Advertisement

Resepi Budu Tumis


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Bagi kami budu sememangnya makanan atau sos yang mempunyai keunikan yang tersendiri , menurut kajian dari Universiti North Carolina Amerika Syarikat suatu masa dulu budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan , mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya dan menghalang kanser.

Budu turut mengandungi zat anti bakteria penyebab cirit (diarrhoea) , penurunan kolestrol darah , pencegah penyakit jantung dan hipertensi . Zat-zat gizi yang terkandung dalam budu menyebadkan lebih mudah dicerna , diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang diambil dari sumber lain.

Masakini , terdapat pelbagai jenis makanan atau menu yang diolah atau diadun dengan menggunakan budu , sebagai contohnya resepi sambal budu goreng . Resepi budu tumis juga sebagai penambah , pelengkap atau penyedap dalam resepi nasi kerabu . Jika kita menyediakan atau menikmati nasi kerabu tanpa budu tumis ini tidak bermakna nasi kerabu itu .

Apa pun cara-caranya ia bergantung mengikut citarasa masing-masing , bagi kami dalam penyediaan nasi kerabu "wajib" ada budu tumis.Resepi budu tumis yang kami kongsikan ini ianya mengikut cara kami citarasa kami , cara - cara penyediaan serta bahan - bahannya seperti yang tertera dibawah.

Tumis bawang merah ,bawang putih dan halia .

Masukkan cili kisar .

Masukkan santan .serai ,budu dan juga asam keping .

Budu tumis yang sudah siap dimasak .

Bahan - bahan seperti berikut.

  • 1 - 1 cawan santan pekat.
  • 2 - 3 ulas bawang merah di mayang.
  • 3 - 2 ulas bawang putih di mayang.
  • 4 - 2 cm halia muda dimayang.
  • 5 - 2 batang serai diketuk.
  • 6 - 1 keping asam keping.
  • 7 - 3 - 4 sudu budu.
  • 8 - 2 sudu besar cili kering/kisar/cili boh.
  • 9 - 2 helai daun limau purut.
  • 10 - Minyak untuk menumis.
  • 11 - 1 biji buah limau nipis

Cara - cara penyediaan seperti tertera di bawah.

  • 1 - Panaskan minyak , tumis semua bahan - bahan yang dimayang tadi hingga naik bau .
  • 2 - Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak .
  • 3 - Kemudian masukkan santan , serai ,asam keping dan budu .Jika pekat terlalu pekat sila tambah air sedikit .
  • 4 - Hendaklah sentiasa dikacau supaya kuah tidak berketul - ketul .
  • 5 - Rasa dahulu sebelum masukkan garam , ini kerana budu itu sudah masin .
  • 6 - Sewaktu ingin menikmati perahkan limau nipis atau mengikut citarasa masing - masing .

Demikianlah resepi budu tumis yang ianya mengikut resepi kami dan citarasa kami ,jika ingin merasa keenakan resepi ini kami menjemput anda mencuba , tak mencuba mana tahu rasanya ! apa pun kami mengharapkan moga - moga resepi ini bersesuaian dengan citarasa kita semua . Selamat mencuba .

Post a Comment

2 Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian.
    Baru tahu ada banyak khasiat rupanya budu ini ingatkan sekadar makanan daerah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum dan Salam Mesra ...Mrs.A.Jutaan "Terima Kasih"kami ucapkan atas kesudian anda,singgah disini .Berbicara pasal BUDU ,Kami seisi keluarga sememangnya sinonim dengan budu,banyak kenangan yang tersimpan.INSYA ALLAH jika kelapangan waktu kami akan ceritakan/kongsikan khasiat budu.Terima Kasih...Salam Silaturrahim

      Delete