Header Ads

Resepi apam solo berinti kari kentang.

Assalamulaikum dan Salam Mesra | Secara umumnya seperti mana kita semua tahu kuih apam dihasilkan atau dibuat dengan menggunakan tepung beras ,tepung gandum ,yis , gula atau sebagainya .Kadang - kala kuih apam di olah bahan - bahannya mengikut citarasa atau resepi sendiri ,ianya bertujuan untuk menambahkan lagi kesedapan rasa ,kelembutan testur atau juga untuk menampakkan kelainan tampilan kuih tersebut .

Sebelum ini kami kongsikan resepi apam solo berinti kelapa ,untuk resepi pilihan kami yang seterusnya kami kongsikan resepi apam solo berinti kari kentang yang ianya mengikut citarasa serta cara kami .Kuih apam solo sememang sangat sesuai untuk dijadikan salah satu menu resepi jualan harian atau mungkin juga mengikut citarasa masing - masing .Apa pun jua tujuan atau citarasa dalam menyediakan/mengolah resepi kuih apam solo ini ianya terpulang kepada kehendak masing - masing ,Untuk itu kami kongsikan resepi apam solo berinti kentang kari sepertimana yang tertera di bawah .

Apam solo berinti kentang kari yang sudah siap dikukus dan sedia untuk di nikmati.

Bahan - bahan untuk apam solo.
  1. 3 cawan tepung beras.
  2. 1 cawan tepung gandum.
  3. 1 cawan gula.
  4. 1 cawan minyak masak.
  5. Sepeket yis.(Mauripan)
  6. Secubit garam.
  7. 2 1/2 cawan air.
Cara - cara menyediakan apam solo berinti kentang kari.
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air ke dalam bekas.
  2. Kemudian masukkan air sikit demi sedikit dan kacau kacau hingga sebati ,serta pastikan adunan tidak berbintil-bintil.
  3. Perap adunan apam selama 30 minit.
  4. Sediakan acuan apam ( ikut suka nak pakai acaun bulat ,empat segi atau sebagainya .Oleskan acuan dengan minyak.
  5. Tuang sedikit adunan ke dalam acuan kemudian bubuh inti di atasnya dan tuang semula dengan adunan tadi ke atas intinya.
  6. Buatlah corak mengikut kretiviti sendiri ,kemudian masukkan kedalam periuk kukusan dan kukus selama 10 - 15 minit.
  7. Selepas 10 - 15 minit atau masak ,keluarkan dari periuk kukusan dan sedia untuk dihidangkan.
Adunan di masukkan sedikit ke dalam bekas acuan .

Kemudian inti kentang kari di masukkan ke dalam adunan tadi .

Tutup semula dengan adunan apam tadi .

Adunan yang telah siap di corakkan 

Bahan - bahan untuk inti kentang kari.
  1. 4 biji ubi kentang - di potong dadu.
  2. 1 batang lobak merah.
  3. Isi ayam - di hiris atau mengikut selera masing - masing.
  4. 1 biji bawang besar.****
  5. 3 - 4 ulas bawang putih.****
  6. 1 peket rempah kari daging.
  7. Garam dan gula secukup rasa.
  8. Minyak untuk menumis.
Bahan yang bertanda **** hendaklah di kisar halus.

Inti kentang kari yang sudah siap di masak dan sedia untuk di gunakan .

Cara - cara untuk menyediakan inti kentang kari.
  1. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan masukkan bahan yang di kisar tadi.
  2. Masak hingga naik bau kemudian masukkan rempah kari.( Rempah kari di bancuh dengan sedikit air dan cili jika suka )
  3. Kacau sebati serta masak hingga pecah minyak dan masukkan hirisan daging ayam ,kacau sebati .
  4. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah ,kacau sebati dan masukkan air .(Banjirkan kentang dan lobak merah dengan air supaya kentang masak dengan sempurna/empuk).
  5. Didihkan dan masaklah hinga air kering dan bolehlah di masukkan garam serta gula secukup rasa .
  6. Apabila air sudah betul - betul kering bolehlah dipadamkan api dan sejukkan inti kentang kari tersebut .
Demikianlah cara - cara dan bahan - bahan untuk resepi apam solo berinti kentang kari yang ianya mengikut cara kami dan semestinya citarasa kami ,moga - moga resepi ini bersesuaian dengan selera serta citarasa kita semua .Jika anda mempunyai apa - apa soalan atau pertanyaan tentang resepi ini atau resepi - resepi yang lain ,sudi - sudilah hubungi kami melalui halaman About Me ATAU Contact Me .Selamat mencuba .

Tiada ulasan

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.