Header Ads

Resepi rendang kerang cili padi ala nogori.

Assalamualaikum dan Salam Mesra  | Resepi rendang kerang cili api ala nogori ,bahan utama yang kami gunakan di dalam resepi/masakan ini adalah isi kerang segar bukan isi kerang sejuk beku atau sebagainya .Jika kita menggunakan isi kerang yang disejuk beku ,berkemungkinan selepas siap disediakan/dimasak rasa segar isi kerang akan hilang atau tiada rasa ,hanya rasa rempah masakan ini .

Kami sarankan untuk menggelak perkara ini terjadi ,sila dapatkan kerang yang belum di proses atau di proses sendiri ,untuk resepi ini kami lebih gemar proses sendiri setelah di beli dari sumber yang tertentu .Di samping itu juga banyak khasiat serta manafaat dengan memakan kerang ,antaranya sepertimana yang tertera dibawah..

  • Untuk kesihatan Kulit .
  • Kandungan asid lemak Omega- 3 dan Vitamin E pada kerang sangat berguna untuk menjaga atau merawat kulit kita agar tidak cepat berkedut dan boleh mengatasi bintik - bintik hitam pada wajah .
  • Mengatasi Sakit Pada Sendi .
  • Manfaat dari pengambilan kerang boleh mengatasi rasa sakit pada sendi ,kerana kandungan Vitamin B12 yang ada didalam daging kerang boleh meningkatkan fungsi saraf tubuh kita .
  • Meningkatkan Kesihatan Jantung .
  • Kandungan Omega 3 pada daging kerang dapat melancarkan peredaran darah, terutama peredaran darah ke jantung.
  • Sumber Protein .
  • Kerang mempunyai kandungan protein yang tinggi , ianya sangat berguna untuk perkembangan sel - sel otak. Kandung Protein ini berguna dalam membekalkan asid amino ke otak kita.
  • Menurunkan Tekanan Darah .
  • Kandungan Kalium dan Magnesium yang ada pada kerang sangat berguna sekali dalam menurunkan tekanan darah, kerana boleh mengendurkan pembuluh darah sehingga peredaran darah menjadi meningkat.Untuk itu disyorkan untuk mengambil kerang paling tidak dua kali dalam seminggu.
Jika di semak kaji banyak lagi manafaat dengan memakan kerang ,apa yang kami kongsikan itu adalah sebahagian sahaja .apa pun jua khasiat serta manafaatnya ,kami kongsikan cara - cara serta bahan - bahannya seperti mana yang tertera di bawah .

Bahan - bahan untuk resepi rendang kerang seperti mana gambar di atas .

Kerisik ,hirisan serai dan daun kunyit .

Isi kerang dimasukkan ke dalam kuali bersama bahan yang telah dibelender .

Setelah air kerang kering ,masukkan santan .

Akhir sekali masukkan kerisik ,daun kunyit dan serai yang di hiris .

Bahan - bahannya .
  • 1 kg isi kerang .
  • 2 biji bawang besar .****
  • 6 - 7 ulas bawang putih .****
  • 1 inci halia .****
  • 1/2 inci lengkuas .****
  • 1 inci kunyit hidup .****
  • 2 batang serai .****
  • 10 - 15 biji cili padi .****
  • 2 sudu besar kerisik .
  • 2 cawan santan pekat .
  • 2 helai daun kunyit - di hiris .
  • 2 batang serai - di hiris halus .
  • Garam secukup rasa .
Cara - cara penyediaanya seperti berikut .
  1. Cuci bersih isi kerang dan toskan .
  2. Belenderkan ke semua bahan yang bertanda **** hingga halus .
  3. Masukkan isi kerang ke dalam kuali bersama bahan - bahan yang telah di belender tadi .
  4. Masak hingga mendidih dan air kerang kering kering sedikit .
  5. Kemudian masukkan santan dan sentiasa di kacau hingga pecah minyak .
  6. Apabila kuah hampir kering , masukkan kerisik ,daun kunyit dan serai yang telah di hiris tadi .
  7. Kacau lagi sehingga kuah kering dan bolehlah di masukkan garam secukup rasa .
  8. Masak hingga kuah betul - betul kering dan bolehlah di tutup api .
Rendang Kerang Ala Nogori yang sudah siap di masak dan sedia untuk di nikmati .

Begitulah cara - cara serta bahan - bahan dalam penyediaan resepi rendang kerang ala nogori ,bagi kami ianya tersangat mudah dan senang ,anda pula bagaimana ?Kami mengharapkan resepi ini bersesuaian dengan selera dan citarasa kita semua .Jika ada yang ingin merasa resepi ini ,kami mempersilakan memcubanya .Selamat mencuba .

Tiada ulasan

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.