Nostalgia Budu


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Semasa era 80an sehingga awal 90an , kami dibesarkan dalam keluarga yang dilabelkan agak susah tetapi bukan miskin tegar , makan - pakai semuanya asal ada depan mata . Biarpun begitu resamnya kami tetap berbangga kerana masih mempunyai ibu serta ayah yang menjaga makan dan minum serta keperluan asas yang lain meskipun tidak semewah atau gah seperti orang lain .

 "Kais pagi - makan pagi " inilah ritma corak kehidupan kami sekeluarga bak kata orang "daripada tiada langsung  baik ada ". Ketika era 80an , kami mula mengenal jerit perit keluarga yang boleh disifatkan ahli keluarga yang cukup besar . apa tidaknya jika tiada apa untuk dijadikan lauk sebagai menu hidangan siang atau malam , budulah satu - satunya sos/makanan yang menjadi penyelamat disaat ini .

Boleh dikatakan pagi atau malam kesemua menu hidangan kami harus ada budu , acapkali jugalah menjamah budu berulamkan terung mentah atau rebus , kacang panjang , pucuk gajus atau ulam - ulaman lain yang boleh di makan . Apa pun kami tidak pernah merunggut kerana kami faham itulah yang mampu disediakan oleh ibu dan ayah . Dek selalu berlaukkan budu kami sering diejek , diperli serta dijadikan bahan lawak jenaka oleh kawan - kawan yang tidak memahami cerita kami . Apa tidaknya dizaman ini ada sesetengah golongan yang beranggapan budu adalah makanan low class.

Selain budu yang sudah dibotolkan kami dipelawa oleh jiran - jiran untuk merasa keenakkan "budu tempayan", proses penyediaan dan pemerapan budu tempayan hampir sama dengan budu yang sudah dibotolkan . Budu tempayan di jual dengan menggunakan kiraan "cupak",satu cupak harganya pada masa itu RM2 berbanding dengan budu yang dibotolkan RM0.50sen , jadi untuk menjimat kos harian kami memcuba budu tempayan .

Sebagai seorang surirumah sepenuh masa , ibu kami memahami isi hati anak - anaknya justeru itu dengan menggunakan budu sebagai bahan utama dalam masakkan ibu mempelbagai budu menjadi resepi sambal budu goreng supaya anak - anak tidak menrunggut atau di selang - seli dengan resepi budu tumis .

Tahun 2000an menghampiri kami masih setia berlauk budu meskipun ketika itu ekonomi keluarga seakan stabil bukan tidak mampu berlaukkan ayam atau daging tapi berjimat cermat . Kami meningkat ke alam remaja , tiada terfikir serta terlintas apakah khasiat budu yang bertahun - tahun dijadi peneman setia makan malam atau siang , untuk itu kami kongsikan khasiat - khasiat yang terdapat dalam BUDU seperti mana yang tertera di bawah ..

  • - Budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

  • - Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal .

  • - Budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi .

  • - Budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

  • - Serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerna oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

  • - Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

  • - Vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

  • - Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakan kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Disebalik kebaikan , budu juga ada kelemahannya kerana budu mempunyai bau yang agak kuat dan kurang digemari orang ramai , cara - cara mengatasi hal ini kita boleh perahkan limau nipis atau limau kasturi untuk menghilangkan bau . Selain itu ia mempunyai kandungan asid urik yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi , jerawat batu , barah payudara dan keguguran rambut kronik . Apa jua khasiat - khasiat yang terdapat dalam budu kami sentiasa jadikan budu sebagai pelengkap menu harian meskipun zaman seusia semakin jauh .Budu tanpa Mu di bucu pinggan Ku tiada erti apa yang ada di dalam perut Ku . . . . .

Dapatkan artikel terkini terus ke inbox email anda :

PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .

0 Response to "Nostalgia Budu"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel