Header Ads

Resepi ikan singgang.

Assalamualaikum dan Salam Mesra | Resepi pilihan Coretan Cerita Kami yang seterusnya untuk dikongsikan kepada semua seperti mana tertera di atas ,Meskipun kebanyakkan kita tahu cara - cara memasak ikan singgang ,tetapi resepi ikan singgang ini kami olah mengikut cara serta citarasa kami untuk menambahkan lagi aroma kesedapan resepi ikan singgang ini .Boleh dikatakan ianya lain dari yang lain ,kerana kami menggunakan belacan bakar untuk membangkitkan rasa ,aroma serta kuahnya .Resepi ikan singgang ini juga sesuai buat mereka yang sedang berdiet atau ingin berdiet kerana kami tidak menggunakan minyak sebagai bahan masakkan serta ia berkalori rendah .Jika ada diantara kita yang alahan pada belacan bolehlah diketepikan tetapi bagi kami lagi sedap dimasukkan belacan .

Resepi ikan singgang yang kami kongsikan ini tidak menggunakan asam keping atau asam gelugor tetapi kami menggunakan asam jawa .Asam jawa pula dimasukkan begitu sahaja tidak perlu di ambil jusnya ( maksudnya tidak perlu diperah terus dimasukkan asam jawa begitu sahaja ) .Resepi ikan singgang ini tiadak semestinya menggunakan ikan tongkol sahaja ,boleh juga menggunakan ikan yang lain .Ikan yang selalu kami gunakan untuk memasak singgang ialah ikan merah , ikan tenggiri ,ikan selayang ,ikan selar dan ikan kembung .Berikut kami kongsikan cara -cara serta bahan - bahan resepi ikan singgang ianya seperti mana yang tertera di bawah .

Ikan singgang yang sudah siap dimasak sedia untuk dinikmati .

Bahan - bahannya seperti yang tertera dibawah .

Ikan tongkol/aya yang sudah dibersihkan .

Bahan utama seperti yang tertera di atas .

Bendi ,Lada merah dan hijau ,asam jawa dan nise kerek .



Bahan - bahan .
  • 1 ekor ikan tongkol.
  • 1 biji bawang besar - di hiris .***
  • 3 ulas bawang putih - di hiris .***
  • 1/2 inci halia - di hiris .***
  • 1 inci lengkuas - di hiris .***
  • 1 batang serai di ketuk .***
  • 1/2 inci belacan - di bakar .***
  • 1 sudu besar asam jawa - secukup rasa .***
  • 1 sudu besar nise kerek - secukup rasa .***
  • 5 - 6 tangkai cili padi .***
  • Garam - secukup rasa .
  • 3 cawan air - secukupnya .***
Bahan - bahan tambahan .
  • 1 biji tomato - dipotong .
  • 2 - 3 tangkai cili merah - di potong .
  • 2 - 3 tangkai cili hijau - di potong .
  • 5 - 6 biji kacang bendi .
Cara - cara penyediaan seperti mana yang tertera di bawah .
  1. Cuci bersih ikan dan masukkan ke dalam periuk .
  2. Masukkan kesemua bahan yang bertanda *** ke dalam periuk yang berisi ikan tadi .
  3. Masak hingga mendidih ,kemudian masukkan nise kerek dan garam secukup rasa .
  4. Masak lagi kemudian rasa masin ,masam dan manis .
  5. Kemudian masukkan sayur - sayuran seperti tomato ,bendi atau mengikut citarasa sendiri .
  6. Biarkan mendidih sebentar dan boleh dipadamkan api .
  7. Angkat dari dapur ,sedia untuk dihidangkan .
Resepi ikan singgang yang kami kongsikan disini sesuai dihidangkan bersama nasi panas ,budu ,ulam - ulaman .ikan goreng rebus atau mengikut citarasa masing - masing .Demikianlah cara - cara serta bahan - bahan untuk resepi ikan singgang yang ianya mengikut cara kami citarasa kami ,moga - moga resepi ikan singgang yang kami kongsikan ini bersesuaian dengan citarasa semua .Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. Sedapnya ikan singgang. Selalunya memang guna ikan tongkol atau aya. Cili api wajib ada. Baru terasa kick dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum dan Salam Mesra ...Puan/Saudari Ana Suhana....Resepi ikan singgang yang kami kongsikan ini ianya hasil dari olahan kami ,kami masukkan asam jawa ,belacan bakar dan nise kerek .Bagi kami rasa , aroma serta kuahnya lain dari yang lain .Kami mempersilakan anda memcubanya ,simple serta senang caranya .Apa pun jutaan "Terima Kasih"kami ucapkan kerana sudi berkunjung disini....Salam Silaturrahim .

      Padam

Ujian dan dugaan adalah resepi hidup ,asam garam dalam kehidupan .Tanpa asam dan garam dalam masakan tidak akan lengkap sesuatu menu hidangan .Coretan Cerita Kami adalah sekadar picisan mentaliti kami dalam penulisan webblog untuk berkongsi maklumat/info,petua/tips juga resepi-resepi masakan.Justeru itu "Terima Kasih "diatas kesudian anda singgah di Coretan Cerita Kami membaca catatan Coretan Cerita Kami,semoga ianya bermanafaat buat kita semua untuk itu sudi - sudilah kiranya kongsikan komen serta pendapat anda,segala komen serta pendapat anda amat kami hargai .

Dikuasakan oleh Blogger.