Resepi Ikan Kukus Asam Limau


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah ,lagi Maha Pengasihani .Ikan adalah sumber pemakanan penting bagi tubuh badan kita kerana ia mengandungi bahan-bahan yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan ia juga mengurangkan risiko pelbagai penyakit .

Sebagai contohnya dengan memakan ikan ,zat atau khasiat yang terdapat di dalam ikan akan bertindak sebagai perisai dari segi kesihatan dengan asid mengandungi omega - 3 jika dimakan secara teratur ,ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan menguatkan sistem kekebalan tubuh/imunisasi .

Asid lemak omega - 3 yang terdapat dalam ikan adalah sangat penting untuk perkembangan otak dan saraf sepanjang tempoh kehamilan bagi ibu - ibu yang sedang mengandung dan juga untuk tumbesaran kanak-kanak di peringkat awal .Daging ikan juga membantu dalam pembentukan gigi dan gusi yang sihat serta menyumbang kepada usaha memerangi jangkitan bakteria .

Ia juga memainkan peranan yang penting dalam pencegahan serangan jantung kerana ia mampu mengawal tahap kolesterol dalam darah .Ia juga membantu badan untuk memecahkan dan menggunakan kanji dan lemak , menjadikan tubuh lebih kuat dan lebih bertenaga .

Demikianlah serba sedikit manfaat yang terdapat dalam ikan secara amnya ,untuk resepi pilihan kami iaitu ikan kukus asam limau kami memilih ikan Talapia Putih .Cara - cara serta bahan - bahannya seperti yang tertera di bawah .

Ikan yang sudah siap dibersih/cuci .

Bahan - bahan seperti bawang merah , bawang putih , cili api , halia muda serta daun limau purut dihiris nipis-nipis .

Siramkan bahan yang ditumis/masak keatas ikan .

Masukkan ikan kedalam periuk kukusan dan hiaskan/tabur .

Bahan - bahan seperti yang tertera di bawah .

  • 1 - 1 ekor ikan .
  • 2 - 1 biji bawang besar .***
  • 3 - 4 ulas bawang putih .***
  • 4 - 1 inci halia muda .***
  • 5 - 1/2 inci lengkuas .***
  • 6 - 5 - 6 tangkai cili padi .
  • 7 - 2 helai daun limau purut .
  • 8 - 3 biji limau nipis di ambil jus .
  • 9 - Garam dan gula secukup rasa .
  • 10 - Sos tiram .
  • 11 - Sedikit minyak untuk menumis .

Hirisan bahan - bahan untuk hiasan .

Bahan - bahan untuk hiasan.

  • 1 - Tomato - Dihiris .
  • 2 - Cili merah - Dihiris .

Cara - cara penyediaan seperti tertera di bawah .

  • 1 - Cuci bersih ikan dan dilumurkan dengan garam , ketepikan .
  • 2 - Tumis bahan yang bertanda *** hingga garing .
  • 3 - Kemudian masukkan sos tiram dan perahan jus limau nipis .
  • 4 - Kacau biar mendidih sedikit dan masukkan garam dan gula secukup rasa . Tutup api dapur .
  • 5 - Letak ikan di dalam pinggan dan tuang kuah asam yang telah siap ditumis/masak tadi .
  • 6 - Panaskan kukusan dan kukus ikan selama 20 minit atau hingga masak .
  • 7 - Apabila sudah masak/siap , Hiaskan dengan bahan hiasan tadi .

Begitulah cara - cara serta bahan - bahan dalam penyediaan resepi ikan kukus asam limau ,jika ada apa - apa pertanyaan mengenai resepi ini atau apa saja bahan yang ingin disampaikan kepada kami , sudi - sudilah hubungi melalui halaman Contact Me atau email yang tertera di halaman About Me . Kami mengharapkan resepi - resepi yang kami kongsikan di sini bersesuaian dengan citarasa kita semua .Selamat mencuba ,jika kurang faham/arif cara - caranya jangan segan - segan bertanya .

2 Comments

  1. wah..menarik..senang je resipi dia..boleh try..tapi tukar ikan lain boleh kan?kurang gemar ikan talapia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ....Puan/Saudari Fieza Sani..Resepi ikan kukus asam limau , sesuai untuk semua jenis ikan ianya mengikut citarasa serta bajet masing-masing .Kami syorkan ikan siakap,bawal putih atau hitam ,ikan merah atau sebagainya.Apa pun jutaan "Terima Kasih"kami ucapkan sudi luangkan masa disini.Terima Kasih .Salam Silaturrahim dari Kami....

      Delete