Advertisement

Resepi Singgang Kerang


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi Pilihan kami yang dikongsi umum dengan menggunakan bahan utama kerang iaitu resepi rendang kerang cili api ala nogori .Resepi seterusnya yang berkaitan dengan kerang juga iaitu resepi singgang kerang .Kami begitu tertarik mengongsikan resepi singgang kerang kerana resepi ini merupakan menu sihat serta senang disediakan .

Resepi ini juga senang serta mudah disediakan oleh sesiapa saja bak kata orang "main campak masuk je" .Bahan - bahan sampingan untuk dimasukkan bersama singgang kerang pula terpulang kepada selera masing - masing ,bagi kami lebih elok dimasukkan sayur -sayuran seperti kacang bendi ,tomato ,lobak merah atau sebagainya .

Resepi ini juga baik untuk kesihatan tubuh kita dan ia sesuai dinikmati oleh semua golongan terutama sekali para - para ibu yang sedang dalam proses kehamilan dan juga mereka - mereka yang kekurangan sel darah merah .

Bagi mereka yang lemah tenaga batin atau untuk meningkatkan lagi stamina ,kami syorkan elok diamalkan resepi ini kerana dalam kerang mengandungi jumlah zink yang tinggi yang ianya dapat membantu fungsi sexsual dan menambahkan testosteron dan estrogen seseorang .Untuk rujukan khasiat dengan memakan kerang ,sudi -sudilah ke resepi disini .

Berikut kami kongsikan resepi singgang kerang yang ianya mengikut citarasa kami dan juga selera kami ,cara - cara serta bahan - bahannya seperti yang tertera di bawah .

Bahan - bahan seperti berikut .

  • 1 - 1 kilo kerang segar .
  • 2 - 1 biji bawang besar - di hiris .
  • 3 - 3 ulas bawang putih - di hiris .
  • 4 - 1/2 inci halia - di hiris .
  • 5 - 1/2 inci lengkuas - di hiris .
  • 6 - 1 batang serai - di ketuk manja - manja .
  • 7 - 3 - 5 tangkai cili padi - di hiris .
  • 8 - Asam keping secukupnya .
  • 9 - Daun limau purut secukupnya .
  • 10 - Garam secukup rasa .
  • 11 - Air untuk memasak/singgang . 

Kerang segar yang sudah siap di cuci bersih dan ditoskan.

Bahan - bahan untuk singgang seperti gambar di atas.

Masukkan kesemua bahan - bahan kedalam periuk.

Kerang singgang yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.

Cara - cara penyediaan seperti yang tertera di bawah .

  • 1 - Cuci bersih kerang ,seeloknya rendam kerang dengan air garam seketika untuk mengeluarkan kotoran di dalam isi kerang kemudian toskan .
  • 2 - Masukkan kerang ke dalam periuk .
  • 3 - Masukkan kesemua bahan yang di hiris ,serai ,daun limau purut ,asam keping dan air .
  • 4 - Taburkan sedikit garam dan masaklah hingga mendidih dan tutup api .
  • 5 - Bila masak ,angkat dan sedia untuk dihidangkan .

Selesailah sudah resepi singgang kerang yang ianya mengikut cara kami serta citarasa kami ,moga - moga resepi ini bersesuaian dengan selera kita semua .Resepi ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi panas ,air pencicah atau sos kegemaran masing - masing .Jika ada apa - apa kemusykilan tentang resepi ini atau resepi - resepi yang lain ,sudi - sudilah hubungi kami melalui halaman Contact Me atau About Me atau juga komen terus di halaman ini .Selamat mencuba .

Post a Comment

0 Comments