda ingin bercakap dan berkomunikasi dengan orang ramai sebaiknya anda menyediakan gula-gula ini di dalam beg atau poket anda. Kandungan pudina di dalam gula-gula itu boleh membuat nafas anda menjadi segar dan tidak bau lagi.

Teh Hijau 
- Mengambil secawan teh hijau setiap paginya boleh mengatasi bau mulut. Hal itu karena di dalam teh hijau kaya ada Atioksidan yang bermanfaat dalam membunuh kuman, bakteria dan zat-zat penyebab bau mulut. 

Rebusan Daun Sirih 
- Daun sirih hanya dikenali sebagai ubat dari berbagai macam masalah kewanitaan. Namun siapa sangka jika rebusan daun sirih juga boleh digunakan sebagai penghilang bau mulut. Rebusan daun sirih bersifat antiseptik. Sifat antiseptik tersebut boleh membunuh kuman dan bakteria penyebab bau mulut. 
- Caranya adalah sehabis berus gigi anda boleh menjadikan rebusan daun sirih sebagai ubat kumur. Setelah menggosok gigi dan berkumur menggunakan air bersih, anda boleh berkumur kembali menggunakan rebusan daun sirih.

Kurangkan Alkohol 
- Orang yang suka meminum minuman beralkohol juga akan mempunyai bau mulut yang tidak enak. Hal itu kerana kandungan kimia di dalam alkohol tersebut boleh menimbulkan bau mulut. Bau mulut peminum alkohol biasanya adalah bau minuman alkohol yang habis diminum, namun lama kelamaan bahaya alkohol tersebut akan berubah menjadi bau busuk.

Berkumur 
- Cara menghilangkan bau mulut tidak selesa boleh dilakukan dengan berkumur. Hal itu karena ketika berkumur boleh membuang dan menghapuskan kuman dan bakteria di dalam mulut, walaupun memang tidak seefektif dengan gosok gigi. Jika anda habis memakan makanan yang manis dan menimbulkan bau mulut anda boleh berkumur untuk meneutralkan bau akibat memakan makanan tersebut.

Jangan Lewatkan Sarapan 
- Untuk mengelakkan dan mengatasi bau mulut, anda boleh menggunakan cara sarapan teratur setiap pagi. Orang yang sarapan teratur setiap pagi boleh menghasilkan air liur yang cukup berbanding dengan orang yang tidak pernah sarapan setiap paginya. Air liur yang kurang boleh membuat seseorang terkena bau mulut.

Kopi Hitam 
- Kopi hitam juga boleh dimanfaatkan untuk menghilangkan bau mulut secara semulajadi. Kandungan di dalam kopi hitam boleh meneutralkan bau mulut dan membunuh berbagai macam kuman dan bakteria penyebab bau mulut. Anda boleh mengunyah sebanyak sekepalan daripada kopi hitam murni. Namun jika anda tidak boleh melakukannya, anda boleh menjerang kopi hitam tersebut dengan menggunakan satu sudu teh gula. 
Rasa pahit yang dihasilkan boleh membuat kuman dan bakteria penyebab bau mulut menjadi hilang dan mati.

Mengunyah Beras 
- Cara menghilangkan bau mulut secara semulajadi boleh dengan mengunyah beras. Anda boleh menggunakan segenggam beras untuk dikunyah. Jangan ditelan, namun anda harus membuang kunyahan beras tersebut. Kandungan di dalam beras dipercayai dapat menghilangkan kuman dan bakteria penyebab bau mulut. 

Air Garam 
- Sodium pada garam tidak hanya boleh berfungsi sebagai penghilang cirit-birit , tetapi juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau mulut. Caranya ialah campurkan garam di air, kacau hingga rata kemudian kumurlah secara teratur menggunakan air garam tersebut.
Demikianlah beberapa petua dan kaedah hilangkan bau mulut , semoga ianya bermanfaat buat kita semua , petua dan kaedah hilangkan bau mulut ini di edit dari sumber seperti yang tertera di sini halosehat.com

COMMENTS

BLOGGER
Nama

Bicara Islam,43,Doa Harian,8,Info Semasa,8,Lirik Lagu Pilihan,70,Madah Puisi,23,Pengetahuan Am,42,Petua dan Tips,22,Resepi Pilihan,60,Tutorial Blogger,4,
ltr
item
mdruzaidaud: Kaedah Dan Petua Hilangkan Bau Mulut
Kaedah Dan Petua Hilangkan Bau Mulut
https://3.bp.blogspot.com/-VZOqqgnzStA/WVUC1jFpegI/AAAAAAAAFlM/D1YS7i9q1rkBoOgj2YJKNzoYuXBYCFT-gCLcBGAs/s320/snip_20170629213611.png
https://3.bp.blogspot.com/-VZOqqgnzStA/WVUC1jFpegI/AAAAAAAAFlM/D1YS7i9q1rkBoOgj2YJKNzoYuXBYCFT-gCLcBGAs/s72-c/snip_20170629213611.png
mdruzaidaud
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2017/04/kaedah-dan-petua-hilangkan-bau-mulut.html
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2017/04/kaedah-dan-petua-hilangkan-bau-mulut.html
true
8043571688434587218
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL SETERUSNYA Reply Cancel reply Delete Penulis Utama PAGES ALL POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy