Advertisement

Resepi Sambal Kelapa


Assalamualaikum dan Salam Mesra | Sambal secara amnya diperbuat dari bahan - bahan yang ditumbuk atau boleh juga di blender kering ia mengikut jenis atau cara penyediaan sambal tersebut .Bahan - bahan untuk penyediaan sambal bergantung kepada jenis - jenis sambal yang dibuat atau mengikut olahan resepi sambal sendiri ,mungkin juga citarasa sendiri .

Pada kebiasaanya ramuan atau bahan - bahan yang diperlukan adalah cili ,isi ikan ,udang ,garam atau juga diolah menggunakan bahan - bahan mengikut selera citarasa masing - masing .Resepi sambal kelapa yang kami kongsikan disini sesuai untuk dihidang/cicah bersama nasi himpit ,nasi kerabu atau mengikut selera masing - masing .

Bahan utama dalam penyediaan resepi sambal ini adalah isi ikan selayang ,kerana rasa isi ikan tersebut lebih manis berbanding jenis ikan - ikan lain .Cara - cara penyediaan sambal ini mudah ,jimat masa serta bahan - bahannya murah dan mudah diperolehi .

Selain dimakan bersama nasi himpit ,nasi kerabu ,ketupat palas, lemang atau sebagainya sambal kelapa ini juga boleh dijadikan sebagai inti pulut bakar/panggang atau ketupat palas mungkin juga ia boleh diolah sebagai inti makanan lain .Cara - cara serta bahan - bahan yang ianya mengikut cara kami rasa kami adalah seperti yang tertera di bawah .

Bahan - bahan seperti berikut .

  • 1 - 1 biji kelapa parut putih .
  • 2 - 5 - 7 ekor ikan selayang - Mengikut selera masing-masing -
  • 3 - 4 ulas bawang merah .
  • 4 - 3 ulas bawang putih putih .
  • 5 - 1/2 inci halia .
  • 6 - 1 -2 batang serai .
  • 7 - Garam dan gula secukup rasa .

Cara - cara penyediaan sambal kelapa .

  • 1 - Cuci bersih ikan dan rebus .Kemudian asingkan isi ikan dan tulang .
  • 2 - Goreng kelapa parut hingga keperang - perangan .Kemudian tumbuk manja - manja kelapa yang sudah siap di goreng .
  • 3 - Tumbuk bawang merah ,bawang putih ,halia ,dan serai hingga lumat .Kemudian ketepikan .
  • 4 - Kemudian tumbuk isi ikan tadi hingga hancur .
  • 5 - Campurkan kesemua bahan yang telah siap ditumbuk tadi dan digaul rata - rata .
  • 6 - Masukkan garam dan gula secukup rasa dan digaul lagi hingga sebati .
  • 7 - Apabila sudah siap digaul boleh dihidang bersama nasi himpit, lemang ,ketupat palas atau sebagai inti pulut bakar/panggang.

Goreng kelapa parut putih hingga keperang-perangan.

Masukkan kelapa kedalam lesung kemudian ditumbuk manja.

Campurkan kesemua bahan-bahan dan ditumbuk hingga sebati.

Inilah hasil tumbukan manja dari kesemua bahan-bahan tersebut.

Demikianlah cara serta bahan - bahan resepi sambal kelapa untuk di kongsi kepada semua , kami mengesyorkan resepi sambal kelapa ini sangat sesuai untuk dijadikan inti pulut bakar/panggang kerana rasa isi ikan yang manis dan lemak .Jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan sudilah hubungi kami menerusi halaman Contact Me atau About Me .Selamat mencuba .

Post a Comment

2 Comments

  1. Sedapnyer..mujur saya x mengidam..klu di kelate beli nasi himpit mesti ado sambak nyor ni..klu rayo mak mesti buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sememangnya sedap serta enak dimakan begitu sahaja..Sambal Kelapa dibuat inti pulut panggang lagi sedap .

      Delete